30 May 2012

TERKINI : TIGA ARTIS TELAH MENYERTAI UMNO


KUALA LUMPUR 29 Mei - Tiga artis terkenal tanah air iaitu Amy Search, Mus May dan Ibnor Riza menjadi ahli UMNO selepas menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha Kerja parti itu, Datuk Ab. Rauf Yusoh di Ibu pejabat UMNO, di sini hari ini.


Menurut Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 54, sudah sampai masanya beliau menyatakan pendirian demi melakukan sesuatu yang terbaik untuk perpaduan bangsa.
Katanya, langkah menyertai UMNO sememangnya sudah lama difikirkan memandangkan parti keramat orang Melayu itu merupakan sebuah parti ulung yang dilihat semakin kukuh demi kelangsungan bangsa.


"Selama ini saya banyak menyanyikan lagu-lagu yang mempunyai mesej perpaduan tetapi apalah ertinya sekiranya saya sendiri sekadar menyanyi tanpa menghayati mesej tersebut.
"Biarlah apa orang ingin kata mengenai keahlian saya namun bagi saya ia tidak akan memberi kesan kepada hubungan bersama rakan-rakan lain," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahliannya.





Antara selebriti yang menyertai UMNO adalah Tan Sri Jins Samsudin, Jamal Abdillah, Datuk AC Mizan dan isteri Datin Emylia Rosnaida, Afdlin Shauki Aksan, Harun Salim Bachik, Zek Zaidi, Rashdan Baba, Ezani Nizarif, Haris Kool dan Adam AF.


MEREKA DAH ANDA BILA LAGI 
UMNO "DULU, KINI DAN SELAMANYA"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...