10 September 2012

NASHA SELAMAT, MAJLIS SYURA PAS TIDAK BINCANG ISU PEMECATAN


Mesyuarat Majlis Syura Pas malam tadi tidak membincangkan soal kedudukan Nasharudin sebagai Timbalan Presiden dan Hadi Awang menyifatkan bahawa soal Nasharudin bukan satu masalah besar.

Kenapa Hadi Awang tiba-tiba seperti mempertahankan Nasha, berbeza dengan Nik Aziz yang bernada keras terhadap Nasha sebelum ini?.

Juga, kenapakah Nik Aziz, yang sepatutnya mempengerusikan mesyuarat tersebut yang bermula pada jam 8.30 malam, meninggalkan bangunan pada jam 9.15 malam?.

Jawapannya mungkin berada pada desus-desus dari dalaman Pas yang kedengaran akhir-akhir ini. Sumber dalam mengatakan bahawa Nik Aziz akan bersara kerana masalah kesihatan tidak lama lagi, dan Hadi Awang bersama Nasha akan berusaha kearah penyatuan dengan Umno. Ada sumber menyatakan bahawa Mat Sabu juga akan bersara.

Sejauh mana kebenaran desus-desus ini, kita tunggu dan lihat. Tetapi melihat kepada senario semasa yang berlangsung tidak menyebelahi Pas, KP tidak terkejut kalau ini benar-benar  berlaku.- Sumber

09 September 2012

NASIB AHLI PARLIMEN BACHOK DITENTUKAN HARI INI


Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas yang akan berlangsung di ibu pejabat parti itu, di sini hari ini dijangka membincangkan kedudukan bekas Timbalan Presiden parti.

Persoalannya, kedudukan Nasharudin akan menjadi agenda utama mesyuarat berkenaan masih menjadi persoalan.

Menurut sumber, pemecatan Ahli Parlimen Bachok itu akan dipersetujui pada masyuarat Ajk Pas Pusat yang dikuasai oleh golongan 'Anwarinas' yang bersidang pada sebelah pagi hari ini.

Malah, golongan Anwarinas itu juga dikatakan akan mempengaruhi mesyuarat Majlis Syura Ulama yang akan diadakan pada malam ini bagi memastikan Nasharuddin dipecat.

TERKINI - PENGAWAL PERIBADI ANWAR MAIN PISTOL

Untuk cerita sepenuhnya Klik sini

08 September 2012

"HOME HELP SERVICES" PERKHIDMATAN BARU JKM


LANGKAWI - Pada 6 Sept 2012, telah berlangsung Majlis Pelancaran Khidmat Bantu Di Rumah peringkat negeri Kedah bertempat di Pusat Pemulihan Dalam Kominiti (PDK) Taman Seri Berlian, Langkawi.





Program ini telah disempurnakan oleh Ybhg Cik Noraini Hj Hashim, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Antara tetamu yang hadir ialah YB Datuk Paduka Abu Bakar Taib, Ahli parlimen Langkawi, YB Hj Mohd Rawi Hamid ADUN Ayer Hangat, Pengarah Kebajikan Masyarakat negeri Kedah dan sukarelawan seluruh negeri Kedah.

"Untuk mempromosikan program ini kepada masyarakat setempat dan seluruh penduduk negeri Kedah dan memperkenalkan perkhidmatan baru yang ditawarkan oleh JKM," katanya semasa perasmian program tersebut.

07 September 2012

TPM MAHU SYARIKAT FERI BERI DISKAUN KEPADA PENDUDUK LANGKAWI



Hari ini penduduk Langkawi bergembira apabila TPM meminta syarikat feri Langkawi supaya memulangkan semula diskaun RM 3.00 kepada penduduk Langkawi. Tetapi akhir-akhir ini syarikat tersebut menarik semula diskaun tersebut atas alasan kerugian. Isu tersebut telah menjadi isu utama penduduk Langkawi sehingga menjadi isu utama di facebook.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta syarikat pengendali feri di Langkawi supaya melaksanakan sepenuhnya pemberian kadar tambang istimewa kepada penduduk Langkawi.

