13 December 2013

KDN PERLU SIASAT JANGAN CAKAP SAJA?


 
Pergerakan dan siri-siri ceramahnya pasti dipantau, apatah lagi beliau seorang pemimpin kanan PAS... Perbuatannya dan kata-katanya yang cukup mengelirukan menjadi faktor utama beliau dikaitkan dengan Syiah...
 
PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempunyai 10 bukti untuk mengaitkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah, kata Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.
 
Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan pemimpin nombor dua PAS itu didakwa cenderung dengan fahaman Syiah.”Antara bukti itu adalah beliau pernah menggesa umat Islam supaya mencontohi kepimpinan Khomeini menerusi tulisannya bertajuk “Teladan PemerintahanNabi Yusuf, Khomeini” di ruangan akhbar Harakah pada 5 hingga 15 Julai 2008,” katanya.
 
Beliau berkata, selain itu Mat Sabu secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasarullah dan mengaku beliau dan isterinya kerap bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat kali.Beliau berkata demikian pada sidang media tergempar di Bangunan KDN di sini, sebentar tadi.

Terdahulu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2013 Sabtu lalu mendakwa orang nombor dua PAS terbabit dengan fahaman Syiah. – BH Online
 
KP : Aku menyokong penuh tindakan KDN mendedahkan siapa saja yang ada gerakan untuk mengamalkan Syiah di Negara ini! Pemikiran Syiah yang mengkafirkan sahabat nabi (yg dijamin syurga) sesungguhnya tidak boleh diterima akal! Hapuskan Syiah di Negara ini!!!
 

04 December 2013

AKAN DATANG 'FERI ROPAX' AKAN BEROPERASI DI LANGKAWI

Langkawi Auto Express akan menyediakan perkhidmatan feri RoPax yang boleh membawa penumpang bersama kenderaan mereka sendiri terus ke Langkawi melalui Kuala Perlis.

Kapal kini dalam proses akhir pemeriksaan menyeluruh sebelum dibawa balik ke Malaysia dari luar negara.

InsyaAllah awal Disember kalau tiada aral melintang akan mula beroperasi.

Laman web sudah bersedia untuk dilancarkan, cuma menunggu kapal siap dibawa balik ke Malaysia.

Selepas ini boleh tempah terus secara 'online' untuk promosi harga yang lebih rendah berbanding membeli tiket secara 'walk-in'.


Kapal dibina baru, dilengkapi bilik VIP dengan keluasan kerusi yang lebih lebar dan bistro untuk makanan ringan sepanjang 1 jam 30 minit perjalanan Kuala Perlis - Kuah.

03 December 2013

TERTUDUH DIDAKWA KES DERA NUR SALINA ABDULLAH

Alor Setar: Seorang peniaga kedai makan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan menyebabkan kematian seorang remaja perempuan yang juga mualaf, Nur Salina Abdullah, 18, yang didera antara awal Oktober hingga November lalu.

Tertuduh, Sharom Bee Ismail, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ooi Sheow Yean.

Mengikut kertas pertuduhan, wanita terbabit didakwa menyebabkan kematian ke atas Nai Ah Nung atau nama Islamnya Nur Salina Abdullah dengan niat menyebabkan kematian atau sesuatu bencana tubuh yang mungkin menyebabkan kematiannya.

Tertuduh yang juga majikan mangsa didakwa melakukan kesalahan itu di Nombor 270, Kampung Belanga Pecah, Langkawi, antara awal Oktober hingga November lalu.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Sharom Bee yang memakai baju berwarna oren dan bertudung hitam kelihatan tenang selepas hakim menetapkan 29 Januari depan sebagai sebutan semula kes berkenaan sementara menunggu laporan bedah siasat.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Rizal Fadzil manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 18 November lalu, akhbar ini melaporkan seorang remaja perempuan yang koma selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Langkawi dipercayai menjadi mangsa dera majikannya meninggal dunia, sehari sebelum itu.


Remaja berkenaan menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.40 malam selepas lebih sehari dimasukkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri. Ketika merawatnya, doktor menemui beberapa kesan lebam lama dan baru di beberapa bahagian tubuh remaja itu. Berikutan itu, polis menahan reman sepasang suami isteri berusia 36 dan 43 tahun untuk siasatan lanjut.

23 November 2013

MANGSA DERA SELAMAT DIKEBUMIKAN

KUAH - Jenazah mualaf mangsa dera, Nur Salina Abdullah, 18, yang maut dipercayai didera selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Surau Haji Ismail, Kampung Belanga Pecah, semalam.

Atas permintaan ayah kandungnya, Nai Koi See, 43, dia meminta mayat mangsa diuruskan mengikut cara Islam selepas mengetahui anaknya memeluk Islam pada 2 Januari lalu.

Suasana hujan renyai mengiringi jenazah semasa tiba di tanah perkuburan tersebut dan orang kampung dalam kariah Kampung Belanga Pecah telah pun bersiap sedia membantu menguruskan sebaik mungkin.

Ahli Jawatankuasa Surau Haji Ismail, Ahmad Shafie, 43, berkata, kariah kampung bersama golongan ibu sepakat menguruskan jenazah mangsa untuk disemadikan di situ.

"Alhamdulillah semuanya selamat. Semoga roh mangsa ditempatkan kalangan orang beriman, walaupun selama ini kebanyakan ahli kariah langsung tidak mengetahui kewujudan mangsa di kampung ini.

“Cuma agak terkilan, kami semua tidak dapat membantunya ketika masih hidup,” katanya selepas urusan pengebumian selesai.

Jenazah Nur Salina tiba sekitar jam 5 petang dan turut diiringi pegawai Agama Islam Daerah Langkawi untuk bersama-sama membantu memudahkan urusan pengebumian mangsa.

Solat jenazah diimamkan Johari Abdullah dari Masjid At Taqwa Kampung Kisap.

Kelmarin, Sinar Harian menyiarkan berita kematian Nur Salina akibat daripada penderaan kejam.

Terdapat pelbagai kesan lebam baru dan lama manakala kaki kanan mangsa dijangkiti kuman dan terpaksa dipotong.

