Semalam genaplah 66 tahun ujudnya UMNO di bumi bertuah ini. Segala perit jerih yang dilalui oleh pejuang terdahulu turut dirasai oleh generasi pewaris hari ini.
Disebalik segala cabaran dan dugaan yang terpaksa dilalui oleh UMNO, parti keramat bangsa Melayu ini terus menjadi pilihan bangsa Melayu sejati yang sayangkan bangsanya dan cintakan islam, kerana Melayu dan islam tidak boleh dipisahkan.
Diharapkan sambutan ulangtahun ke 66 tahun parti keramat UMNO ini akan menjadi titik tolak pemangkin kejayaan yang besar buat UMNO dan BN dalam PRU13 yang bakal menjelma.
TAHNIAH UMNO..Usia yang matang ini menjanjikan sesuatu yang manis untuk diingati Insya Allah.
Amanat presiden UMNO untuk menghadapi PRU-13
1) Kepimpinan yang boleh dipercayai dan janji ditepati.
2) Pastikan hari esok lebih baik dari hari ini.
3) Pelihara kedaulatan undang-undang, kesucian Islam, keluhuran
Perlembagaan, institusi
raja-raja serta hak-hak kaum lain.
4) Menguruskan ekonomi
kita yang sangat baik ini serta membawa pertumbuhan yang
memberangsangkan?
5)
Menjamin keharmonian dan perpaduan
(kaum) berkekalan?
6) Membuat pembaharuan
secara tersusun. Siapa yang membawa transformasi kepada
negara ini?
7) Memakmuran negara
sehingga hari ini dengan izin Allah boleh menjadi negara yang
berpendapatan
tinggi?.
No comments:
Post a Comment