Fenomena artis menyertai UMNO-BN sejak akhir-akhir ini
telah membuatkan Pakatan Pembangkang terutama PAS kian kebingungan. Manakan
tidak, PAS sebelum ini berbangga dengan kehadiran “Ustaz” Bob Lokman dan
mengharapkan aura Bob Lokman untuk menarik seberapa ramai artis untuk
diislamkan.
Perancangan PAS itu bagaimanapun tidak menjadi kenyataan apabila ramai artis tidak berminat menyertai parti politik Islam itu dan Pakatan Pembangkang. Bagi mereka, siapa sebenarnya parti politik yang benar-benar membela artis dan sesuai dengan kehendak mereka.
Terkini seorang atlet negara telah menyertai Umno, beliau merupakan atlet tunggal pertama yang menyertai parti politik dan akan menjadi ikutan kepada atlet yang lain. Ini menjadi tamparan buat Pakatan Pembangkang yang penuh dengan masalah dalaman parti.
KUALA LUMPUR - Pemain skuasy negara, Mohd Azlan Iskandar mengambil keputusan menyertai Umno, sekali gus menjadi atlet ternama pertama menyertai parti politik.
Penyerahan borang menyertai Umno Segambut diadakan pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Segambut Ahad lalu.
Azlan ketika dihubungi berkata, penyertaannya dalam politik kerana percaya dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan percaya dengan sistem kerajaan sedia ada.
"Penyertaan ini adalah dar saya sendiri dan tidak dipengaruhi seapa-siapa, malah pada orang yang mengenali saya, mereka tahu saya bukan jenis yang mudah dipengaruhi," katanya.
Dalam pada itu, Azlan turut mengakui akan mengundi buat pertama kalinya pada PRU akan datang setelah kembali menetap di Malaysia awal tahun ini.
Katanya, dia menetap di England sejak berumur 16 tahun, dan tidak mendapat pendedahan yang sewajarnya dalam memberi kesedaran unuknya melaksanakan tanggungjawab mengundi.
"Sekarang umur saya 30 tahun dan saya rasa lebih baik saya mulakan sekarang daripada langsung tidak," katanya.
No comments:
Post a Comment