30 May 2012

RAJA PETRA DAKWA ADA FAIL RAHSIA AZMIN ALI



KUALA LUMPUR - Penulis blog Malaysia Today Raja Petra Kamarudin mendakwa memiliki 'fail rahsia' mengenai Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ketika beliau masih berada dalam kerajaan pada 1995.


Dalam entri terkini bertajuk "MACC 'Deep Throat' comes out of the closet" (Pemberi maklumat SPRM dedah identiti diri), Raja Petra atau lebih dikenali sebagai RPK, mendedahkan beliau diberi pelbagai fail dan dokumen oleh seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sudah bersara satu ketika dulu.

RPK mendakwa kertas siasatan dan fail terbabit adalah mengenai Azmin yang merupakan setiausaha sulit kepada Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menegaskan fail terbabit menunjukkan dakwaan pelbagai transaksi, hartanah dan kenderaan bernilai jutaan ringgit.

RPK berkata fail berkenaan bertarikh sejak 17 tahun lepas ketika SPRM masih dikenali sebagai Badan Pencegahan Rasuah. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...