26 February 2013

KUIN TERDESAK IBARAT "ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM, BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN"


Satu sidang media telah dibuat oleh kakitangan KUIN di pejabat Shamimcon Engineering Sdn. Bhd yang terletak di Bangunan Shamim Taman Mergong Indah, Lebuhraya  Sultanah, Alor Star. Lebih kurang 40 orang telah hadir dalam sidang media berkenaan yang terdiri daripada kakitangan KUIN dan media.

Antara yang hadir ialah Muhammad Azki Hafizi bin Ibrahim yang merupakan Penolong Pendaftar Kanan KUIN dan Sajiah binti Yaakob, pensyarah Fakulti Muamalat KUIN.

Menurut Azki, isu penganiayaan terhadap kakitangan KUIN dilihat seperti tidak berkesudahan apabila pengurusan KUIN cuba menutup kes tersebut dengan membuat pelbagai dalih dan alasan selain terus melakukan penipuan. Manakala Kerajaan Negeri Kedah pula bersikap lepas tangan dan memberikan akses sepenuhnya kepada pengurusan KUIN untuk terus menganiayai kakitangan KUIN.

Selain itu, penubuhan anak-anak syarikat KUIN pula lebih kepada kaedah untuk mencuri, merompak dan mengalihkan aset-aset KUIN ke kantung kroni-kroni.Kewujudan 6 anak syarikat itulah yang menyebabkan KUIN berhadapan dengan masalah yang sangat teruk. Contoh paling ketara ialah Insaniah Holding yang ditubuhkan oleh kroni rapat Rektor KUIN. Insaniah Holding langsung tidak menjana kewangan kepada KUIN sebaliknya KUIN yang menyalurkan seluruh kewangan serta pendapatan kepada Insaniah Holding seolah-olah KUIN berada di bawah Insaniah Holding pula.



Turut dipersoalkan adalah tentang Kampus KUIN di Kuala Ketil yang tidak mempunyai penginapan para pelajar, menyebabkan cuti semester disambung dari tiga minggu menjadi tujuh minggu, sekaligus menjadikan cuti semester KUIN paling panjang berbanding institusi-institusi pengajian tinggi lain di Malaysia. Keadaan tersebut menyebabkan kebanyakan pelajar-pelajar antarabangsa BERKELIARAN bagaikan kambing lapar di Stargate tanpa arah tujuan.

Selain itu, Menteri Besar Kedah juga dilihat seperti tergesa-gesa membuat keputusan. Segala keputusan yang melibatkan KUIN, tidak dibuat berdasarkan musyawarah sebaliknya hanya melibatkan Rektor KUIN, Jamil Osman semata-mata untuk memenuhkan tembolok dan kocek Jamil serta konco-konconya.

Namun perkara yang paling menarik dan tidak akan dilakukan oleh pihak lain, ialah pemalsuan minit mesyuarat oleh Rektor KUIN dalam usaha mengelak daripada membuat pembayaran kepada sebuah syarikat iaitu SHAKE CUISINE sehingga akhirnya mahkamah memutuskan KUIN perlu membuat pembayaran berjumlah RM1.3 juta kepada syarikat tersebut.

Justeru, kakitangan KUIN mendesak agar Azizan selaku Menteri Besar memansuhkan segera operasi anak-anak syarikat KUIN yang dilihat seperti pacat dan lintah yang menyedut setiap sen di dalam akaun Kolej Universiti Insaniah.

 Seperkara lagi yang disentuh ialah tentang Rektor KUIN yang dilihat sebagai seorang PENIPU. Menurut kakitangan KUIN, kalau mahkamah pun dia sanggup tipu, apa sangatlah dengan kakitangan, pelajar, pembekal dan sebagainya. Ditambah pula dengan kemasukan ahli keluarga dan sanak saudaranya dalam pentadbiran dan pengurusan KUIN yang dibayar gaji tinggi, sekalipun tidak berkelayakan dan tidak berkebolehan.

Satu operasi yang dinamakan sebagai OPERASI GEMPUR JAZAN (JAMIL DAN AZIZAN) pada 28 Februari jam 3:30 petang di kawasan lapang bersebelahan dengan Politek MARA, Jalan Suka Menanti, Alor Setar akan diadakan untuk mendedahkan lebih banyak penyelewengan KUIN dan Jamil Osman.

Berdasarkan kepada pemerhatian, majlis sidang media kakitangan KUIN itu mendapat sambutan hangat di mana hampir keseluruhan media tanahair telah hadir untuk mendengar penerangan serta kenyataan Pengerusi BERSIH KUIN.

Adalah difahamkan Muhammad Azki Hafizi dan Sajiah Yaakob sedang dalam proses pemecatan oleh pengurusan KUIN kerana sudah terlalu banyak mendedahkan PERANGAI JAHAT REKTOR KUIN, JAMIL OSMAN serta konco-konconya!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...