30 March 2012

kedah post: MANA JANJI PAKATAN RAKYAT??

kedah post: MANA JANJI PAKATAN RAKYAT??: Marilah kita sama-sama memenuhi perkarangan rumah Tn Hj. Hussain Man, Pengerusi JKKKP Pdg Puteh, Temoyong, Langkawi untuk mendengar KISAH...

kedah post: AZIZAN LAWAN PARASIT!!

kedah post: AZIZAN LAWAN PARASIT!!: PARASIT PAS Kedah yang diketuai oleh Mat Sabu dan Mahfuz Omar dengan diperkuatkan oleh kehadiran Pahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salle...

29 March 2012

MANA JANJI PAKATAN RAKYAT??


Marilah kita sama-sama memenuhi perkarangan rumah Tn Hj. Hussain Man, Pengerusi JKKKP Pdg Puteh, Temoyong, Langkawi untuk mendengar KISAH BENAR kemungkaran PARASIT PAS untuk menjatuhkan kepimpinan ulamak dalam PAKATAN RAKYAT.

AZIZAN LAWAN PARASIT!!


PARASIT PAS Kedah yang diketuai oleh Mat Sabu dan Mahfuz Omar dengan diperkuatkan oleh kehadiran Pahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh, terus pening dengan gelagat dan ketegasan yang dipertontonkan oleh Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak. Dalam pada itu, mereka sangat berharap, Azizan akan tunduk dengan tekanan daripada kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim, Azizan dengan tegas memberikan isyarat kepada ketua mereka itu bahawa Pakatan tidak perlu memandai-mendai di Kedah.

Itu yang berlaku apabila Azizan dengan tegas menolak cadangan PKR dan DAP untuk menambah kerusi yang bakal mereka tandingi pada PRU akan datang. Tidak sahaja cadangan tersebut ditolak mentah-mentah, malahan Jawatankuasa Pemandu yang seharusnya memulakan tugas mereka sebagai Residen Inggeris di bumi Kedah, turut tidak dihiraukan oleh Azizan.


Sebenarnya, serba-salah kumpulan Anwarinas mudah difahami. Sokongan Melayu sebagai mejoriti di Kedah adalah penentu segala-galanya. Politik di Kedah tidak boleh mengimpot politik MENGHALALKAN SEGALANYA seperti yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan anggota-anggota PARASIT PAS.

28 March 2012

PAKATAN RAKYAT GELABAH BEWAK KERANA RON 95 KELAL RM1.90 SELITER


PUTRAJAYA 27 Mac - Harga petrol RON95 kekal RM1.90 seliter walaupun berlaku kenaikan harga bahan bakar itu di pasaran global ketika ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, harga itu dapat dikekalkan selepas kerajaan menambah subsidi sebanyak 10 sen bagi bulan ini iaitu kepada RM1.03 seliter.
"Langkah ini perlu bagi memastikan rakyat tidak dibebani kesan sampingan berikutan kenaikan harga minyak global.
"Kerajaan masih mengekalkan subsidi itu kerana kita tahu kalau tidak dikekalkan, harga barangan lain termasuk yang tidak ada kaitan dengan minyak akan naik sebab apabila kos pengangkutan meningkat, ia akan dimasukkan dalam harga barangan," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan kementeriannya di sini hari ini

KENAPA AZMIN ALI MARAH SANGAT KEPADA DR HASAN ALI ???


SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menganggap desakan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali agar beliau menjawab lima isu yang dibangkitkan, hanya sebagai skrip fitnah lama yang diulang tayang sejak lebih satu dekad.

Katanya, sebagai seorang yang sering mendabik dada mengatakan beliau ada pengalaman luas dan berpendidikan tinggi, adalah amat malang apabila Hasan kini dilihat sanggup melutut dan mengutip tohmahan yang berupa fitnah yang begitu kejam dan keji untuk menyerangnya.

"Sekiranya Hasan seorang pemimpin yang berjiwa Islam dan mempunyai nilai-nilai kemelayuan, beliau sewajarnya menasihati mana-mana pihak yang membuat fitnah dan tohmahan supaya hentikan budaya fitnah ini.

"Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Hasan sendiri yang mengutip fitnah ini sebagai hujah balas terhadap saya.

"Ini adalah satu taktik politik untuk alihkan pandangan masyarakat daripada isu yang saya kemukakan secara berfakta dan berdokumen pada sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini," katanya kepada Sinar Harian.

Azmin turut menegaskan, beliau tidak pernah memilih untuk menyerang peribadi Hasan atau mengeluarkan fitnah, tetapi apa yang dibangkitkan adalah berasaskan angka dan dokumen dalam simpanan Kerajaan Negeri.

"Hasan yang selama ini melaung dan memperjuangkan Islam kini bergelumang dengan fitnah-fitnah keji yang ditaja Umno dan dijaja oleh individu yang menjadi agen fitnah," katanya.

Mengulas mengenai isu keluarga termasuk DNA anaknya, Azmin berkata, pendiriannya sangat jelas dalam isu berkenaan.

"Saya memilih untuk membersihkan nama dan maruah keluarga saya melalui tindakan undang-undang di mahkamah dan kaedah perubatan. Mahkamah telah buat keputusan dalam kes berkenaan dan saya percaya Hasan tahu keputusan itu. Jadi, mengapa beliau masih meneruskan fitnah ini sedangkan mahkamah telah membersihkan nama saya, isteri dan anak saya.

"Saya tegaskan agenda beliau atas nama Melayu dan Islam adalah satu pembohongan kerana jelas Hasan kini diperkuda Umno dan Barisan Nasional. Dan amat malang apabila beliau gagal menjawab dakwaan-dakwaan saya secara khusus tetapi memilih nada-nada yang sama seperti dimainkan oleh Umno dalam jawapannya," katanya.

Azmin berkata, sebagai contoh apabila isu Hasan membelanjakan wang yang banyak untuk mengubah suai pejabatnya, Hasan menjawab: "Ada orang yang belanja lebih besar dari saya".

Bagi Azmin, jawapan itu adalah jawapan retorik yang selalu digunakan Umno dalam kes-kes yang membabitkan pemimpin mereka.

Ditanya mengenai dakwaan adiknya, Ummi Halfida seperti didakwa Hasan, Azmin berkata, be- liau memilih cara Islam untuk menyelesaikannya.

"Isu keluarga bukan untuk dipamer atau dijaja kepada umum. Apa juga perkara yang berbangkit dalam keluarga mesti diselesaikan cara Islam. Saya tidak memilih untuk mengaibkan keluarga di khalayak kerana ia ditegah Islam.

"Sebagai seorang motivator yang sering muncul menasihati umum dalam hal-hal kekeluargaan, Hasan sepatutnya tahu perkara ini dan jika benar perjuangan beliau masih berteraskan Islam, beliau perlu menasihatkan pembuat fitnah ini supaya menghentikannya dan bukannya menjadi ejen untuk menyuburkan fitnah Umno ini," katanya.

27 March 2012

PKR DICABAR SAMAN BN


ALOR SETAR - PKR dicabar menyaman Barisan Nasional (BN) Selangor jika kenyataan Koordinatornya, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berhubung dakwaan parti itu meminta bantuan pertubu­han­ bukan kerajaan (NGO) asing mempunyai kaitan dengan Yahudi adalah palsu.
Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, mereka turut mencabar penasihat parti berkenaan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman bagi membersihkan dirinya sekiranya kenyataan itu tidak benar.
Menurutnya, beliau sendiri terkejut dengan tindakan PKR yang meminta bantuan Konrad Adeneur Foundation (KAF) untuk menjatuhkan kerajaan BN termasuk mendapatkan dana serta khidmat teknikal dari NGO luar negara itu.
“Rakyat negara ini harus menentang sekerasnya usaha berkenaan demi cinta kepada negara dan agama. Saya percaya pendedahan­ itu adalah benar dan kita bimbang pentadbiran negara kelak akan ditentukan pihak luar seperti yang berlaku dalam pergolakan politik di negara lain,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Umno Kedah berkata, rakyat harus sedar ada sebilangan pihak luar negara sememangnya tidak senang dengan pentadbiran negara ini dan mereka berusaha membantu pihak yang menentang kerajaan BN.
“Kita juga mahu tahu apa pendirian Pas berhubung isu ini?. Adakah Pas masih sanggup bekerjasama dengan PKR yang mempunyai godfather pihak anti-Islam seperti tindakan mendapatkan bantuan dana. Adakah Pas berani membantah tindakan PKR berkenaan dan menarik diri daripada Pakatan Rakyat (PR) atau tetap bersama dengan pakatan dan turut melibatkan diri dalam perancangan NGO yang ada kaitan dengan Yahudi itu?,” katanya.
Katanya, sejak beberapa tahun lalu, memang ada gerakan terancang dan tersusun dengan baik, sama ada di peringkat antarabangsa serta dalam negeri bermatlamat menjatuhkan BN.