Selain itu, otak mangsa mengalami pendarahan teruk akibat hentakan dari penderaan yang dilakukan ke atasnya.

Sementara itu, ada antara penduduk kampung, Halijah Zakaria melahirkan rasa terkejut dengan kejadian ini dan tidak menyangka dua suspek utama tersebut kerana mereka cukup mesra dan ramah.

"Tak sangka betul, kita tengok keluarga ni cukup baik, cara mereka melayan anak-anak mereka membuatkan kami rasa cemburu, tetapi kejadian ini telah menyatakan kebenaran sebaliknya.

“Cuma kami mahu masyarakat luar kembali mengubah persepsi negatif tentang kampung kami. Keluarga ini orang luar yang baru sahaja berpindah dan menyewa rumah hampir setahun lalu,” katanya.


Dua suspek utama  ditahan manakala dua lagi ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes tersebut.

20 November 2013

LANGKAWI NATURALLY MAGICAL, KEDAH

Sabtu, 16 November bertempat di Zebra Square, Kg Pandan berlangsungnya majlis sidang media dan pelancaran Langkawi Naturally Magical, Kedah yang bakal diadakan selama 18 hari..

Seperti semua sedia maklum, tahun 2014 merupakan Tahun Melawat Malaysia dan merupakan kali keempat bagi Malaysia selepas tahun 1990, 1994 dan 2007..

Majlis yang dilancarkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Tun Dr Mahathir ini akan bermula pada 19 Disember 2013 selama 18 hari bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Menurut Datuk Paduka Mukhriz, beliau percaya Kedah berpotensi menjadi salah satu destinasi perlancongan dan Langkawi merupakan platform terbaik bagi memperkenalkan destinasi perlancongan Negeri Kedah.

Beliau juga berharap festival seperti ini akan terus menjadi acara tahunan supaya lebih ramai lagi pelancong mengenali Langkawi.

Manakala menurut Ketua Setiausaha di Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan, Dr Ong Hong Peng "Langkawi Naturally Magical, Kedah" merupakan gabungan strategic antara Kementerian, Negeri Kedah, LADA dan Naturally Magical Sdn Bhd.

Festival yang bakal berakhir pada 5 Januari ini mensajikan pengunjung hiburan sepanjang hari merangkumi baazar jualan, pertunjukkan belon panas, pertunjukkan laser dan bunga api serta persembahan dari artis tempatan dan luar Negara seperti M.Nasir, Faizal Tahir, Anuar Zain, Rossa, Ungu (Indonesia) dan Sek Laso (Thailand).


Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Festival Magikal yang bakal berlangsung selama 18 hari ini, boleh layari  www.langkawimagikal.com.my

19 November 2013

GADIS KOMA DIDERA KELUARGA ANGKAT MENINGGAL

LANGKAWI: Seorang gadis mualaf Nur Salina binti Abdullah, 18 tahun berketurunan Cina dari Kampung Belanga Pecah, Langkawi yang dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Besar Langkawi tiga hari lepas kerana disyaki didera oleh keluarga angkatnya dilaporkan meninggal dunia jam 8.40 malam tadi.

Kematian gadis malang itu disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Kedah, ACP Mohd Nashir Ya.

Pihak media yang cuba untuk mendapatkan visual Allahyarham sejak petang bagaimanapun tidak dibenarkan oleh pihak hospital merakam visual walau pun hanya berada di kawasan kecemasan.

Kesukaran untuk mendapatkan visual menyebabkan kru media kemudiannya beralih ke tempat tinggal mangsa kira-kira 10 kilometer dari hospital yang juga merupakan sebuah kedai makan.

Kedai makan terbabit diusahakan oleh keluarga tersebut di Kampung Belanga Pecah, Kisap, Langkawi.

Petang tadi, menurut jiran yang enggan namanya disiarkan memberitahu ayah dan ibu angkat mangsa berketurunan India Islam yang merupakan suspek utama telah pun ditahan reman pihak polis dua hari lalu.

Difahamkan mangsa telah dijaga oleh keluarga angkatnya sejak berumur empat tahun namun hanya memeluk Islam sejak setahun lepas.

Suspek, bapa angkat dikatakan seorang yang garang dan turut juga mempunyai tiga anak sendiri iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.

Keluarga tersebut berasal dari Pulau Pinang dan telah berhijrah ke Langkawi setahun lepas serta menjalankan perniagaan di sini.

Semasa berada di premis tersebut kelihatan seorang anak lelaki suspek namun setelah ditanya, beliau tidak mahu memberi maklumat lanjut hanya memberitahu tidak ada gambar Nur Salina kerana “semuanya telah dibawa ke balai”.


Menurut jiran tersebut, mangsa seorang yang baik dan pendiam namun sejak empat hari lepas kelihatan tidak sihat dengan keadaan kaki yang bengkak semasa sedang menyidai baju di bahagian belakang premis kedai makan terbabit.

POLIS SAHKAN HANYA SEORANG HILANG

Johor Bahru: Polis Johor mengesahkan hanya seorang remaja, bukan 23 yang didakwa hilang di sebuah banglo usang di Jalan Skudai, dekat sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, berkata pihaknya hanya menerima satu laporan jam 1 pagi kelmarin, berhubung kehilangan remaja berusia 16 tahun itu.    

“Laporan dibuat ibu mangsa selepas dimaklumkan oleh rakan anaknya itu yang mangsa masuk kawasan villa tinggal berkenaan.

"Jika benar dakwaan terdapat puluhan individu hilang di villa terbabit, keluarga atau waris mereka diminta membuat laporan polis untuk siasatan” Abdul Samad Salleh, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan

“Sejurus mendapat laporan itu, polis bersama Unit Anjing Pengesan dan bomba menyiasat lokasi terbabit, namun sehingga kini masih tidak menemui remaja itu,” katanya.  

16 October 2013

BERANI BERUBAH - NO. 5 CALON NAIB PRESIDEN UMNO


YAB DP Mukhriz pernah menyeru kepada Pemuda UMNO supaya kembali menjadi Pemuda yang pada suatu masa dulu amat hebat, gagah, vokal dan bersemangat mungkin tidak menjadi iktibar kepada Pemuda UMNO pada masa itu.