Katanya, pemberian diskaun feri kepada penduduk Langkawi telah lama dipersetujui kerajaan dan kerana itu beliau mahu pemberian diskaun sepenuhnya dikuatkuasa serta-merta. 


Katanya semasa ucaptama perasmian persidangan perwakilan Umno Bahagian Langkawi di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di sini hari ini.

Selain daripada itu TPM juga bersetuju untuk membingcangkan feri 1Malaysia di kabinet nanti.



LANGKAWI - Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu kekal berkuasa di Malaysia bagi memastikan asas pembinaan negara bangsa yang telah berlaku sejak merdeka dapat dipertahankan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata kemenangan Umno dan BN bukanlah kerana mahukan kuasa politik dan kemenangan parti sahaja, sebaliknya kerana ia merupakan benteng negara kepada ancaman dan idelogi yang dibawa dari negara luar.
"Adalah penting untuk BN dan Umno menjadi benteng daripada asakan-asakan pengaruh luar yang tidak secocok dengan nilai-nilai agama, nilai ketimuran dan nilai Malaysia yang telah kita ketahui sejak sekian lama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Langkawi di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di sini hari ini.
Beliau berkata kerana itu, Umno dan BN perlu betul-betul kukuh untuk mendapat sokongan dan mandat yang besar supaya kerajaan mempunyai kekuatan untuk menentukan asas pembinaan negara bangsa yang berteraskan prinsip Rukunegara dapat dilaksanakan.
"Umpamanya, prinsip Keluhuran Perlembagaan daripada pihak-pihak yang mempertikaikan apa-apa yang disenaraikan seperti kedudukan raja-raja, hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu, agama Islam dan kedudukan bangsa lain yang cuba digugat," katanya.

Muhyiddin berkata ketika ini ada pihak yang cuba membawa fahaman yang liberal, asas hormat menghormati tidak diamalkan dan suara yang dianggap ekstrem.
"Tiap-tiap hari berlaku. Ini semua tak berlaku sebelum 2008. Ada macam satu keghairahan di pihak pembangkang nak berkuasa, tak de batas... mereka boleh buat apa sahaja.
Walaupun negara ini mengamalkan demokrasi... boleh buat apa sahaja tetapi kena buat dalam lingkungan undang-undang batas budaya, hormat menghormati.
"Ini mereka cadangkan bendera ditukar, pijak gambar Perdana Menteri, sokong seks bebas, LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual). Kalau nak senarai berpuluh-puluh, malah beratus-ratus petanda yang amat bertentangan dengan nilai Malaysia sebenar," katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata ini semua boleh dihalang dengan membangkitkan kekuatan rakyat dengan sokongan kepada parti yang selama ini membentuk negara dengan membina asas seperti Rukunegara, Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.
"Kemenangan BN dalam pilihan raya boleh pertahankan nilai-nilai dan asas benteng yang boleh mempertahankan negara daripada keruntuhan nilai yang tak sesuai dengan negara," katanya.
Muhyiddin turut menyelar parti pembangkang yang sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapat sokongan rakyat tanpa mempedulikan nilai yang diamalkan oleh masyarakat negara ini.
"Mereka nampaknya tidak ambil kira pertimbangan sebegitu. Asalkan boleh raih sokongan, walaupun sehingga rakyat bencikan kerajaan.
Apa sahaja yang dibuat kerajaan tidak berfaedah sehingga mencetuskan kebencian yang luar biasa... semua tak betul.
"Kalau rasional, yang betul kena akui kebaikan. Kalau ada yang tak betul boleh tegur. Tatasusila tu takde dah. Takde sense of respect, takde rasa hormat.
Apa lagi masalah-masalah di negeri yang dikuasai pembangkang. Dah jadi lumrah sehingga bagi rakyat Malaysia terpinga-pinga. Psikologi sebegini hanya dibentuk untuk kuasa politik sahaja,"  katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata pelan induk pendidikan yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 11 Sept ini akan memasukkan unsur kenegaraan seperti nilai dan etika sebagai perkara asas.
"Kita mahu sistem yang membentuk pelajar cerdik dan pandai, selain berakhlak, bermoral, mematuhi prinsip-prinsip hormat menghormati dan nilai-nilai baik.
Ini akan kita masukkan dalam kurikulum yang kita gubal," katanya.
Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, Ketua Umno Bahagian Langkawi Datuk Ir Nawawi Ahmad, Ahli Parlimen Langkawi Datuk Paduka Abu Bakar Taib,