26 March 2012

SOKONGAN RAKYAT SELANGOR TERHADAP BN MEMUNCAK : PM


HULU LANGAT 25 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan keyakinan beliau terhadap sokongan rakyat di Selangor yang didapati semakin memuncak kepada Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Perdana Menteri berkata, angin perubahan sokongan itu terhasil apabila BN sentiasa mengotakan segala janji yang dibuat khususnya terhadap golongan memerlukan serta pelbagai lapisan masyarakat lain melalui pelbagai program transformasi kerajaan.
Selain itu, katanya, angin perubahan sokongan tersebut turut didorong oleh kegagalan pembangkang mengotakan janji yang dibuat mereka pada pilihan raya umum lalu.

MB KEDAH:PKR, DAP PERLU BERTOLAK ANSUR


JITRA - Menteri BesarKedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak meminta kepimpinan PKR dan DAP di negeri itu bertolak ansur dalam isu berkaitan dengan pembahagian kerusi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Beliau berkata, kedua-dua parti perlu mencari jalan penyelesaian terbaik berdasarkan situasi menang-menang untuk menghadapi PRU13.
“Agihan kerusi antara Pas dan PKR sudah selesai dan kita masih mengekalkan formula berdasarkan apa yang dipersetujui pada PRU 2008.
“Namun antara PKR dan DAP masih ada sedikit lagi yang sedang dibincangkan…rundingan masih dijalankan dan kita sebagai abang tua, berharap mereka boleh mencapai kata sepakat berdasarkan situasi menang-menang,” katanya selepas merasmikan Hari Terbuka Loji Rawatan Air Pelubang sempena Hari Air Sedunia 2012,  semalam.
Difahamkan sehingga kini rundingan mengenai agihan kerusi antara kedua parti itu masih belum dapat diselesaikan berikutan pertembungan antara PKR dengan DAP berkenaan kerusi Parlimen Alor Setar dan Padang Seraiselain kerusi Dun melibatkan kawasan Bakar Bata, Gurun, Bakar Arang, Lunas serta Derga.
Azizan berkata, perkara itu tidak terlalu penting kerana mereka tidak boleh bergaduh sesama sendiri sebaliknya memberi tumpuan kepada persediaan menghadapi PRU serta bertolak ansur dalam sesuatu perkara.
Pada PRU12, Kedah yang mempunyai 36 kerusi Dun, Pas bertanding di 24 kerusi manakala PKR (10 kerusi) dan DAP (dua).
Daripada jumlah itu, Pas menang 16 kerusi, PKR  lima kerusi dan DAP menang satu kerusi.
Bagaimanapuan, dua daripada lima wakil rakyat PKR kemudian mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas.
Agihan kerusi antara PKR dan DAP kembali hangat bulan lalu apabila Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik meminta penjelasan daripada Pengerusi PKR Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Ahmad berikutan kenyataannya yang dianggap sebagai tidak bertanggungjawab kerana menganggap agihan kerusi PKR dan DAP sudah selesai.

