07 September 2012

TPM MAHU SYARIKAT FERI BERI DISKAUN KEPADA PENDUDUK LANGKAWI



Hari ini penduduk Langkawi bergembira apabila TPM meminta syarikat feri Langkawi supaya memulangkan semula diskaun RM 3.00 kepada penduduk Langkawi. Tetapi akhir-akhir ini syarikat tersebut menarik semula diskaun tersebut atas alasan kerugian. Isu tersebut telah menjadi isu utama penduduk Langkawi sehingga menjadi isu utama di facebook.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta syarikat pengendali feri di Langkawi supaya melaksanakan sepenuhnya pemberian kadar tambang istimewa kepada penduduk Langkawi.

Katanya, pemberian diskaun feri kepada penduduk Langkawi telah lama dipersetujui kerajaan dan kerana itu beliau mahu pemberian diskaun sepenuhnya dikuatkuasa serta-merta. 


Katanya semasa ucaptama perasmian persidangan perwakilan Umno Bahagian Langkawi di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di sini hari ini.

Selain daripada itu TPM juga bersetuju untuk membingcangkan feri 1Malaysia di kabinet nanti.



LANGKAWI - Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu kekal berkuasa di Malaysia bagi memastikan asas pembinaan negara bangsa yang telah berlaku sejak merdeka dapat dipertahankan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata kemenangan Umno dan BN bukanlah kerana mahukan kuasa politik dan kemenangan parti sahaja, sebaliknya kerana ia merupakan benteng negara kepada ancaman dan idelogi yang dibawa dari negara luar.
"Adalah penting untuk BN dan Umno menjadi benteng daripada asakan-asakan pengaruh luar yang tidak secocok dengan nilai-nilai agama, nilai ketimuran dan nilai Malaysia yang telah kita ketahui sejak sekian lama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Langkawi di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di sini hari ini.
Beliau berkata kerana itu, Umno dan BN perlu betul-betul kukuh untuk mendapat sokongan dan mandat yang besar supaya kerajaan mempunyai kekuatan untuk menentukan asas pembinaan negara bangsa yang berteraskan prinsip Rukunegara dapat dilaksanakan.
"Umpamanya, prinsip Keluhuran Perlembagaan daripada pihak-pihak yang mempertikaikan apa-apa yang disenaraikan seperti kedudukan raja-raja, hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu, agama Islam dan kedudukan bangsa lain yang cuba digugat," katanya.

Muhyiddin berkata ketika ini ada pihak yang cuba membawa fahaman yang liberal, asas hormat menghormati tidak diamalkan dan suara yang dianggap ekstrem.
"Tiap-tiap hari berlaku. Ini semua tak berlaku sebelum 2008. Ada macam satu keghairahan di pihak pembangkang nak berkuasa, tak de batas... mereka boleh buat apa sahaja.
Walaupun negara ini mengamalkan demokrasi... boleh buat apa sahaja tetapi kena buat dalam lingkungan undang-undang batas budaya, hormat menghormati.
"Ini mereka cadangkan bendera ditukar, pijak gambar Perdana Menteri, sokong seks bebas, LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual). Kalau nak senarai berpuluh-puluh, malah beratus-ratus petanda yang amat bertentangan dengan nilai Malaysia sebenar," katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata ini semua boleh dihalang dengan membangkitkan kekuatan rakyat dengan sokongan kepada parti yang selama ini membentuk negara dengan membina asas seperti Rukunegara, Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.
"Kemenangan BN dalam pilihan raya boleh pertahankan nilai-nilai dan asas benteng yang boleh mempertahankan negara daripada keruntuhan nilai yang tak sesuai dengan negara," katanya.
Muhyiddin turut menyelar parti pembangkang yang sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapat sokongan rakyat tanpa mempedulikan nilai yang diamalkan oleh masyarakat negara ini.
"Mereka nampaknya tidak ambil kira pertimbangan sebegitu. Asalkan boleh raih sokongan, walaupun sehingga rakyat bencikan kerajaan.
Apa sahaja yang dibuat kerajaan tidak berfaedah sehingga mencetuskan kebencian yang luar biasa... semua tak betul.
"Kalau rasional, yang betul kena akui kebaikan. Kalau ada yang tak betul boleh tegur. Tatasusila tu takde dah. Takde sense of respect, takde rasa hormat.
Apa lagi masalah-masalah di negeri yang dikuasai pembangkang. Dah jadi lumrah sehingga bagi rakyat Malaysia terpinga-pinga. Psikologi sebegini hanya dibentuk untuk kuasa politik sahaja,"  katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata pelan induk pendidikan yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 Sept ini akan memasukkan unsur kenegaraan seperti nilai dan etika sebagai perkara asas.
"Kita mahu sistem yang membentuk pelajar cerdik dan pandai, selain berakhlak, bermoral, mematuhi prinsip-prinsip hormat menghormati dan nilai-nilai baik.
Ini akan kita masukkan dalam kurikulum yang kita gubal," katanya.
Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, Ketua Umno Bahagian Langkawi Datuk Ir Nawawi Ahmad, Ahli Parlimen Langkawi Datuk Paduka Abu Bakar Taib,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...