Beliau juga pernah tertanya-tanya kemanakah perginya sifat-sifat gagah pejuang sayap kanan  UMNO ini. Apakah yang sudah terjadi?

Seruan ini disuarakan beliau pada suatau masa dulu sewaktu merasmikan mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Sik yang diadakan pada 4 Julai 2010 di Dewan UMNO Sik.
Seruan itu disuarakan di depan perwakilan pemuda kerana beliau dan rakyat begitu dambakan keberanian Pemuda UMNO yang wujud pada satu masa dulu.  Semua ini dirindukan oleh rakyar kerana apabila Pemuda dalam keadaan sebegini, rakyat seolah-olah berada dalam keadaan selamat dan selesa.

Inilah yang kita semua mahukan. Pemuda pejuang bangsa. Lantang dan bersemangat dalam melakukan kerja-kerja parti. Berani mempertahankan hak-hak bangsa Melayu.

Kini seruan tersebut kembali bergema tetapi bukan untuk Pemuda UMNO tetapi untuk semua ahli UMNO. Seruan untuk berani berubah dilaungkan kembali agar UMNO terus bergerak utuh ke hadapan untuk menjaga agenda Melayu dan Islam.

Kalau dulu beliau menyeru di bawah kapasiti sebagai calon Ketua Pemuda, tetapi kali ini laungan tersebut bergema di bawah kapasiti sebagai calon Naib Presiden UMNO.


Jika dulu mungkin ahli UMNO belum faham hasrat sebenar 'BERANI BERUBAH', kini harapan kita semua agar ahli UMNO memahami sepenuhnya. Ini adalah kerana pemimpin-pemimpin atasan UMNO telah membiarkan UMNO dihina, dikeji dan sebagainya.

UMNO tidak dijaga sebaiknya, malah dibiarkan disepat terajang oleh musuh-musuhnya.

MAKA ahli-ahli UMNO perlu berani berubah dan mengubah. BERANI BERUBAH membawa mesej untuk menegakkan kekuatan UMNO demi menjaga Agama Bangsa dan Negara. BERANI BERUBAH membawa mesej rakyat jelata supaya UMNO Perlu diperkasakan.

Calon BERANI BERUBAH ialah DPMM yang membawa nombor 5 untuk Naib Presiden UMNO.

Sahutlah cabaran BERANI BERUBAH untuk meneruskan agenda mengukuhkan UMNO.

16 May 2013

TAHNIAH YB HJ MOHD RAWI ADUN AYER HANGAT


Tahniah KP ucapkan kepada YB Hj Mohd Rawi Abd Hamid ADUN Ayer Hangat dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa agama, Hal Ehwan Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia, Pelancongan.

Beliau yang mampu bertutur dan menulis dalam bahasa Arab, Siam selain bahasa Inggeris amat sesuai dilantik sebagai exco tersebut.

KP sebagai penduduk Langkawi mengharapkan YB dapat menunaikan tanggungjawab yg telah diamanahkan oleh MB sebaik mungkin demi masa depan dan pembangunan negeri Kedah.

ALOR SETAR – Lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Kedah mengangkat sumpah jawatan dan menerima tauliah pelantikan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Istana Anak Bukit, pagi ini.

Upacara mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah Exco itu berlangsung di hadapan Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Mereka ialah ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail, Datuk Suraya Yaacob (Sungai Tiang), Datuk Tajul Urus Mat Zain (Tanjung Dawai) Badrol Hisham Hashim (Kuala Nerang).

Turut mengangkat sumpah ialah ADUN Ayer Hangat, Mohd. Rawi Abdul Hamid, Datuk Mohd. Tajuddin Abdullah (Belantek), Aminuddin Omar (Jitra) dan Datin Noor Sabrina Mohd. Noor (Bandar Baharu).

Semua ADUN tersebut belum pernah dilantik ke jawatan itu dengan empat daripada mereka adalah wakil rakyat penggal pertama.

Turut menyaksikan istiadat tersebut ialah Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, BN menguasai 21 daripada 36 kerusi DUN sekali gus memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri.

15 May 2013

TERKINI - DATUK PHAHROLRAZI MELETAK JAWATAN TIM. PESURUHJAYA 1 PAS KEDAH


Pergolakan PAS di Kedah makin parah, bak cakap orang kampung KP kalau "kencing manis kaki dah kena potong dah" macam itu kalau nak diibaratkan.. Tapi KP memandang 'positif' dalam hal ini, sekurang PAs dikedah lebih 'gentleman' dan akan kembali 'normal' dengan perjuangan asalnya.

Terbaru Datuk Phahrolrazi Zawawi pada Rabu mengumumkan beliau meletak jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah.

Beliau mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Setiausaha PAS negeri pada hari Isnin.
Phahrolrazi berkata, beliau membuat keputusan itu bagi memberi laluan kepada Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar melantik pasukannya sendiri.

ALOR SETAR 15 Mei - Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi melepaskan jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya I Pas negeri berikutan keputusan Pas Pusat melantik Naib Presiden parti itu, Datuk Mahfuz sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah yang baharu.

Beliau yang memegang jawatan tersebut sejak 2009 menghantar surat peletakan jawatan berkenaan kepada Setiausaha Pas Kedah, Musoddak Ahmad Isnin lalu dan turut memaklumkannya semasa mesyuarat khas jawatankuasa politik Pas Kedah malam tadi.

Phahrolrazi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundur berkata, beliau bagaimanapun masih mengekalkan jawatan sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kedah.

Katanya, beliau melepaskan jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah kerana mahu memberi laluan kepada Mahfuz melantik orang kepercayaannya.

"Jawatan itu dilantik oleh Pesuruhjaya negeri, bukannya menerusi undian. Kerana mahu menghormati Pesuruhjaya Pas Kedah yang baharu untuk mendapatkan timbalan kanan, wajar saya kosongkannya supaya beliau dapat melantik orang kepercayaan dan individu yang rapat dengannya,'' katanya di sini hari ini. 