25 March 2012

SEJARAH PDRM SEMPENA ULANGTAHUN YANG KE 205 PDRM


Serba ringkas mengenai sejarah PDRM yang anda perlu tahu terutama kepada mereka yang tidak peka dengan sumbangan dan jasa yang telah diberikan PDRM dalam menjaga keamanan negara. Jadi mari kita baca mengenai sejarah PDRM ini.Sistem kepolisan yang moden dan teratur di negara ini bermula dengan berkuatkuasanya ‘Charter of Justice’ di Pulau Pinang pada 25 Mac 1807. Piagam tersebut menjadi asas kepada peraturan dan undang-undang yang jelas kepada pihak yang dipertanggungjawab menyelenggarakannya dan menandakan bermulanya penubuhan pasukan polis pertama yang moden di negara ini. Perkembangan politik dan ekonomi di Tanah Melayu telah membawa perubahan pada pasukan polis. Sistem kepolisan di negara ini telah beberapa kali mengalami perubahan sehinggalah membawa kepada penyatuan pentadbirannya di bawah Panji-Panji Polis DiRaja Malaysia pada 16 September 1963. Selepas Tanah Melayu bebas dari pemerintahan Jepun, pada 1 April 1946 Pasukan Polis Negeri-Negeri Selat, Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu telah digabungkan di bawah Pasukan Polis Malayan Union di mana pemerintahan pasukan berpusat di Kuala Lumpur.

Pada tahun 1948, pihak komunis telah melancarkan pemberontakan bersenjata dengan tujuan untuk menubuhkan sebuah Republik Komunis di Malaya. Bagi menghadapi ancaman itu, Kerajaan telah mengisytiharkan “Darurat” pada 16 Jun 1948. Semasa perjuangan menentang pengganas komunis selama 12 tahun, seramai 1,246 orang pegawai dan anggota polis telah terkorban serta 1,447 orang lagi cedera. Berpunca daripada tindakan berani anggota polis ini seramai 6,711 orang pengganas telah dihapuskan dan 1,289 lagi berjaya ditawan.Bagi menghalang orang-orang Asli dipengaruhi oleh anasir komunis, Pasukan Senoi Praaq yang terdiri dari pemuda Orang Asli telah ditubuhkan pada Mei 1956. Sebagai menghargai kerjasama dan jasa yang diberikan oleh Senoi Praaq, pasukan Rejiman ke 22, British Special Air Service (SAS) telah mentauliahkan “Beret Merah” mereka kepada Senoi Praaq. Beret ini masih menjadi kebangaan Senoi Praaq sehingga kini.

Perjuangan dan pengorbanan serta hikmat bakti anggota polis dalam mempertahankan negara dari ancaman dan pemberontakan bersenjata pengganas komunis semasa “Darurat 1948 -1960” telah membawa kepada penganugerahan gelaran “DiRaja” kepada pasukan polis oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Pertama, Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad pada 24 Julai 1958. Pada 11 November 1961, Seri Padukan Baginda Yang di-Pertuan Agong III, Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalulail telah berkenan pula menganugerahkan Panji-Panji DiRaja kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Pada 16 September 1963, Pasukan Polis di Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, dan Singapura telah disatukan dan dikenali dengan nama Polis DiRaja Malaysia dengan diperintah oleh seorang Ketua Polis Negara. Pada 2 Disember 1989 Perjanjian Damai antara Malaysia, Thailand dan Parti Komunis Malaya (PKM) telah ditandatangani di Haadyai, Thailand. Dengan termeterainya perjanjian tersebut PKM telah meletakkan senjata dan berakhirlah perjuangan parti tersebut. Pada 17 Oktober 1990 pula Perjanjian Damai antara Kerajaan Malaysia dengan Biro Ke-2, Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) juga telah ditandatangani di Kuching, Sarawak bagi menamatkan semua kegiatan bersenjata oleh Biro Ke -2 PKKU di Sarawak.

Dengan perletakkan senjata kedua-dua parti komunis tersebut, Malaysia kini bebas daripada ancaman komunis, yang sering menggugat keamanan dan keselamatan negara ini, perhatian kini lebih banyak ditumpukan terhadap isu-isu pembangunan.

