30 May 2012

GEMPAR!! NIK AZIZ CUBA KELIRU FAKTA SEBENAR, HINA NABI MUHAMMAD SAW



Nik Aziz kerap menimbulkan polimik baru atas nama Nabi kekasih Allah yang mulia.Polimik terbaru dengan mengatakan Nabi juga turut berebut kuasa, telah disiarkan oleh Harakahdaily dan cukup mengguriskan hati kita semua di sini http://www.harakahdaily.net/v2/

Kata Nik Aziz : "Bukan PAS dengan UMNO sahaja yang berebut, Nabi Muhammad SAW dulu berebut jaga negeri dengan adik beradik dia Abu Lahab, Abu Jahal dan Abu Sufian.

Bukan sekali ini Nik Aziz hina Nabi bahkan sebelum ini beliau turut menuduh Nabi juga amal kronisme seperti link ini http://tokwan.wordpress.com/ di mana beliau dilaporkan berkata pada 9 Ogos 2010 yang lalu seperti laporan Utusan Malaysia di sini http://utusan.com.my/utusan/

"Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan amalan kronisme dibenarkan dalam Islam selagi pihak yang terbabit mempunyai kelayakan bagi menjawat jawatan penting dan tinggi dalam sesebuah organisasi atau syarikat. Beliau berkata, amalan berkenaan tidak salah keranan pelantikan Khulafa' Rashidin iaitu Khalifah empat selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW secara dasarnya adalah amalan kronisme.

"Mereka semua adalah kroni nabi kerana Abu Bakar, Usman, Omar merupakan bapa mentua dan Ali pula adalah mentua serta anak saudara kepada baginda. Mereka semua ada kaitan dengan nabi, kroni boleh dalam Islam selagi mereka ada merit," katanya.

Persoalannya : Adakah benar Nabi Muhammad SAW rakus merebut kuasa sedangkan sejarah menunjukkan Nabi telah ditawarkan kuasa namun ditolak oleh baginda sebelum dijemput menjadi penguasa bagi rakyat Madinah tanpa syarat apa apa ?

Jelas Nabi tidak pernah cuba berebut kuasa dengan Quraisy Mekah sebaliknya jawatan ditawarkan kepada baginda oleh penduduk Madinah.

Peperangan yang berlaku juga adalah demi mempertahankan Islam bukan merebut kekuasaan. Sebab itu apabila pembukaan kota kota dibuat maka tiada pertempuran berlaku apabila risalah Islam diterima dan penguasa asal kota tersebut dikekalkan kedudukan mereka.

Nik Aziz jelas cuba menghalalkan perbuatan PAS menjatuhkan UMNO dengan mengatakan Nabi Muhammad juga berebut kuasa.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...