29 May 2012

TAN SRI P RAMLEE DALAM KENANGAN : 39 TAHUN PEMERGIAN NYA - AL FATIHAH


Tan Sri Datuk Amar Dr. P Ramlee PSM, AMN, DA(P) (Sarawak) 1929 - 1973 atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemuzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang pada Hari Raya Aidilfitri 22 Mac 1929 kepada pasangan Teuku Nyak Puteh Karim dan Che Mah Hussein.

P Ramlee meninggal pada 29 Mei 1973, hari ini genap 39 tahun pemergian allahyarham. Sehingga hari ini tidak habis-habis diperkatakan tentang keagungan seniman ini sehingga beliau diberi gelaran "Seniman Agung Negara".

P Ramlee hidup di dalam hidup mereka kerana watak-watak, perangai-perangai, sikap-sikap dalam diri P Ramlee. Sikap malas, cemburu buta, orang kaya kedekut, memilih kasih, dengki, khianat, kahwin ramai dan berbagai lagi sikap-sikap dalam masyarakat hari ini ditonjolkan dengan berkesan dalam filem P Ramlee.

Di samping paparan filem-filem P Ramlee ada juga filem-filem beliau yang gagal khasnya apabila P Ramlee berhijah ke Merdeka Studio, Kuala Lumpur. Filem-filemnya dibuat dengan "budget" yang rendah, set-set kotak yang serungas dan terburu-buru aeperti filem 6 Jahanam. Satunya kelebihan P Ramlee ialah apabila terlalu banyak kenangan indah dan kebaikan P Ramlee sehingga masyarakat tidak ingin melihat kegagalan beliau.

Ramai pengkaji filem berpendapat kalau P Ramlee masih asa nescaya martabat filem Melayu akan naik. Sejauh mana konkrit pendapat ini boleh disangah, Jangan-jangan kalau P Ramlee masih ada beliau dihina dan dikutuk oleh parti-parti pembangkang yang suka membangkang.

Apa pun Allah maha mengetahui dan mengambil P Ramlee ketika di tahap kemuncak kejatuhan filem Melayu dan di mana masyarakat masih mahu P Ramlee.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan mengampunkan dosa beliau Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...