14 May 2013

KHALID IBRAHIM MB SELANGOR PENGGAL KE-2.


KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor untuk penggal kedua di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang hari ini.

Mengikut satu laporan Bernama, perkara ini disahkan seorang pegawai di Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor.

Perkembangan ini sekali gus menamatkan teka-teki dan spekulasi yang berlarutan selama seminggu tentang siapa pemimpin daripada gabungan parti PAS, PKR dan DAP (PR), yang akan mengisi kerusi menteri besar selepas pilihan raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei.

Abdul Khalid ketika ditemui pemberita selepas menghadap Sultan Selangor di luar pintu masuk utama Istana Bukit Kayangan di sini berkata barisan baharu exco kerajaan negeri Selangor akan dibuat selewatnya-lewatnya dalam tempoh dua minggu.

"Senarai barisan exco dah ada. Sasaran kami, paling lebih dua minggu, paling awal seminggu exco baharu akan dilantik," katanya.

Abdul Khalid mengangkat sumpah pertama kali sebagai menteri besar pada 13 Mac 2008, empat hari selepas PRU 2008 manakala barisan anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor mengangkat sumpah pada 23 Mac, iaitu 10 hari selepas itu.

Beliau juga merupakan orang pertama dalam kalangan pemimpin pembangkang yang dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Kesemua 13 MB Selangor sebelum ini daripada Umno, parti komponen utama Barisan Nasional (BN).

Pada PRU13, PR memenangi 44 daripada 56 kerusi dewan undangan negeri (DUN) Selangor, meningkat daripada 36 kerusi yang diperoleh pada 2008.

PKR menang 14 kerusi berbanding DAP dan PAS yang masing-masing memperoleh 15 kerusi. Barisan
Nasional (BN) pula memenangi 12 kerusi.

Beberapa hari lepas, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menyatakan sokongan mereka kepada Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

13 May 2013

EXCO PENANG - DAP GANTI PAS?



MELAYU PUPUS DALAM PENTADBIRAN NEGERI PULAU PINANG !!!.. Sama seperti di Singapura..

Pas menang di DUN itu, namun Salleh Man yang juga Persuruhjaya PAS Pulau Pinang tidak dilantik jawatan Exco dalam kerajaan negeri itu.

 Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang sepatutnya mengurus hal ehwal agama Islam di negeri itu diserahkan kepada wakil PKR, Abdul Malik Kassim (Batu Maung).

DAP membolot jawatan Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri II dan enam orang Exco, manakala PKR diberi jawatan Timbalan Ketua Menteri I dan dua exco.

1. Ketua Menteri, Lim Guan Eng (DAP – Parlimen Bagan dan ADUN Air Putih) mengetuai Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah, Pembangunan Usahawan, Maklumat dan Warisan.

2. Timbalan Ketua Menteri I – Rashid Hasnor (PKR- Pantai Jerejak), mengetuai Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat Perhubungan.

3. Timbalan Ketua Menteri II – P Ramasamy (DAP – Perai) – Perancang Ekonomi Negeri, Pendidikan dan Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi.

 BARISAN EXCO

1. Chow Kon Yeow (DAP – Padang Kota) – Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Trafik

2. Lim Hock Seng (DAP- Bagan Jermal) – Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan

3. Danny Law Heng Kiang (DAP- Batu Lanchang) – Pembangunan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan

4. Phee Boon Poh (DAP – Sungai Puyu) – Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar

5. Jagdeep Singh Deo (DAP- Datok Keramat) – Perancangan Bandar dan Desa, Perumahan

6. Chong Eng (DAP – Padang Lalang) – Pembangunan Belia dan Sukan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat

7. Dr Afif Bahardin (PKR – Seberang Jaya) – Pertanian dan Industri Asas Tani, Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir.

Kalaulah PAS sedar....Sumber

12 May 2013

SIAPAKAH PENGANTI PESURUHJAYA PAS KEDAH?


Keadaan bekas Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak, tidak akan memungkinkan dia menjadi pemimpin utama di Kedah lagi. Bahkan Azizan juga amat mustahil akan menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah walaupun dia telah kembali sedar daripada ubat bius. Dengan keadaan kedua-dua belah kakinya dipotong, Azizan terpaksa hidup dan beraktiviti di atas kerusi roda.

Dan di dalam siyasah syariah, pemimpin yang mengalami kecacatan atau kekurangan anggota tubuh, perlu menyerahkan keimaman mereka kepada pemimpin lain. Amanah yang ada dalam ajaran Islam dan menjadi intipati kepada kepimpinan, akan menyebabkan Azizan perlu menyerahkan jawatannya kepada pemimpin-pemimpin PAS lain yang lebih layak.
Persoalannya sekarang, siapakah dari kalangan para pemimpin PAS Kedah yang layak untuk menerima jawatan berkenaan?

Sekurang-kurangnya tiga nama diketahui amat berminat dengan jawatan berkenaan. Malah mereka bercita-cita besar dan sewaktu sihatnya Azizan lagi, mereka telah melancarkan gerakan untuk menggulingkan Azizan sama ada sebagai Menteri Besar Kedah, atau pun sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah. Mereka inilah juga yang banyak menyebarkan cerita-cerita buruk tentang Azizan Abdul Razak. Bahkan mereka jugalah yang merupakan golongan pertama yang mendakwa Azizan sudah meninggal dunia ketika Azizan diwadkan di hospital di Pulau Pinang itu sehingga mengakibatkan kedua-dua belah kakinya dikudungkan kerana jangkitan kuman.

Siapakah mereka?

Phahrolrazi Zawawi adalah pemimpin PAS Kedah yang paling agresif menyerang Azizan Abdul Razak. Permusuhannya dengan Azizan Abdul Razak bermula apabila Phahrolrazi mulai disekat daripada mendapatkan lebih banyak kontrak dan tender. Malah Azizan dalam beberapa keadaan, telah tidak menyambung syarikat-syarikat kontraktor yang mempunyai kaitan dengan Phahrolrazi termasuklah salah sebuah syarikat di mana anak lelaki Phahrolrazi menjadi ahli Lembaga Pengarah.

