21 May 2012

MUZAKARAH PAS - UMNO



Muzakarah bermaksud perbincangan dan pertukaran pandangan yang berdasarkan ilmu pengetahuan. PAS dan UMNO akan duduk semeja untuk berbincang dan bertukar-tukar pendapat pandangan di atas nama Melayu dan Islam. Kenyataan ini disahkan oleh Dato Seri Tuan Guru Hadi Awang sendiri di dalam harakahdialy.net.

Pas terdiri dari ahli-ahlinya yang majority berbangsa Melayu dan berugama Islam, juga kaum lain yang beragama Islam. Setakat hari ini nak jadi ahli PAS perlu beragama Islam, kalau nak jadi ahli kelab penyokong PAS ianya terbuka kepada semua kaum.

UMNO pula satu parti yang majoritinya terdiri dari bangsa Melayu yang beragama Islam, namun ada juga kaum lain yang di Sabah dan Sarawak yang menjadi ahli UMNO. Kalau aku salah tolong perbetulkan.
Di sini lah adanya titik pertemuan dan persamaan PAS dan UMNO, iaitu bangsa Melayu dan Islam. Namun matlamat dan dasar perjuangan sudah pasti tidak sama, kalau sama dah lama parti ni bergabung. Benar PAS dan UMNO pernah bergabung tetapi mampu bertahan lama.

PAS dan UMNO bercakaran, PAS dan UMNO bermusuhan, jangan nafikan kenyataan ini. Melayu Islam PAS dan Melayu Islam UMNO bertumbuk, berkelahi, bermasam muka, caci-mencaci, fitnah, carut marut, fuck you fuck me. Cakaplah apa saja kedua-dua parti ini ada pengalamannya. Malang sungguh, Melayu berpecah atas nama ugama, Islam aku mengajar begini dan bukan begitu. Islam aku mengatakan ini salah dan bukan tidak salah seperti cara kau. Ini tidak islamic, yang islamic mesti begini dan begini.


Ini hukum Allah yang jelas lagi nyata, eh yang ini pun hukum yang di ambil dari pendapat ini, dan ini. Bila ini berlarutan, maka timbullah itu imam sembahyang kamu, ini imam sembahyang aku. Itu kenduri rumah hijau itu kenduri rumah biru. Masyarakat Melayu lalu berpecah dua, eh tiga dah sekarang. Kita ada PKR pulak. Melayu di Malaysia ada 3 parti, PAS UMNO dan PKR.


Kaum Cina pun berpecah, kaum India pun berpecah, tapi mereka berpecah BUKAN atas nama ugama. Mereka berpecah atas dasar pandangan dan pendapat yang berbeza. Takde kedengaran di dalam politik kaum India dan Cina, Hindu aku betul, Hindu kau tak betul, atau Buddha kau salah Buddha aku betul. Dan juga tak kedengaran aku lebih India dari kau, aku lebih cina dari kau. Takde. Yang ada orang kita Melayu ni je yang bodoh sombong, macam lagu Anak Kecil Main Api…


Sudah-sudah lah.. kau mati aku jugak yang hantar kau ke kubur, aku mati kau jugak yang kapankan aku.
Kenapa mereka nak berbincang, perkara apa yang akan mereka bincangkan. Aku lebih suka meneka-neka KENAPA mereka nak berbincang berbanding APA yang mereka nak bincangkan. Klik di sini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...