26 September 2012

UUM - PRO MAHASISWA TERSUNGKUR DITANGAN PRO ASPIRASI MAHASISWA


Keputusan pilihan raya kampus bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2012/2013 di 16 daripada 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) hari ini menyaksikan kemenangan besar bagi kumpulan proaspirasi.

Keputusan yang diumumkan setakat pukul 10 malam, kumpulan berkenaan mencapai kejayaan besar di tujuh buah IPTA iaitu UMK, UPM, UTM, UUM, UPSI, UPNM dan UMP.

Keputusan PRKampus Universiti Utara Malaysia telah diumumkan petang semalam dimana calon bagi Aspirasi Mahasiswa mencatatkan kemenangan selesa dengan memperolehi 34 kerusi dari 36 kerusi yang dipertandingkan.

Peratus keluar mengundi bagi pilihan raya kampus UUM tahun ini sebanyak 92%.

Nah, sekarang telah terbukti bahawa mahasiswa tidak menolak dasar kerajaan. Siapa kata mereka memolak dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan,??

Terbukti Pro Mahasiswa di UUM kalah teruk, walaupun mendapat sokongan kewangan dari setpol MB Kedah sendiri??.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...