26 September 2012

PERTANDINGAN ANUGERAH DESA CEMERLANG PERINGKAT KEBANGSAAN 2012 - KG KILIM

LANGKAWI - Anugerah Dasa Cemerlang peringkat kebangsaan 2012 yang berlangsung semalam telah menarik ramai penduduk dengan berbagai acara dipersembahkan.


Sambutan dimulakan dengan perarakan bermotosikal berkuasa besar, berarak dari Bayview Hotel menuju ke Kg Kilim. Majlis dimulakan dengan ucapan Pegawai Daerah Langkawi, Tn Hj Harun b Jasin selaku mewakili tuan rumah.

"Kilim sebuah pusat pelancongan yang terkenal telah menarik ramai pelancong diserata pelusuk dunia" katanya.


Semua panel hakim, jemputan dan urusetia dibawa melawat produk baru seperti rumpai laut, sangkar ikan, eagle feeding, hutan bakau dan projek ikan kerapu harimau.


Sesi penghakiman diadakan tepat jam 12.30 tengahari bertempat Dewan Mesyuarat Sek Keb Kilim, dengan dimulukan ucapan oleh YB Hj Mohd Rawi Hamid ADUN Ayer Hangat.

Turut hadir Dato' Hj Mohd Arpan, Pengurus Besar KEDA, YB Hj Mohd Rawi Hamid, ADUN Ayer Hangat, wakil ahli perlimen Langkawi dan seluruh penduduk Kg Kilim.

KP ucapkan tahniah kepada semua Jkkkp Kg Kilim yang telah menjayakan pertandingan ADC peringkat kebangsaan 2012 semalam dan KP doakan semoga Kg Kilim akan menjadi johan pertandingan tersebut. Tahniah juga kepada urusetia yang tak jemu melayan karenah penduduk kat sini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...