05 September 2012

TERKINI - MB KEDAH UZUR BAKAL DIGANTIKAN

Kabar angin bertiup kencang akhir-akhir ini bahawa Ustaz Azizan akan meletak jawatan?. Orang yang paling gembira mendengar berita ini ialah Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar apa tidak nya setelah berjaya memecat Exco Selangor Hasan Ali dan sekarang giliran Ustaz Azizan pula.

ALOR SETAR - Spekulasi Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bakal digantikan kembali diperkatakan kebelakangan ini ekoran masalah kesihatan yang dialaminya.

Memetik laporan sebuah portal barita, Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar yang juga Ahli Jawatankuasa Pemandu mengesahkan, kemungkunan Azizan digantikan sekiranya ada calon yang sesuai dikenalpasti.

Difahamkan, pemimpin Pas Pusat sudah mengadakan beberapa perbincangan untuk mencari calon sesuai menggantikan Azizan.

Mengulas perkara itu, pemimpin Pas kanan yang juga Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Taulan Rasul menafikan spekulasi itu, selain menyifatkan ianya hanya khabar angin.

Mohamed Taulan berkata, Azizan perlu mendapat rehat secukupnya tanpa gangguan. keadaan ini perlu bagi membolehkan beliau pulih dengan cepat dan kembali bertugas secara rasmi.

Menurutnya, walaupun keadaan Azizan semakin baik, namun hanya saudara terdekat dan pegawai kanan Azizan dibenarkan berjumpa dengannya.

"Saya sendiri belum berjumpa Azizan sejak beliau dimasukkan ke Kedah Medical Centre (KMC)," katanya.

Azizan dilaporkan berada di KMC sejak 22 Ogos lalu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...