06 September 2012

SAYA PILIH MALAYSIA, SAYA PILIH MENGUNDI, ANDA??



Pilihanraya semakin hampir, bahangnya sudah mula terasa. Tarik tali antara Barisan Nasional dengan pembangkang di Kedah pun kian sengit. Selepas pilihanraya 1999, tali hampir disentap pembangkang dengan mengheret beberapa kerat orang-orang parti kerajaan bersama. Semenjak itu, pembangkang semakin teguh memegang tali tersebut manakala Barisan Nasional terus bertahan. Sekali-sekala, tali tersebut disentap lagi oleh pembangkang, dan Barisan Nasional pun tersentak ke hadapan sebelum menguatkan lagi pegangan mereka.

Kini, tarik tali itu hampir berakhir. Maknanya, kedua-dua belah pihak harus menarik dan menyentap tali sekuat-kuat hati kalau boleh sehingga pihak lawan terlepas atau terheret sekali sehingga melepasi garisan. Ini bukan lagi masa untuk bertahan, pilihanraya akan menjadi penentu kemenangan permainan tarik tali negeri jelapang padi ini.

APA KATA PR?

ALOR SETAR - Dap Kedah yakin Pakatan Rakyat akan terus memerintah negeri Kedah pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Pengerusinya, Lee Guan Aik berkata, Dap yakin PR akan terus memerintah negeri Kedah nanti berikutan rakyat semakin tidak percaya kepada pimpinan Umno dan BN.

Katanya, rakyat sudah jemu dengan isu perlaksanaan hukum hudud yang cuba dimainkan oleh Umno dan BN.

"Umno dan BN semakin gelabah sebab mereka sudah kekeringan idea untuk menyerang PR yang berjaya memimpin negeri dengan baik.

APA KATA UMNO DAN BN

SUNGAI PETANI - Barisan Nasional Kedah hari ini berikrar di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menawan semula kerajaan negeri Kedah pada Pilihan Raya Umum nanti.

Pengerusi BN negeri Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata BN juga akan memastikan Najib terus menerajui negara dan menawan semula kerusi-kerusi Parlimen yang tewas pada pilihan raya umum 2008.

"Kita yakin akan menawan semula Kedah dan memberi hadiah kepada Datuk Seri Najib serta memastikan beliau terus kekal di Putrajaya untuk memakmurkan negara," katanya ketika berucap pada majlis Makan Malam Perdanan anjuran BN di Padang Awam Taman Ria yang dihadiri oleh lebih 20,000 orang.

NAH, PENENTUAN DITANGAN ANDA 
SAYA PILIH MALAYSIA
SAYA PILIH MENGUNDI
ANDA BAGAIMANA?






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...