Ketika jutaan umat Islam seluruh dunia termasuk Malaysia bangkit mengadakan bantahan besar-besaran terhadap pembikinan filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW, seorang pemimpin DAP pula mempersoalkan protes tersebut.
Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dalam laman Twitter semalam didakwa mengeluarkan kenyataan provokasi sebagai reaksi kepada hasrat Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk bergabung dengan Pemuda Pas mengadakan protes terhadap filem arahan Sam Bacile itu.
''Khairy wants muslim protest against Sam Bacile. For Islam or for his political gains? Are muslims wasting too much time & energy on this?
(Khairy mahu umat Islam memprotes Sam Bacile. Ia untuk Islam atau keuntungan politiknya? Adakah umat Islam membuang begitu banyak masa dan tenaga untuk ini?," kata Koo Ham dalam laman sosial tersebut. sumber
Susulan dengan itu, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Langkawi mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut dan pengarah filem berketurunan Israel Amerika, yang menghina Nabi Muhammad SAW melalui filem terbarunya.
Filem berjudul Innocence of Muslims ini telah dihasilkan sepenuhnya oleh Sam Bacile dan trailer filem tersebut juga telah dimuat naik di dalam laman youtube pada 2 Julai 2012 yang lalu.
Menurut Norsaidi Nanyan, Bacile mendapat suntikan dana sebanyak $5 juta
daripada 100 penderma Yahudi.Katanya ketika ditemui di Wisma UMNO Langkawi semalam.
Sementara itu pengerusi MBDL, Ahmad Marzuki Sahari’at berkata isi kandungan
yang dipaparkan di dalam video yang berdurasi 14 minit ini hanya mendatangkan
kemarahan di dalam diri umat Islam.
Video tersebut ujarnya telah menghina
Baginda Nabi SAW dengan mewatakkan baginda sebagai seorang lelaki yang ‘gila
perempuan’.
Bukan itu saja, bahkan individu yang terlibat dalam menghasilkan video ini turut menghina al-Quran dan para sahabat.
Susulan dari kenyataan tersebut, Pergerakan Pemuda UMNO Langkawi akan mengadakan perhimpunan aman mengutuk filem dan kenyataan pemimpin DAP tersebut pada 14 Sept 2012 jam 5.00 petang bertempat di pekan Kuah.
Katanya lagi, perhimpunan ini dengan kerjasama Pemuda UMNO dan PAS mengenepikan perbezaan politik membidas kenyataan provokasi pemimpin DAP.
Tindakan itu kena pada masanya terutamanya di ketika umat Islam sering dicabar oleh anasir-anasir yang tidak sensitif dengan perasaan mereka.
"Ada pihak yang memperalatkan ayat suci Al-Quran malah ada pihak yang memperalatkan Allah SWT untuk meraih sokongan", katanya.
No comments:
Post a Comment