Permusuhan lebih sengit apabila Azizan mulai menyekat kontrak pembalakan dan pengeluaran pasir selain memberikan kontrak membaiki jalan raya kepada syarikat-syarikat lain, termasuklah syarikat-syarikat yang dikatakan milik orang UMNO. Phahrolrazi tidak berpuas hati dan mulai melancarkan serangan dari dalam untuk menggulingkan Azizan.

Bibit-bibit perpecahan mulai ketara apabila Phahrolrazi berjaya mengumpulkan sejumlah ADUN-ADUN PAS untuk menentang Azizan. Malah Phahrolrazi juga berjaya mendapatkan sokongan daripada Dewan Ulama PAS Kedah yang kemudian melancarkan satu lagi serangan untuk memalukan Azizan Abdul Razak dengan serangan dan kempen di Sungai Limau, kawasan yang menjadi kubu kuat Azizan Abdul Razak.

Seorang lagi pemimpin PAS Kedah yang sangat bercita-cita besar adalah Naib Presiden PAS yang juga pemenang Kerusi Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar. Mahfuz Omar yang seringkali dilihat sebagai si bodoh yang diberikan jawatan, awal-awal lagi telah menyatakan permusuhan dengan Azizan Abdul Razak apabila dia meletakkan jawatan sebagai Pengerusi salah sebuah syarikat GLC Kedah. 

Kononnya, dia tidak berpuas hati dengan tindak-tanduk  Azizan yang tidak memberikan keistimewaan kepada orang-orang PAS, sebaliknya Azizan lebih mirip kepada pemimpin UMNO.

Mahfuz Omar telah bekerjasama dengan Phahrolrazi dalam cubaan menumbangkan Azizan Abdul Razak. Kejayaan terbesar mereka ialah apabila meletakkan Kerajaan Negeri Kedah di bawah pemantauan Ahli Jawatankuasa PEMANDU yang bertindak tidak ubah seperti Residen Inggeris di Tanah Melayu pada pertengahan abad ke-18 dahulu. Namun penyokong utama Mahfuz, sudah tentulah Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP dan Anwar Ibrahim, DAJJAL LAKNATULLAH yang sedang berusaha mengucar-ngacirkan negara ini menerusi hasutan agar rusuhan dan pemberontakan berlaku.

Pemimpin PAS Kedah ketiga yang berpotensi untuk menggantikan Azizan Abdul Razak sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah adalah Amiruddin Hamzah, orang yang dikatakan oleh Azizan sendiri sebagai penggantinya di Kedah. Amiruddin Hamzah walaupun pada mulanya merupakan penyokong Phahrolrazi Zawawi memandangkan mereka dari kumpulan pimpinan PAS Kawasan Kuala Kedah di mana Phahrolrazi adalah Yang Dipertua dan Amiruddin adalah Naibnya, kemudiannya melihat peluang terbuka untuk bersekutu pula dengan Azizan Abdul Razak sehinggakan pada suatu peringkat, dia telah diberi amaran oleh Phahrolrazi Zawawi agar tidak menerima jawatan Exco yang ditawarkan oleh Azizan kepadanya.

Amiruddin bagaimanapun, enggan mendengar cakap dan perintah Phahrolrazi Zawawi. Tawaran menjadi Exco diterimanya. Sebagai balasan, Phahrolrazi mengisytiharkan bahawa keahlian Amiruddin selaku ahli PAS kawasan Kuala Kedah digantung walaupun sebenarnya kuasa menggantung ahli adalah kuasa pimpinan Pusat.

Di kalangan pemimpin-pemimpin PAS Kedah, Amiruddin dilihat lebih cerdik dan lebih berwibawa. Bukan kerana dia lebih hebat bekerja memandangkan masalah KUIN bermula pada zaman dia menjadi Exco yang berkaitan. Bukan juga kerana dia berjaya membawa lebih banyak pelaburan ke Kulim Hi-Tech Park walaupun kerap benar dia keluar negara kononnya untuk mencari pelabur-pelabur baru, tetapi kerana Amiruddin lebih bijak menyambar peluang dan menggunakan peluang tersebut dengan sebaik-baiknya.

Dengan kata lain, wajah Amiruddin seringkali melindungi perangai sebenarnya!

Nama-nama seperti Ismail Salleh, Nasir Mustafa, Taulan Rasul, Che Hamdan Che Khalib dan Mat Sabu sendiri, sebenarnya tidak begitu kukuh di Kedah. Mereka mungkin dikenali oleh PAS kawasan tetapi mereka tidak terkenal di seluruh Kedah. Walaupun ada di kalangan mereka yang telah dilantik menjadi Exco, namun mereka lebih banyak belajar main golf daripada turun untuk melihat atau mengambil tahu masalah rakyat. Justeru, mereka bukanlah calon-calon yang berkelayakan dan berwibawa.

Justeru, siapakah di kalangan tiga nama yang menduduki hierarki teratas PAS Kedah itu yang layak menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah menggantikan Azizan Abdul Razak yang sudah tidak berupaya dan cacat? Sumber

08 May 2013

TERKINI - USTAZ AZIZAN BELUM MENINGGAL?



KP dapat berita kat Facebook yang mengatakan Ustaz Azizan Razak meninggal dunia pagi tadi.

Tapi KP nak kasi tau la.. Tolong jangan buat cerita palsu pasal orang mati ni.. Ustaz Azizan belum meninggal dunia..!!!

Tolong la jangan sebar atau dengar cerita yang tak sahih kat Facebook tu.. Confirm dulu dengan sumber yang disahkan, baru la cerita..

Sekarang ni Ustaz dilaporkan masih di Hospital Besar Pulau Pinang.. Berita lanjut akan dilaporkan kemudian.. Tengkiu!

07 May 2013

MB BARU KEDAH - YAB DATO' PADUKA MUKHRIZ TUN MAHATHIR


Ucapan tahniah dari KP kepada BN (UMNO) kerana mendapat kepercayaan rakyat Kedah menerajui semula negeri.