06 September 2012

SAYA PILIH MALAYSIA, SAYA PILIH MENGUNDI, ANDA??



Pilihanraya semakin hampir, bahangnya sudah mula terasa. Tarik tali antara Barisan Nasional dengan pembangkang di Kedah pun kian sengit. Selepas pilihanraya 1999, tali hampir disentap pembangkang dengan mengheret beberapa kerat orang-orang parti kerajaan bersama. Semenjak itu, pembangkang semakin teguh memegang tali tersebut manakala Barisan Nasional terus bertahan. Sekali-sekala, tali tersebut disentap lagi oleh pembangkang, dan Barisan Nasional pun tersentak ke hadapan sebelum menguatkan lagi pegangan mereka.

Kini, tarik tali itu hampir berakhir. Maknanya, kedua-dua belah pihak harus menarik dan menyentap tali sekuat-kuat hati kalau boleh sehingga pihak lawan terlepas atau terheret sekali sehingga melepasi garisan. Ini bukan lagi masa untuk bertahan, pilihanraya akan menjadi penentu kemenangan permainan tarik tali negeri jelapang padi ini.

APA KATA PR?

ALOR SETAR - Dap Kedah yakin Pakatan Rakyat akan terus memerintah negeri Kedah pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Pengerusinya, Lee Guan Aik berkata, Dap yakin PR akan terus memerintah negeri Kedah nanti berikutan rakyat semakin tidak percaya kepada pimpinan Umno dan BN.

Katanya, rakyat sudah jemu dengan isu perlaksanaan hukum hudud yang cuba dimainkan oleh Umno dan BN.

"Umno dan BN semakin gelabah sebab mereka sudah kekeringan idea untuk menyerang PR yang berjaya memimpin negeri dengan baik.

APA KATA UMNO DAN BN

SUNGAI PETANI - Barisan Nasional Kedah hari ini berikrar di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menawan semula kerajaan negeri Kedah pada Pilihan Raya Umum nanti.

Pengerusi BN negeri Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata BN juga akan memastikan Najib terus menerajui negara dan menawan semula kerusi-kerusi Parlimen yang tewas pada pilihan raya umum 2008.

"Kita yakin akan menawan semula Kedah dan memberi hadiah kepada Datuk Seri Najib serta memastikan beliau terus kekal di Putrajaya untuk memakmurkan negara," katanya ketika berucap pada majlis Makan Malam Perdanan anjuran BN di Padang Awam Taman Ria yang dihadiri oleh lebih 20,000 orang.

NAH, PENENTUAN DITANGAN ANDA 
SAYA PILIH MALAYSIA
SAYA PILIH MENGUNDI
ANDA BAGAIMANA?






TERKINI - ATLET PERTAMA NEGARA MENYERTAI UMNO


Fenomena artis menyertai UMNO-BN sejak akhir-akhir ini telah membuatkan Pakatan Pembangkang terutama PAS kian kebingungan. Manakan tidak, PAS sebelum ini berbangga dengan kehadiran “Ustaz” Bob Lokman dan mengharapkan aura Bob Lokman untuk menarik seberapa ramai artis untuk diislamkan.

Perancangan PAS itu bagaimanapun tidak menjadi kenyataan apabila ramai artis tidak berminat menyertai parti politik Islam itu dan Pakatan Pembangkang. Bagi mereka, siapa sebenarnya parti politik yang benar-benar membela artis dan sesuai dengan kehendak mereka. 