Polis Diraja Malaysia kini bergerak selari dengan wawasan kerajaan dengan memberi tumpuan kepada usaha membanteras jenayah dan dadah. Di samping itu PDRM juga terlibat dalam usaha mencegah kemasukan pendatang asing tanpa izin, membanteras lanun dan pemeliharaan alam sekitar seperti mencegah pembalakan haram. Pasukan polis juga bertanggungjawab dalam menentukan jalinan mesra dengan orang ramai terus dipelihara agar kerjasama di antara kedua pihak berjalan lancar di samping menonjolkan imej polis sebagai sahabat yang mesra dan bertimbang rasa.

Penutup

Pelbagai onak dan duri besulamkan keringat dan air mata terpaksa dilalui oleh anggota pasukan polis dalam mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan undang-undang demi memastikan keharmonian rakyat pelabagai kaum dan kemakmuran Negara dipertahankan.

Kini, pasukan Polis Diraja Malaysia yang telah menginjak usia dua abad meneruskan kesinambungan usahanya dengan menumpukan perhatian kepada usaha membenteras kegiatan jenayah yang boleh mengancam kesejahteraan umat sejagat.

Selari dengan peredaran masa dan globalisasi, pasukan polis kini telah dilengkapi dengan kemahiran untuk menangani sebarang permasalahan bagi mendukung tugas utamanya, iaitu menjaga ketenteraman Negara dan kesejahteraan rakyat. Sesungguhnya, segala perjuangan dan pengorbanan anggota pasukan polis dalam mencapai dan mengekalkan kemerdekaan akan tetap terus dikenang dan dijulang sebagai wira-wira penegak undang-undang negara.

Sumber: Buku ‘Perjuangan PDRM Dalam Mencapai dan Mengekalkan Kemerdekaan Negara’


PILIHANRAYA UMUM SUDAH DEKAT-PM


TELOK KEMANG 24 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membayangkan Pilihan Raya Umum Ke-13 semakin dekat dan yakin Barisan Nasional (BN) akan terus memegang tampuk pemerintahan negara.
Katanya, keyakinan itu berasaskan kepada sokongan rakyat yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.''Saya rasa-rasalah dan bila sudah ada rasa tu, bunyinya sudah dekatlah tu (pilihan raya umum)," katanya dalam ucapan pada majlis penyerahan 70 unit rumah mampu milik berkualiti tinggi di Taman Intan Duyung, Port Dickson, dekat sini.
Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Pengerusi Penyelaras BN Telok Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad serta beberapa menteri Kabinet dan pemimpin parti komponen BN.

MUKHRIZ DAKWA PAKATAN RAKYAT LONTAR 'PEMBOHONGAN DEMI PEMBOHONGAN'


PENDANG - Rakyat diingatkan agar tidak terpengaruh dengan kenyataan palsu pemimpin Pakatan Rakyat (PR) bertujuan mengaburi pemikiran rakyat demi meraih sokongan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, kebelakangan ini beliau melihat seolah-olah wujud satu usaha rapi yang dijalankan PR dengan melontarkan penipuan termasuk di Dewan Rakyat.
"Trend penipuan demi penipuan termasuk melibatkan isu sokongan terhadap Israel, isu Lynas dan isu dana Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang didakwa haram bertujuan mengaburi pandangan rakyat agar mereka dapat memenangi PRU.
"Rakyat perlu berhati-hati dan menyiasat semua kenyataan pemimpin PR. Jangan terima bulat-bulat semua yang diperkatakan," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Jentera Pilihan Raya Puteri Umno Kedah, hari ini.
Menurutnya, kenyataan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul sewaktu membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat baru-baru ini adalah satu contoh penipuan secara terang-terangan.
"Johari menyatakan bahawa kenyataan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) berhubung sokongan terhadap usaha melindungi keselamatan Israel menerusi The Wall Street Journal, (WSJ) bersifat bersyarat iaitu Israel perlu menghormati Palestin.
"Saya berasa terkejut dan hairan kerana seorang ahli parlimen boleh membuat penipuan secara terbuka dalam dewan. Kenyataan Johari satu pembohongan kerana hakikatnya apa yang dilaporkan dalam WSJ adalah kenyataan yang mutlak dan tidak bersyarat," katanya.
Dalam pada itu, Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa tidak salah berurus niaga dengan Yahudi selagi golongan itu tidak mempunyai agenda jahat, disifatkannya berasas.
"Kita perlu faham kerana perbezaan antara Yahudi dan Zionis amat ketara, tidak semua Yahudi menyokong Zionis dan bukan semua Zionis itu Yahudi.
"Ada antara mereka yang menentang fahaman zionisme dan mahukan pembunuhan terhadap rakyat Palestin dihentikan segera," katanya.