Tahniah juga kepada YAB Dato' Paduka Mukhriz Tun Mahathir yang dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang ke 10.

Selamat menjalankan tugas dan amanah yang diberi.

Kami mendoakan agar pentadbiran YAB Dato' membawa Kedah ke satu era baru

BN MENANG KEDAH SENANG

06 May 2013

KEPUTUSAN PENUH P04 LANGKAWI - BN MENANG BESAR

 


Tahniah sekali lagi KP ucapkan kepada penyandang, Ir Nawawi Ahmad dan Hj Mohd Rawi Hamid kerna mendapat undi cemerlang. Tidak ketinggalan calon baru Sr Nor Saidi Nayan walaupun baru dicalonkan tetapi hasilnya amat membanggakan.

Ketiga-tiga mereka adalah anak tempatan berbanding lawan mereka dari PKR dan PAS, rata-rata di impot dari seberang.

Kepada petugas dan penyokong BN di Langkawi, tahniah kerana anda telah menjalankan tugas yang diamanahkan sebagai pengundi.

Bagi mereka yang terpilih sebagai YB, ingatlah janji-janji yang telah mereka lafaskan. Jangan pula janji tinggal janji. 

SOKONG NAJIB, PILIH BN, PANGKAH DACING.

BN MENANG DENGAN MAJORITI MUDAH



Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan setelah berjaya mencapai kemenangan majoriti mudah apabila memperolehi 133 kerusi pada pukul 1.35 pagi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang menyaksikan 80 peratus daripada 13.26 juta pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Setakat tengah malam ini, BN berjaya membentuk kerajaan di 10 negeri di Sarawak, Sabah, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Perlis, Terengganu, Pahang, Perak dan memenangi semula negeri Kedah.

Kemenangan awal BN disumbangkan oleh BN Sarawak yang meraih 25 kerusi Parlimen daripada 31 kerusi yang dipertandingkan, sekali gus meneguhkan reputasi negeri itu sebagai Deposit Tetap BN'.

Tonggak utama BN Sarawak iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), menepati ramalan dengan memenangi kesemua 14 kerusi yang ditandingi.

Parti Rakyat Sarawak (PRS) pula memenangi keenam-enam kerusi yang ditandingi dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) menang semua empat yang ditandingi. Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) terus berdepan realiti malap dengan hanya memenangi satu daripada enam kerusi yang disaingi.

Di Kedah, BN menepati ramalan berjaya menumbangkan Pas bagi meraih mandat membentuk kerajaan negeri yang baharu memenangi sebanyak 21 kerusi DUN dan 10 Parlimen manakala pakatan pembangkang hanya menguasai 16 kerusi DUN.
BN kekal memerintah Melaka dengan mendapat majoriti dua pertiga dengan memenangi 20 daripada 28 kerusi DUN.

Di Pahang, BN kekal memerintah apabila memperoleh majoriti dua pertiga dengan memenangi 29 daripada 42 kerusi DUN sehingga pukul 12.15 pagi ini.
BN kekal memerintah Negeri Sembilan apabila memperoleh majoriti mudah dengan memenangi 19 daripada 36 kerusi DUN setakat pukul 12.20 pagi ini.

Di Sabah, BN kekal memerintah setelah memperoleh majoriti mudah dengan memenangi 33 kerusi daripada 60 kerusi DUN setakat pukul 12.46 pagi ini.
Di Johor, BN juga membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah dengan kemenangan ke atas 32 daripada 56 kerusi DUN.

Di Terengganu, BN akan terus menerajui kerajaan negeri dengan majoriti begitu tipis setelah hanya memenangi 17 daripada 32 kerusi DUN.
Di Perlis, BN mengekalkan kuasa setelah memenangi 13 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Perak menjadi negeri ke-10 kekal dalam tangan BN setelah mendapat majoriti mudah 30 daripada 59 kerusi DUN setakat 1.08 pagi ini.

Dua negeri sah kekal dibawah pentadbiran pakatan pembangkang iaitu Pulau Pinang dan Kelantan manakala pengiraan masih berlangsung di Selangor dan Perak.

Di kebanyakan kawasan majoriti pengundi Cina dan pusat undi Cina tidak memberikan undi kepada BN tetapi cenderung kepada pakatan pembangkang, terutamanya DAP.

Kekalahan paling besar BN ialah di kerusi Parlimen Bukit Katil, apabila Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam tewas yang dipercayai berpunca daripada peralihan pengundi Cina kepada calon pembangkang.

Di Gelang Patah pula, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dikalahkan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang telah menggunakan kempen berbentuk perkauman bagi menyemarakkan perasaan pengundi Cina.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti yang rendah berbanding 2008 iaitu 11,721 undi.
Beliau memperoleh 37,090 undi menewaskan calon BN, Dr. Mazlan Ismail yang mendapat 25,369 undi manakala calon Bebas, Dr. Abdullah Zawawi Samsudin hanya mendapat 201 undi.

Setakat 3 pagi ini, BN memenangi 133 kerusi manakala Pas (21), PKR (28) dan DAP (38).


05 May 2013

CALON N01 AYER HANGAT TERUS DIHADAPAN

 

Tahniah, setakat jam 3.00 ptg, Hj Mohd Rawi telah mendahului lawan dengan kelebihan 46.8% berbanding PAS 21%, jumlah pengundi DUN Ayer Hangat ialah 20130. Suasana keseluruhan 14 Pusat Daerah Mengundi DUN Ayer Hangat tenang kecuali PDM Padang Kandang berlaku kekecohan.

Ini ekoran rasa tidak puas hati penyokong dan ahli PAS terhadap seorang pengundi wanita Pn Rogayah Ibrahim yang dikatakan sebagai pengundi hantu.

Dengan kecekapan pihak berkuasa bersama SPR telah menyelesaikan masalah tersebut, kejadian ini berlanjutan sehingga 4 jam.

Apa pun, tahniah kepada kesemua petugas yang mematuhi undang-undang demi sebuah negara Malaysia yang demokrasi.