Terkini seorang atlet negara telah menyertai Umno, beliau merupakan atlet tunggal pertama yang menyertai parti politik dan akan menjadi ikutan kepada atlet yang lain. Ini menjadi tamparan buat Pakatan Pembangkang yang penuh dengan masalah dalaman parti.


KUALA LUMPUR - Pemain skuasy negara, Mohd Azlan Iskandar mengambil keputusan menyertai Umno, sekali gus menjadi atlet ternama pertama menyertai parti politik.

Penyerahan borang menyertai Umno Segambut diadakan pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Segambut Ahad lalu.

Azlan ketika dihubungi berkata, penyertaannya dalam politik kerana percaya dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan percaya dengan sistem kerajaan sedia ada.


"Penyertaan ini adalah dar saya sendiri dan tidak dipengaruhi seapa-siapa, malah pada orang yang mengenali saya, mereka tahu saya bukan jenis yang mudah dipengaruhi," katanya.

Dalam pada itu, Azlan turut mengakui akan mengundi buat pertama kalinya pada PRU akan datang setelah kembali menetap di Malaysia awal tahun ini.

Katanya, dia menetap di England sejak berumur 16 tahun, dan tidak mendapat pendedahan yang sewajarnya dalam memberi kesedaran unuknya melaksanakan tanggungjawab mengundi.

"Sekarang umur saya 30 tahun dan saya rasa lebih baik saya mulakan sekarang daripada langsung tidak," katanya.

05 September 2012

TERKINI - MB KEDAH UZUR BAKAL DIGANTIKAN

Kabar angin bertiup kencang akhir-akhir ini bahawa Ustaz Azizan akan meletak jawatan?. Orang yang paling gembira mendengar berita ini ialah Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar apa tidak nya setelah berjaya memecat Exco Selangor Hasan Ali dan sekarang giliran Ustaz Azizan pula.

ALOR SETAR - Spekulasi Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bakal digantikan kembali diperkatakan kebelakangan ini ekoran masalah kesihatan yang dialaminya.

Memetik laporan sebuah portal barita, Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar yang juga Ahli Jawatankuasa Pemandu mengesahkan, kemungkunan Azizan digantikan sekiranya ada calon yang sesuai dikenalpasti.

Difahamkan, pemimpin Pas Pusat sudah mengadakan beberapa perbincangan untuk mencari calon sesuai menggantikan Azizan.

Mengulas perkara itu, pemimpin Pas kanan yang juga Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Taulan Rasul menafikan spekulasi itu, selain menyifatkan ianya hanya khabar angin.

Mohamed Taulan berkata, Azizan perlu mendapat rehat secukupnya tanpa gangguan. keadaan ini perlu bagi membolehkan beliau pulih dengan cepat dan kembali bertugas secara rasmi.

Menurutnya, walaupun keadaan Azizan semakin baik, namun hanya saudara terdekat dan pegawai kanan Azizan dibenarkan berjumpa dengannya.

"Saya sendiri belum berjumpa Azizan sejak beliau dimasukkan ke Kedah Medical Centre (KMC)," katanya.

Azizan dilaporkan berada di KMC sejak 22 Ogos lalu.

04 September 2012

ISLAM TIDAK MENGAJAR UMATNYA BIADAP, TAPI SEORANG NI MEMANG KURANG AJAR!


Apa sudah jadi dunia sekarang..Akan tetapi ini perkara biasa  yang kita boleh lihat berlaku di serata dunia yang dilakukan oleh mereka yang membenci seseorang itu.

Walau bagaimana pun, rakyat negara Malaysia ni kan ada etika dan budi bahasa. Jadi tak payah la buat macam ni bro. Lu tatak malu ka?

Kalau nak ikutkan, berjuta manusia tak suka pada orang yang tertera di gambar yang terletak di bawah punggung lu bro..