22 March 2012

AZIZAN NAFI TERTEKAN KERANA KRISIS PAS KEDAH

ALOR SETAR - Krisis Pas Kedah dianggap masih belum selesai ekoran majlis mengangkat sumpah jawatan dua Exco belum dibuat, walaupun sudah hampir dua minggu pengumuman oleh Pas Pusat agar Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh dilantik semula.

Sumber berkata, bagaimana pun, atas beberapa faktor teknikal, majlis masih belum diadakan kerana menunggu tarikh sesuai daripada pihak Istana.

Rentetan daripada krisis yang meletus beberapa minggu sebelum pelantikan Exco Kerajaan  Negeri pada 28 Februari, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak terpaksa berdepan dengan pelbagai karenah dalam menyelesaikan kemelut, yang akhirnya menyaksikan kedua-dua Timbalan Pesuruhjayanya kekal jawatan dalam parti mahupun pentadbiran.

Namun ada yang mendakwa Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah mengalami tekanan amat hebat apabila dua orang kanannya seolah dilihat cuba menikam belakang.

Malah ada yang menyifatkan Azizan kini hilang selera makan hingga susut berat badan ekoran menanggung tekanan politik yang melanda Pas Kedah.

Ada juga menyifatkan Azizan kini di ambang kejatuhan karier politiknya apabila Pas Pusat mula mengambil alih keputusan yang sepatutnya dibuat oleh beliau selaku Menteri Besar mahupun Pesuruhjaya Pas negeri.

Namun Azizan ketika dihubungi semalam, tidak melatah dengan pelbagai andaian yang dilemparkan terhadapnya satu persatu sejak beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 29 Julai 2011.

“Masih ada pihak yang menyokong saya dan saya akan bertahan selagi khidmat saya diperlukan,” katanya.

Mengulas mengenai berat badannya yang dilihat semakin susut sejak krisis Pas Kedah melanda, Azizan sebaliknya berkata, ia bukan disebabkan tekanan politik mahupun kerja yang dialaminya, tetapi lebih kepada nasihat doktor untuk mengawal tahap kesihatannya. - Sinar

20 March 2012

KETUA MENTERI, LIM GUAN ENG DIMINTA HENTIKAN PROJEK



BUKIT MERTAJAM 19 Mac - Ketua Menteri, Lim Guan Eng diminta menghentikan projek loji pengeluaran panel solar yang akan dibina di Batu Kawan kerana ia mengancam keselamatan penduduk di situ.Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan berkata, pembinaan loji tersebut akan menyebabkan berlaku pencemaran alam sekitar dan menjejaskan kesihatan.Beliau berkata, pihaknya menerima bantahan daripada nelayan dan pengusaha makanan laut yang mendakwa kehidupan mereka akan tercemar dengan sisa toksik apabila loji panel solar dibina di situ."Sebagai sebuah kerajaan negeri pakatan pembangkang yang sering melaungkan ketelusan dan akauntabiliti kepada rakyat negeri ini, sepatutnya mendapatkan pandangan rakyat sebelum melaksanakan projek itu."Pembinaan loji panel solar itu amat serius kerana kita ada pilihan untuk tidak membina kilang berkenaan di negeri ini.- Utusan

19 March 2012

Rakaman CCTV Rafizi Hamdan (Pelumba Basikal) Maut Dilanggar Kereta!!


Al-fatihah buat Rafizi Hamdan

Pelumba pelapis basikal nagara, Rafizi Hamdan terbunuh dalam satu kemalangan langgar di KM 20.3 Jalan Lingkaran Tengah 2, Taman Melawati, Ampang pagi semalam. Dalam kejadian tersebut jam 7.30 - 7.50 pagi, Rafizi yang mewakili pasukan Le Tua yang baru menimang cahaya mata kedua dipercayai dilanggar sebuah kereta.







