05 May 2012

TIBAI GELAR AZMIN 'DAYUS, BACUL'


Isu sex pemimpin pembangkang sudah berjangkit sekarang, belum pun reda isu Anwar Presiden PKR kini timbul pula timbalannya Azmin yang terjebak dalam isu ini…Apa dah jadi!! Adakah UMNO dipersalahkan pula??
Jawapannya, TIDAK!! Selagi puak-puak Pakatan Pembangkang tu suka menaburkan fitnah dan dakyah pembohongan, selagi itu pendedahan macam ni takkan terhenti.

KUALA LUMPUR - Sebuah petubuhan bukan kerajaan, Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) kesal dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang tidak hadir untuk sumpah laknat di Masjid Negara bagi membersihkan namanya yang dikaitkan dengan gambar pemimpin pembangkang miripnya bersama seorang wanita.
Mursyidul Am Tibai, Muhammad Zahid Md Arip berkata, Azmin seharusnya menyahut cabaran Tibai untuk membersihkan namanya daripada fitnah dengan membuat sumpah laknat hari ini bagi menjaga maruah diri dan keluarganya.
"Malangnya Azmin tidak hadir. Azmin kini dilanda sindrom dayus seksual," katanya kepada pemberita selepas solat Jumaat di Masjid Negara, di sini
Baru-baru ini, gambar seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang terbabit dalam aksi panas bersama seorang wanita tersiar di akhbar serta beberapa laman blog, dan kini tersebar luas di Internet.
Muhammad Zahid berkata beliau berasa hampa dengan tindakan Azmin yang tidak mahu membuat sumpah laknat dan Tibai akan terus mencabar Azmin dan mendesak pemimpin itu berbuat demikian.
Beliau juga menjemput Azmin untuk hadir pada program jelajah Tibai pada 10 Mei ini yang akan diadakan di Pinggiran Batu Caves, Gombak. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...