Hari ini, dikhabarkan terdapat beberapa NGO akan membuat laporan polis untuk kes ni.Persoalannya, KP bertanya kepada salah seorang NGO " Polis nak caj di bawah akta apa?" beliau berkata NGO akan mendesak untuk melucutkan Kerakyatan Negara.

Apa pun buatlah yang terbaik demi menjada keamanan negara.

Dan saranan KP kepada rakyat Malaysia, sayangilah keharmonian dan gunakan demokrasi atau pilihanraya demi masa depan kita. Moga segalanya berjalan dengan lancar dan bersih.

Akhir sekali, tunjukkan kepada masyarakat bahawa kita adalah manusia yang bermoral dan berakhlak.

Di ALOR SETAR, Pemuda UMNO Kedah membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap peserta Perhimpunan Janji Bersih yang memijak gambar pemimpin negara serta menghina Jalur Gemilang.

Setiausaha Pemuda UMNO Negeri, Aminuddin Omar yang ditemani kira-kira 15 ahli pergerakan berkenaan membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis daerah Kota setar di sini pada pukul 11.30 pagi.

Aminuddin berkata, pergerakan tersebut memandang serius tindakan kumpulan peserta himpunan berkenaan dan berasa tercabar dengan sikap penghinaan ke atas pemimpin negara.

03 September 2012

TERKINI PENDUDUK KOTA SETAR MENOLAK KEHADIRAN ANWAR IBRAHIM



Jelajah Merdeka Pakatan telah sampai penghujungnya apabila ramai rakyat menolak secara terang-terangan. Kejadian menyimbah cat merah dan cermin dipecahkan dikatakan angkara samseng jalanan yang diupah. 

Kelmarin bertempat di Seberang Pumpong, kehadiran Anwar di Masjid Al-Husin telah berlaku kekecohan apabila penduduk Alor Setar (PERKASA KOTA SETAR) menolak kehadiran beliau.

Ia disebabkan penduduk tidak berpuas hati setelah Anwar menggunakan Masjid Al-Husin, seberang Pumpong berhampiran Madrasah Salihiah sebagai pentas politik semasa lawatan ke Alor Setar.

02 September 2012

JANJI DITEPATI VS JANJI DEMONTRASI





Janji Ditepati

Macam malam ikut siang
Macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji Kita ditepati

Kata Kita dikota
Janji Kita ditepati
Hidup Rakyat Dibela
Masa Depan Diberkati
Janji sudah ditepati
Kini masa balas budi

(Chorus)
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia

Ini janji kita BR1M 1Malaysia
Ini janji 1Malaysia
TR1M 1Malaysia
Kata kita dikota
Kini 1Malaysia
Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia

SEBANGSA, SENEGARA, SEJIWA


KP dapat berita Ustaz Azizan tidak sihat, betul ka?? nasihat KP berihatlah nanti bertambah teruk pula penyakit tu.

Semenjak jadi orang terpenting di Kedah ni, KP dok tengok Ustaz ni kalut semacam? Apa taknya, takut orang tanya KUIN dah dijual ka? Jika benar KUIN dijual, maka Kerajaan Pas Kedah akan tersungkur di tanah sendiri. Rakyat Kedah akan bangkit menentang kerana melanggar dasar dan matlamat penubuhan pusat pengagian tinggi milik kerajaan Kedah itu.

Wahai Ustaz bawalah berihat dan banyak bertaubat! 

Banyak sangat dosa Ustaz yang mungkin ustaz tak sedaq atau buat-buat tak tau no.

Sebabnya, banyak sungguh pusat hiburan baru tumbuh semasa pemerintahan Ustaz selama 4 tahun ni. Masa UMNO memerintah Pas dok kata UMNO tak buat kerja, makan gaji buta. 


Sekarang depa pun sama, yang ketara pusat hiburan dan maksiat tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, termasuklah tempat KP Langkawi.

31 August 2012

BENDERA MALAYSIA YANG BARU?