02 May 2013

TERKINI - VIDEO SAIFUL BUKHARI BERSUMPAH DI HADAPAN KAABAH ADALAH BENAR


Allahuakbar! Mohd Saiful Bukhari telah bersumpah laknat di hadapan Multazam, pintu Kaabah, Tanah Haram, Masjidil Haram dibuat pada tanggal 9 April 2012. Sumpah laknat telah dibuat kali ke dua selepas lafasnya pada tahun 2008 di Masjid Wilayah Kuala Lumpur.

Apakah ini satu lagi sendiwara yang selalu dilafaskan oleh PR. Parsoalannya "beranikah Anwar bersumpah latnat sebagaimana Saiful lakukan", ataupun dia mahu mengelak persoalan ini ditanya, u cakap i saman u..

PETALING JAYA 2 Mei - Dalam usahanya untuk meyakinkan semua pihak bahawa dirinya tidak berbohong dalam kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan menayangkan sumpah laknat yang dilafazkan dan dirakamkannya di depan Kaabah ketika mengerjakan umrah pada April tahun lalu.

Menurut bekas pembantu peribadi Anwar itu, walaupun tidak pernah terlintas untuk mendedahkan rakaman itu, namun pengakuan bapanya, Azlan Mohd. Lazim yang mahu kembali ke pangkal jalan semalam sedikit sebanyak telah mengelirukan dan menimbulkan banyak persoalan.

"Oleh yang demikian, saya mengambil keputusan untuk menyiarkan rakaman sumpah laknat ini bagi membuktikan kebenaran kata-kata saya bahawa saya dengan sebenar-benarnya telah diliwat dan sekali gus membersihkan nama saya dan keluarga daripada apa jua tohmahan.

"Sumpah laknat saya di depan Baitullah (Kaabah) ini adalah benteng perjuangan terkuat dalam perjuangan sebagai seorang Islam dalam episod saya menegakkan kebenaran," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Jelas Mohd. Saiful, rakaman video tersebut akan dimuat naik ke laman Youtube, hari ini.
Mengenai bapanya yang insaf dengan tindakannya sebelum ini, ujarnya, perkara itu adalah berkat usahanya yang tidak berhenti berdoa semoga bapanya kembali ke pangkal jalan.

"Kejadian sebelum ini amat menyedihkan saya. Sebab itu saya berdiam, berdoa, solat hajat supaya bapa kembali ke pangkal jalan. Alhamdulillah, Allah tunjukkan kebesaran-Nya. Pendirian saya tetap sama, saya sudi memaafkannya," tegas beliau.



01 May 2013

TERKINI - SIDANG AKHBAR BAPA SAIFUL MENGAKU DIBAYAR?



Ternyata, demi duit apa pun boleh jadi, malah sanggup gadaikan maruah keluarga sendiri. Saiful Bukhari ketika dihubungi mengatakan bahawa bapanya Azlan Mohd lazim telah dipergunakan oleh kuncu-kuncu Anwar Ibrahim yang sentiasa berkeliaran. Itu kisah sebelum pembubaran parlimen.

Tenyata kuasa Allah tidak siapa boleh mengatasinya. Kebenaran akhirnya terbongkar mengatasi kemungkaran. Nyata wang bukan segala-galanya. Bapa Saiful Bukhari waktu ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia diatas keterlanjuran beliau menerima suapan dari Anwar Ibrahim untuk menafikan anak beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim.

Dalam kenyataan Bapa Saiful Bukhari tadi beliau akan terus membela Saiful Bukhari walau apa pun yang berlaku dan beliau amat menyesali keterlanjuran beliau yang gagal melawan nafsu menerima habuan wang yang ditawarkan oleh Anwar Ibrahim.
Azlan juga takut dengan sumpah Laknat yang telah dibuat anak nya Saiful Bukhari mengenai insiden diliwat Anwar Ibrahim.

Untuk makluman semua Bapa Saiful Bukhari ditawarkan habuan wang RM 3 Juta oleh Anwar Ibrahim untuk menafikan Anwar Ibrahim meliwat Saiful Bukhari. Harus kita ingat Anwar Ibrahim penuh dengan wang dan beliau mampu membeli siapa sahaja bagi menampakkan kepada rakyat Malaysia bahawa Anwar Ibrahim adalah manusia yang bersih dan layak diangkat sebagai pemimpin negara.

Untuk berita penuh sila klik link di bawah -

30 April 2013

DOA KHAS DARI SEBERANG - SIAPA YANG TERASA?

1. Memang sukar untuk dipercayai, tetapi ia benar berlaku dan sudah pun terdedah dan tersebar di Youtube sebuah video yang dikirim kepada pihak pembangkang oleh Gereja Jurusalem di Israel bagi memberi semangat kepada parti itu dalam menghadapi Pilihanraya ke-13.  

2. Antara kata-kata ‘doa’ pihak gereja ialah ‘Malaysia diberkati oleh Tuhan (the Lord), Tuhan berkati Malaysia dan kerajaan barunya’.  Dan ‘kami akan membawa Malaysia bersama’ ‘tiada lagi kegelapan buat Malaysia’ dan lain-lain lagi.

3. Selain itu, perutusan dari pihak gereja Israel juga turut menekankan, ‘bakal kerajaan baru Malaysia’  seolah-olah kemenangan PR adalah sesuatu yang pasti.  Mengikut mereka, ‘kerajaan baru’ inilah yang merupakan jalan yang benar yang akan membawa Malaysia di bawah keberkatan ‘Tuhan’.

4. Apabila video in meletup di laman-laman facebook sejak pagi tadi, penulis menunggu reaksi puak-puak PAS mengenainya.  Seperti yang dijangka, mereka memilih untuk ‘tidak percaya’ daripada menyiasat dan memikirkannya.  Mereka lebih rela berada di dalam kegelapan daripada mengakui kesilapan.   Alasan biasa mereka ialah video telah diedit atau pihak gereja sengaja diupah oleh UMNO.  Soalnya, jika UMNO ingin mengupah Israel, UMNO perlu terlebih dahulu memberitahu Israel bahawa Israel adalah jahat dan UMNO tidak boleh dilihat bersekongkol dengan orang jahat oleh itu Israel perlu dilihat menyokong PR.