 



CALON PRU:KUASA MUTLAK BUKAN DI TANGAN SAYA, KATA AZIZAN

ALOR SETAR - Hasrat Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mahu bertanding di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) perlu mengambil kira pelbagai faktor terlebih dahulu, kata Menteri Besar.Antaranya ialah bergantung kepada penerimaan dan sokongan dari Pas kawasan.Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, beliau tidak mempunyai kuasa mutlak untuk memberi keizinan kepada Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu untuk bertanding di negeri ini."Kita tidak tolak calon dari luar malah sudah ada beberapa calon luar yang bertanding di Kedah dalam pilihan raya sebelum ini dan mereka menang," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan Pas Kedah.Menurutnya, beliau tidak mempunyai kuasa penuh untuk menentukannya perkara itu kerana ia wajar dirujuk kepada pihak atasan."Apa kuasa saya, saya bukan presiden parti, tetapi orang masih fikir saya yang berkuasa di Kedah (dari segi politik), tetapi saya bukan macam itu."Apa yang penting ialah untuk pertahankan kemenangan dan melakukan yang terbaik untuk tadbir Kedah," katanya.Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata,  beliau tidak mempunyai masalah untuk menerima Mat Sabu sekiranya Pas kawasan mahu menerimanya."Sebaliknya, jika ada 100 cawangan, 40 mahu terima dan 60 pula tidak mahu terima. Inilah masanya Badan Perhubungan perlu memainkan peranan dalam mencari kesesuaian atau jalan tengah."Tambahan pula, semua aspek perlu diambil kira dalam pilihan raya umum termasuk sokongan individu atas pagar, sokongan orang ramai serta rakan-rakan (dalam parti)," katanya.Mat Sabu yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah (1999 - 2004), dikatakan cuba mengintai ruang dan peluang untuk bertanding kerusi Parlimen Pendang dalam pilihan raya umum kali ini - Sinar Harian

SIKAP MEMBISU MAT SABU TIMBUL PERSOALAN


Walaupun telah didesak oleh pelbagai pihak, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu hanya diam seribu bahasa berhubung dakwaan yang mengaitkan beliau dalam rakaman perbualan berbaur lucah dengan seorang wanita.
Mat Sabu ternyata tidak mempedulikan desakan yang dibuat biar pun ia hakikatnya melibatkan maruah beliau sebagai orang kedua terpenting dalam sebuah parti yang sebelum ini memperjuangkan Islam.
Mungkin Mat Sabu berhak mendiamkan diri tetapi tindakan beliau itu hanya akan menimbulkan lebih banyak persoalan dan keraguan.
Kita sama sekali tidak menyatakan apa yang didedahkan oleh beberapa blog berhubung rakaman perbualan itu adalah satu kebenaran. Sebab itulah ramai yang mahu melihat Mat Sabu tampil memberi penjelasan-utusan