Inikah yang kita mahukan? Tukar bendera menjadi sama seperti bendera Indonesia? Takpun jiran terdekat Singapore. Apa Kp tahu, Perhimpunan Janji Bersih pada malam tadi tiada kena mengena dengan tuntutan penukaran bendera. Tapi siapakah dalangnya yang ingin menukar bendera Malaysia?

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-55


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 55, KP ucapkan kepada semua rakyat Malaysia, semoga negara kita aman damai dan makmur sentiasa, JANJI DITEPATI

30 August 2012

'POWER RANGERS' HADIR KE MAHKAMAH KES AMUK DI JPM


PUTRAJAYA - Wanita yang terlibat dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) awal Julai lalu memakai topeng 'Power Rangers' warna merah bagi mengelak wajahnya dirakam media selepas selesai sebutan kesnya di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Muhdalena Ahmad dilihat hadir ke mahkamah berbaju dan bertudung merah, ditemani bapanya, sempat menunjukkan isyarat keamanan ketika wajahnya cuba dirakam media.

Pada prosiding hari ini, mahkamah mengarahkan wanita itu, melantik peguam secepat mungkin.

Hakim Mohd Kafli Che Ali berkata, mahkamah memberi tempoh dalam masa satu bulan untuk dia melantik peguam supaya semua isu berkaitan dokumen-dokumen kes itu boleh diselesaikan sebelum tarikh bicara ditetapkan.

Mahkamah turut menetapkan tarikh 12 September depan untuk pengurusan kes berkenaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nor Mazrah Ahmad Din berkata, tertuduh perlu melantik peguam dan menyelesaikan segera perkara-perkara yang dipersetujui antara pihak pendakwaan dengan tertuduh sebelum perbicaraan.

Menurutnya, terdapat pindaan dalam kanun prosedur jenayah yang menyatakan, kes perbicaraan perlu dilaksanakan dalam tempoh 90 hari dari tarikh didakwa.

Pada 19 Julai lalu, Muhdalena Ahmad, 28, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan iaitu mengugut polis dan membawa pedang.

Prosiding pendakwaan ketika itu terpaksa dijalankan di Hospital Putrajaya kerana dia sedang dirawat selepas cedera dalam kejadian amuk berkenaan.

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis Ridzuan Megat Ahmad manakala bagi tuduhan kedua, dia didakwa membawa sebilah pedang.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai lalu.

Kesalahan pertama didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dia diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Pada kejadian tersebut, dia bersama dengan Khalil Afandi Hamid, 47, mengamuk di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya kira-kira jam 2.30 petang, namun Khalil mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari, manakala Muhdalena turut terkena tembakan di paha kanan.

29 August 2012

PENGGALI KUBUR MAUT DI LIANG LAHAD SENDIRI



TEMERLOH - Hayat seorang penggali kubur di sini berakhir dengan tragis dan menyayat hati apabila dia menemui ajal di dalam liang lahad yang digalinya sendiri bersama seorang rakan di Kampung Penak dekat Mentakab di sini hari ini.


Mangsa, Zailan Hamid, 40, dipercayai mengalami kecederaan teruk di kepala dan patah leher setelah tertimbus tanah semasa menggali liang lahad itu bersama rakannya, Mohd. Nasir Musa, 40.
Dalam kejadian pukul 10.15 pagi itu, kedua-duanya menggali liang lahad untuk jenazah seorang warga emas, Minah Ishak, 76, yang meninggal dunia akibat sakit tua selepas subuh. Utusan

Terkini - Kecoh bila laporan Bernama menyatakan ada pemimpin pembangkang yang melakukan sumbang mahram sampaikan anak perempuannya melahirkan bayi yang merupakan benih nya sendiri.

28 August 2012

PANAS - ZULKIFILI NOORDIN SAMAN DR SYED HUSIN ALI



KUALA LUMPUR 27 Ogos - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin menyaman ahli veteran Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Dr. Syed Husin Ali kerana didakwa memfitnah beliau dalam bukunya yang bertajuk 'Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali'.

