23 September 2012

HINA NABI - UMNO PAS BERSATU ATAS NAMA ISLAM



LANGKAWI - Tanggal 21hb Sept 2012, telah mencatatkan sejarah apabila UMNO dan Pas bergabung tenaga dan senada menganjurkan perhimpunan aman. Dianggarkan seribu umat Islam semalam mengetepikan perbezaan fahaman politik untuk bergabung suara dengan berhimpun mengutuk keras penerbitan filem anti-Islam, Innoncence of Muslims di Amerika Syarikat (AS).



Dalam protes aman yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda Umno dan Pemuda Pas  Langkawi, diadakan di tapak parkir Kompleks LADA, Kuah  selepas solat asar.

Sebelum perhimpunan, kumpulan tersebut mendirikan sembahyang solat asar di Masjid Al-Hana, Kuah dan bergerak ke tapak parkir Kompleks LADA.



Menurut pengajur perhimpunan, "musuh kita tidak pernah sunyi, tak pernah lupa, tak pernah lalai daripada niat nak menghancurkan Islam", Noor Saidi Nanyan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Langkawi.

"Perhimpunan ini dibuat bukan kerana parti, tetapi perhimpunan ini buat untuk diberitahu kepada semua bahawa jangan ganggu harimau yang sedang tidur." katanya lagi.



Perhimpunan dimulakan dengan ucapan beliau dan para peserta mula bergerak  melaungkan seruan 'Allahuakbar' dan terus ke Kompleks Pejabat Agama Langkawi dan menyerahkan memorandum yang ditandatangani kepada wakil Pegawai Agama Daerah Langkawi.

Hadir sama, Ketua Pemuda Umno Langkawi, Noor Saidi Nanyan, YB Mohd Rawi Hamid, ADUN Ayer Hangat, Pengerusi PERKASA Langkawi, Ketua PKR Langkawi, Ketua Pemuda Pas Langkawi dan kira-kira 1,000 umat Islam.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...