Mesyuarat Majlis Syura Pas malam tadi tidak membincangkan soal kedudukan Nasharudin sebagai Timbalan Presiden dan Hadi Awang menyifatkan bahawa soal Nasharudin bukan satu masalah besar.
Kenapa Hadi Awang tiba-tiba seperti mempertahankan Nasha, berbeza dengan Nik Aziz yang bernada keras terhadap Nasha sebelum ini?.
Juga, kenapakah Nik Aziz, yang sepatutnya mempengerusikan mesyuarat tersebut yang bermula pada jam 8.30 malam, meninggalkan bangunan pada jam 9.15 malam?.
Jawapannya mungkin berada pada desus-desus dari dalaman Pas yang kedengaran akhir-akhir ini. Sumber dalam mengatakan bahawa Nik Aziz akan bersara kerana masalah kesihatan tidak lama lagi, dan Hadi Awang bersama Nasha akan berusaha kearah penyatuan dengan Umno. Ada sumber menyatakan bahawa Mat Sabu juga akan bersara.
Sejauh mana kebenaran desus-desus ini, kita tunggu dan lihat. Tetapi melihat kepada senario semasa yang berlangsung tidak menyebelahi Pas, KP tidak terkejut kalau ini benar-benar berlaku.- Sumber
No comments:
Post a Comment