Tentulah ini tidak masuk akal.

5. Sebenarnya, bagi yang mengikut perkembangan politik sejak dahulu, sokongan Israel terhadap PR, terutamanya Anwar bukan sesuatu yang aneh.  Suatu ketika Jerusalem Post pernah menyatakan sokongan secara terbuka terhadap Anwar.  Anwar juga pernah menyatakan sokongan terbuka terhadap Israel.  Justeru, kenapakah masih ada pihak terutama di dalam PAS untuk menafikannya? 

6. Anwar juga yang telah menandatangani Annapolis Summit 2007 yang mengiktiraf negara Israel.  BERSIH dan SUARAM, iaitu dua NGO yang begitu giat membantu Anwar dan Pakatan Rakyat juga telah mengakui menerima dana asing iaitu dari rangkaian George Soros yang turut menaja matlamat Zionis, yakni, Israel untuk menguasai dunia melalui misi pertukaran rejim. Sumber

26 April 2013

TU DIA! RAHSIA TERBESAR UST AZIZAN TELAH TERBONGKAR?


Mungkin ramai yang tak tahu tentang hal ini.. Selain daripada anti kepada Dap, Ust Azizan juga anti kepada Anwar Ibrahim kerana dari dulu lagi Ust Azizan tak percaya kat Anwar kerana sikap sikap Anwar sebelum ini..Tapi nak buat macamana dah Pok Nik Ajis dan Hadi Bawang jilat sangat si Anwar tu..Mau tak mau Azizan kena la ikut..

Tapi dalam hati, Aku rasa Ust Azizan masih benci kat Anwar sebab tu puak Phahrolrazi marah sangat kat Azizan sampai la ni..Dengar lah sendiri apa yang dikatakan oleh Tan Sri ZAM dibawah


23 April 2013

JANJI PAKATAN RAKYAT DI KEDAH - JANJI TINGGAL JANJI #SAVEKEDAH

Dalam PRU12 dan sebelum²nya kita sering didendangkan dan dijanjikan dengan pelbagai janji-janji dan lagu-lagu yang enak kepada rakyat Negeri Kedah. Ini demi untuk PAS KEDAH mendapatkan kuasa yang sementara dan sedikit ini.

Janji yang paling ketara ialah Negara Islam, Hukum Hudud dan tidak lupa juga (terkini) negara Kebajikan.

Apakah ini hanya janji di bibir mulut atau mereka benar-benar serius dalam hal ini?
Selepas 5 tahun memerintah, janji-janji ini rupanya hanyalah tin kosong. Di Ketuk bunyinya kuat tetapi isinya tiada. Sebenarnya mereka (pemimpin-pemimpin) PAS tahu apa yang penyokong mereka suka dengar terutama yang serbannya besar di atas kepala. Janji-janji tersebut adalah ibaratkan janji syurga kepada mereka.

Ini yang membuatkan penyokong-penyokong mereka ini menutup telinga serta memejamkan mata daripada mendengar orang lain walaupun banyak perkara yang diperkatakan itu benar dan ditunaikan.

Exco Agama sehingga kini tidak pernah menyentuh untuk menjadikan Kedah sebuah negeri Islam hatta nak 'declare' Kedah sebagai Serambi Kelantan pun tidak berani. Hukum-syariah sedia ada pun masih dikekalkan, tiada yang diubah untuk memperelokkkan lagi. Janji Hukum Hudud sudah dilupakan!

Jawapan standard yang diberi bila ditanya samada oleh media atau di DUN ialah ini negeri pemerintahan PR. Sekali lagi penyokong PAS ditipu! Atau kita tunggu Kelantan laksana dulu.
Kedah Times sehingga hari ini masih tidak mendengar sebarang komen atau ceramah PAS yang secara terang-terang tidak menyokong penggunaan nama Allah oleh Kristian dalam bible mereka. Jangan harap nak dapatkan komen dari Exco Agama atau MB sendiri. Apa sudah jadi dengan kerajaan ini sebenarnya.

Dalam kes-kes melibatkan Agama Islam pun mereka tiada 'stand' sebaliknya hanya diam diri macam orang terkedu kena pukulan dari belakang!

Inilah belang sebenarnya Pemimpin-pemimpin PAS, janji syurga kepada pengikutnya walaupun mereka sendiri tahu yang mereka tidak mampu untuk memberinya.
Tetapi apa yang berubah dan bertambah ialah pusat karaoke, pub serta rumah urut yang semakin bertambah di Alor Setar dan Sg Petani.

Inilah Negeri Sejahtera sebenarnya. Lesen Arak di Langkawi semasa ceramah dulu berbuih-buih mulut nak dihapuskan tetapi nampaknya yang ada masih kekal dan yang baru dikeluarkan. Kulim Golf Club tanpa segan silu hidang arak kepada pelanggan. Kelab Sg Petani dah jadi macam nite club di Thailand. Jalan Alor mengkudu sudah ada nite club terbuka. Ini semua ZAMAN PAS KEDAH masih dikekalkan sehingga bertemu PRU13 dua minggu lagi .... SUNGGUH MENYEDIHKAN !!!

Program-program mengimarah Masjid sudah berkurangan kerana mereka cuba memasukkan unsur-unsur politik kepartian mereka ke dalam masjid. Orang naik benci dan masjid jadi kosong.

Adakah ini balasan Allah atau ujian Allah. Sudah tentu PAS kata ini ujian Allah.
Tetapi kalau dikaji secara terperinci, inilah balasan Allah kepada orang Munafik yang suka menabur janji-janji yang mereka tidak pernah dan boleh tunaikan. 

Mereka itulah yang anda kenali sebagai PIMPINAN PARTI ISLAM SEMALAYSIA NEGERI KEDAH ... Sebuah Parti ISLAM Paling Penipu Atas Muka Bumi Allah ini ... hanya pandai KELENTONG RAKYAT menggunakan Agama Islam sebagai alat atau topeng sahaja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...