18 March 2012

TIADA ROMBOKAN PAS KEDAH

KOTA SARANG SEMUT - Tiada rombakan dalam Jawatankuasa Perhubungan Pas Kedah walaupun kira-kira 90 peratus suara dari kawasan mahu penyusunan semula dilakukan bagi memantapkan jentera parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) susulan kemelut kepimpinan negeri baru-baru ini.
Sinar Harian difahamkan, usul penyusunan semula jawatankuasa itu dikemukakan oleh Dewan Pemuda Pas negeri dan mendapat sokongan majoriti kepimpinan kawasan termasuk Sungai Petani, Jerlun, Kulim-Bandar Baharu, Kubang Pasu dan Pokok Sena.
Malah, majoriti wakil yang menghadiri mesyuarat bulanan Pas Kedah di Kompleks Pas Batu 9, semalam, turut menyuarakan kebimbangan mengenai kesukaran yang mungkin dihadapi jika kedua-dua timbalan pesuruhjaya Pas, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh, kekal dalam jawatankuasa itu. 
Susulan kebimbangan itu, ada wakil Pas kawasan yang mengutarakan usul mendesak agar Phahrolrazi dan Ismail dilucutkan jawatan, namun Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah menolak.
Difahamkan, keengganan Azizan adalah disebabkan pendiriannya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan ,selain memberi ruang kepada kedua-duanya untuk memperbaiki keadaan.
Sementara itu, Azizan ketika ditemui media selepas mempengerusikan mesyuarat terbabit, tidak menafikan isu mengenai usul penyusunan semula jawatankuasa Perhubungan Pas negeri turut dibincangkan.
"Tidak semestinya bila ada orang minta lucut, kita akan lucutkan (jawatan), tetapi kita ada bincang secara umum mengenainya," katanya.
Menurutnya, terdapat dua peringkat pelucutan iaitu peringkat keahlian dan pelucutan beberapa jawatan.
"Peringkat keahlian, bukan hak negeri tetapi hak Pusat, mengenai pelucutan beberapa jawatan pula, bukan hak pesuruhjaya tetapi pesuruhjaya boleh membuat tuntutan dengan persetujuan jawatankuasa. Namun ada beberapa faktor yang perlu diambil kira, tidak semudah itu," katanya.
Azizan berkata, selain isu berkenaan, mesyuarat bulanan yang bermula jam 9.30 pagi sehingga 2 petang itu turut menyentuh pelbagai isu termasuk kewangan, program serta persiapan pilihan raya

17 March 2012

Siasatan kerjasama PKR, badan asing berdasarkan bukti - KDN

KLUANG 17 Mac — Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini meminta Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim supaya mengemukakan bukti mengenai wujudnya kerjasama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan dua badan asing berkaitan Yahudi supaya siasatan mengenainya dapat dilakukan.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya akan melakukan siasatan berhubung dakwaan tersebut tetapi ia perlu bersandarkan pada bukti yang didakwa ada pada Ahli Parlimen itu.
"Kalau ada bukti, panjangkan kepada saya. Kalau ada kaitan dengan agensi lain seperti transaksi kewangan, kita (KDN) kena serahkan kepada Bank Negara kerana kita tidak mempunyai kepakaran untuk menyiasat,” katanya kepada pemberita selepas majlis mesra rakyat bersama usahawan Tekun dan Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Sembrong di Felda Ulu Belitong, di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Zahrain pada persidangan Dewan Rakyat dua hari lepas yang berharap KDN tidak mengambil mudah mengenai dakwaan kononnya wujud kerjasama PKR dengan dua badan asing berkaitan Yahudi bagi membentuk gerak kerja pilihan raya bagi menentang Barisan Nasional.— BERNAMA

SEMBANG POLITIK

NURUL NADIRAH DIBUNUH,DIBAKAR


JOHOR BAHRU 12 Mac - Teka-teki kehilangan kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang sejak awal bulan ini akhirnya terjawab apabila polis mengesahkan rangka manusia rentung yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai pada Khamis lalu adalah mayat kanak-kanak itu.
Pengesahan itu dibuat berdasarkan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan terhadap rangka tersebut.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, sampel DNA yang diperolehi daripada serpihan tulang di tempat kejadian telah dihantar ke makmal dan ia sepadan dengan DNA ibunya.
"Sebelum ini, siasatan awal mendapati rangka tersebut milik manusia dewasa. Bagaimanapun setelah siasatan lanjut dijalankan, ia sebenarnya milik kanak-kanak yang hilang itu.

Beranikah pembangkang ikut jejak Ketua Wanita UMNO?



KUALA LUMPUR 12 Mac - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mencabar pemimpin pembangkang yang 'dipalit' dengan pelbagai tuduhan sebelum ini supaya berundur seperti dilakukan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Naib Presiden UMNO itu berkata, ini kerana Shahrizat yang dilemparkan dengan pelbagai tuduhan oleh pembangkang telah pun membuat keputusan untuk tidak lagi bersama Kabinet berdasarkan kepada tuduhan berkenaan.
Menurut beliau, tindakan tersebut merupakan satu pengorbanan yang tinggi dan bukannya keputusan mudah untuk dilakukan.
''Mereka (pembangkang) tuding jari kepada kita dalam BN (dengan pelbagai tuduhan). Sekarang pemimpin kita sudah buat keputusan bersandarkan kepada itu (tuduhan).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...