15 May 2012

CALON MELAYU DAP KELUAR PARTI - TUNKU ABDUL AZIZ



Seperti yang telah dijangkakan, Tengku Abdul Aziz tidak dapat disyorkan oleh DAP untuk sambung jawatan senator parti pembangkang.

Beliau hadapi tuduhan dan kemarahan parti, menuding beliau seorang penghianat parti, patung dan orang tua nyanyuk; jawatankuasa disiplin DAP mahu beliau tunjuk sebab, ahli-ahli parti mahu beliau dilucutkan dari keahlian parti.

Umpama manusia yang terbiar tiada nakhoda, menempah kejayaan dan ditempa kemalangan sering silih berganti.

Tiga tahun lalu, Tengku Abdul Aziz masuk parti DAP dengan sambutan ramai orang yang begitu meriah. Inilah kali pertama DAP sejak ia ditubuhkan mencipta sejarah kerana dapat mempengaruhi orang Melayu yang berkedudukan begitu tinggi dan berpengaruh manjadi ahli dalam parti.

Jawatan Kerusi timbalan presiden diserahkan kepada beliau, supaya dapat mengunakan pengaruh Tengku Abdul Aziz menaikkan kewibawaan DAP, dimana DAP anggap DAP telah bertukar wajah baru, menjadi sebuah parti yang benar-benar terbuka untuk semua kaum, selepas itu tidak lagi takut dituduh sebagai parti Cauvinisme Cina.

Hanya gara-gara Tengku tidak bersetuju terhadap perhimpunan Bersih 3.0, sebaliknya hari ini beliau dibekukan ke dalam peti sejuk.

Hanya dalam sekelip mata sahaja hilang dari pandangan, diganti dengan tomahan. 

Hari ini Tengku Abdul Aziz sama seperti semua orang, beliau mempunyai kebebasan untuk bersuara, cara apa layanan DAP terhadap beliau, ia boleh menunjukkan dan membuktikan kualiti dan sikap keterbukaan dalam demokrasi parti DAP itu sendiri.


KUALA LUMPUR - Naib Pengerusi Senator Tunku Abdul Aziz hari ini mengumumkan keluar dari DAP ekoran perbezaan pendirian dengan pemimpin-pemimpin kanan parti tersebut sejak kebelakangan ini.
Keputusan itu diumumkan ekoran pandangan beliau tentang Bersih 3.0 bulan lalu.
Ekoran laporan itu, beliau mengumumkan bahawa tempoh perkhidmatannya sebagai senator yang akan berakhir 31 Mei ini tidak disambung.
Ketika ditemu bual NTV7 malam ini, katanya, beliau akan memaklumkan partinya mengenai keputusan letak jawatan dalam beberapa minit.
"Saya fikir sudah sampai masa bagi saya mengambil pendirian tegas mengenai kedudukan saya dalam parti.
"Saya akan berhenti daripada menjadi ahli DAP," katanya lagi.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...