17 May 2012

GEMPAR!! PROJEK RM 35 BILION KERAJAAN PAS TERTANGGUH LAGI.


Projek Sulihh dulunya dikenali sebagai Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) yang diumumkan pada 2007 hasil perancangan kerajaan Barisan Nasional semasa memerintah negeri Kedah.Projek itu melibatkan pembinaan kilang penapisan minyak yang memproses minyak mentah dari Asia Barat sebelum dijual ke negara-negara Asia Timur.

Selepas pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran Kedah pada pilihan raya umum pada 2008, mereka bersetuju meneruskan projek itu dengan menggunakan kaedah lain iaitu menambak laut bagi memberi laluan kepada pelaksanaannya.

Mengikut perancangan awal, projek itu dijangka siap pada 2013 dan apabila beroperasi nanti iandapat menjana pendapatan RM400 juta setahun kepada kerajaan negeri.

ALOR SETAR- Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini berkata Projek Hab Hidrokarbon Sungai Limau (SULIHH) di Yan masih tergendala kerana pemaju yang dilantik menghadapi masalah teknikal dan kewangan.

Katanya kerajaan negeri juga belum menarik balik tawaran yang diberi kepada Merapoh Resources Corporation Sdn Bhd (Merapoh)itu sekalipun tempoh yang diberi bagi mereka melaksanakannya telah berakhir pada hujung 2010.

"Sekarang kita tunggu...kalau (Merapoh) datang balik, kita buat balik (projek SULIHH) dan kalau ada mana-mana syarikat yang ada duit berminat (untuk melabur) silakan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di sini.

Bagaimanapun kata Azizan, syarikat terbabit harus mendapatkan kelulusan Majlis Pembangunan Fizikal Negara terlebih dahulu memandangkan projek tersebut telah diluluskan kepada Merapoh sebelum ini.

Azizan diminta mengulas kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang yang pada sidang media sebelum itu menggesa kerajaan negeri menjelaskan status projek SULIHH bernilai RM36 bilion yang masih tidak berjalan, sekalipun perjanjian telah ditandatangani kerajaan negeri dengan Merapoh dan Hijaz Refinery Sdn Bhd pada Disember 2009.

Bagaimanapun pada November 2010, kerajaan negeri memaklumkan Hijaz Refinery telah menarik diri daripada projek tersebut.
Tan juga mahu kerajaan negeri pimpinan PAS itu menjelaskan sebab mereka bertegas menunggu Merapoh melaksanakan projek pembangunan kilang menapis minyak mentah dari rantau Timur Tengah tersebut, sekalipun ada syarikat lain berminat melaksanakannya.
Tan berkata beliau difahamkan dua syarikat asing iaitu Hong Kong Beijing Star Ltd dan Winson Investment Ltd berminat untuk melabur RM18 bilion masing-masing dalam projek tersebut.

"Jangan kata ini projek swasta...kerajaan negeri berani lancarkan projek besar, tapi tidak ada apa-apa yang berlaku. Ini merupakan sesuatu yang sangat memalukan bagi rakyat Kedah," kata Tan.

Azizan ketika mengulas lanjut berkata projek tersebut tidak ditawarkan secara tender terbuka kerana kerajaan negeri tiada duit untuk berbuat demikian.

Azizan juga berkata sehingga kini kerajaan negeri tidak menerima tawaran daripada syarikat lain untuk meneruskan projek tersebut.- Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...