22 May 2012

GEMPAR!! KISAH BENAR TALQINKAN MAJLIS SYURA PAS



Ini kisah benar yang ramai rakyat Malaysia terutama umat islam terlepas pandang. Sudah terlampau lama PAS bersembunyi disebalik Majlis Ulama PAS semata-mat ingin menghalalkan apa jua yang diperjuangkan Pakatan Rakyat. Berbaloikah rakyat Malaysia membiarkan gejala ini menular hingga kita bakal tergadai negara tercinta ini?

Kalaulah orang PAS berperang mulut mempertahankan keislaman PAS, pasti akan terpacul keluar dari mulut mereka, PAS itu islam kerana mempunyai Majlis Syura Ulama untuk menentukan dasar parti. Betulke!! atau yang ramai rakyat tidak nampak semua itu hanya permaianan silap mata?

Menurut sejarah Majlis Syura Ulama bermula semasa era kepimpinan Yusof Rawa. Fungsinya termaktub dalam Perlembagaan PAS, Fasal 7(B) “Mengeluarkan arahan dan perintah, supaya dasar dan ketetapan itu, dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara, supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak di dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan gerakan dan pentadbiran PAS.” malah Majlis Syura Ulama diheboh-hebohkan sebagai lebih berkuasa dari jawatankuasa pusat. Persoalannya sekarang sejauhmana kekuatan atau kekuasaan Majlis Syura PAS.Ini Kisah Benar Talqinkan Majlis Syura PAS yang patut kita bongkarkan.


Semenjak kemenangan PAS menerajui Kelantan dan Kedah pada 2008, PAS sedar kerjasama dalam Pakatan Haram lebih berkesan berbanding sebelumnya yang mana mereka berjuang sendirian. Untuk mendapat kepercayaan Pakatan Haram, PAS rela berkorban mengugurkan dua perkara menjadi kekuatan kempen mereka dan juga menjadi isu perbalahan antara PKR, DAP dan PAS. Oleh kerana Nik Aziz berazam menuju ke Putrajaya akhirnya Majlis Syura PAS mencari alasan yang sesuai untuk menghalalkan penguguran Negara Islam hingga dikatakan tiada dalam Al-Quran dan penguguran Hukum Hudud dari terselit sebagai agenda dalam buku Jinga . Sifat ini telah menampilkan PAS lebih bermaksud PERASIT Islam Semalaysia

Inikah yang dikatakan Majlis Syura Ulama lebih berkuasa atau Majlis Pakatan Haram kaldaikan PAS.Yang pasti Kapal, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng ketawa terbahak-bahak manakala Anwar lagi lebar senyumnya sebab sudah berjaya membuktikan kemampuan Anwar mengkaldaikan PAS, kepada sekutu Yahudi. Manakala Nik Aziz tidak sedarpun apa yang sebenar berlaku, mungkin disebabkan Nik Aziz terpegun melihat Elizabeth Wong menggodanya dengan memakai tudung, cair woo!!


Kecuali Isu khalimah Allah telah menonjol kebangkitan kelakian Dr Harun Din mempertahankan Khalimah Allah sedaya upaya dengan berkata "umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur – membenarkan mingguan Katholik Herald The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya – boleh membawa kepada kekufuran" walaupun terdapat pencagahan pendapat antara Haji Haji, dan akhirnya Nik Aziz sekali lagi tampil menundukan Dr harun Din supaya Majlis Ulama bersama-sama menjadi kaldai Pakatan Rakyat. Yelaaa hendak lawan nanti tidak merasa Putrajaya la pulak. Pokok pangkal asas perjuangan PAS ke Putrajaya adalah wajib, biar apa jua alasan dan pengorbanan samada betul atau salah, itu bukannya masalah.


GELOMBANG MERAH BERANI BERUBAH 
KEDAH MENANG BN SENANG



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...