Writ saman dan pernyataan tuntutan Zulkifli difailkan menerusi firma guaman, Tetuan The Chambers of Kamarul Hisham & Hasnal Rezua di Mahkamah Tinggi di sini, Jumaat lalu.
Peguam Hasnal Rezua Merican yang mewakili Zulkifli bagaimanapun memaklumkan kepada Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera hari ini, saman baharu yang difailkan itu, masih belum ditetapkan untuk didengar di mahkamah tertentu.

Pada 27 Januari lalu, Syed Husin telah menyaman Zulkifli dan syarikat akhbar, Utusan Melayu (M) Bhd. (Utusan Melayu) serta Ketua Pengarang Kumpulan akhbar itu, Datuk Abdul Aziz Ishak untuk menuntut ganti rugi RM10 juta atas dakwaan memfitnah. Utusan

27 August 2012

BENARKAH JACK SPARROW BERAGAMA ISLAM??


Yusuf Reis dilahirkan sebagai Jack Ward (lebih dikenali sebagai Jack Sparrow) pada tahun 1553 di Feversham, Kent di tenggara England. Kehidupan awal Jack bermula sebagai seorang nelayan memandangkan kampung halamannya terletak berhampiran dengan laut. Kelebihan tersebut menjadikan beliau seorang panglima laut berkaliber suatu hari nanti.

Pada tahun 1588 ketika umurnya menginjak 25 tahun, Jack Ward nekad berjuang untuk England sebagai Privateer. Privateer adalah seseorang yang diberi kelulusan oleh kerajaan England berdasarkan letter of marque untuk menyerang kapal-kapal musuh terutama kapal armada Sepanyol. Sokongan sepenuhnya daripada Queen Elizebeth I memberikan semangat luar biasa kepada beliau. Karier beliau sebagai privateer berlangsung dengan cemerlang sehinggalah pada awal tahun 1600-an.

Walaubagaimanapun, sekitar tahun 1603, King James I menaiki takhta. Kegiatan Jack Ward yang selama ini disokong oleh kerajaan England tiba-tiba terhenti selepas King James I memetarai penjanjian pendamaian dengan Kerajaan Sepanyol.

Akibatnya, ramai privateer memberontak dan menjadi lanun yang bertindak merampas kekayaan kapal-kapal dagang Sepanyol. Namun begitu, Jack Ward tidak terus menjadi lanun tetapi mencari rezeki menjadi nelayan.

Jack Ward mula menjadi lanun pada tahun 1603 apabila Jack dan 30 orang rakannya merampas kapal kecil di Perlabuhan Portsmouth. Jack kemudian sebulat suara dipilih menjadi kapten kapal yang mana ia kemudiannya tercatat sebagai antara ‘pilihanraya’ pertama di kalangan para lanun.

Berbekal kapal kecil tersebut, Jack dan 30 orang rakannya melanun sekitar tanah Britain. Hasil pertama Jack adalah sebuah kapal yang dikenali ‘Violet’ yang membawa harta pelarian penganut Kristian Katholik ke Isle of Wight.

Dengan kapal tersebut, Jack kemudian berjaya merampas kapal yang lebih besar di Laut Mediterranean. Kapal yang lengkap dengan tiga puluh dua meriam kemudian dikenali The Gift. The Gift kemudiannya digunakan oleh Jack Ward untuk melanun kapal kargo selama lebih dua tahun.

Pada Ogos 1606, Jack Ward telah mengadakan perjanjian persefahaman dengan pemerintah Tunisia ketika itu, Uthman Dey untuk menjadikan perlabuhan Tunisia sebagai pengkalan operasi. Melihat kepada kepentingan ummah dan kecenderongan Jack Ward kepada Islam, Sultan Uthman Dey bersetuju.

Di tapak operasi baru tersebut, Jack Ward dengan bantuan beberapa panglima yang berkaliber seperti Richard Bishop dan Francis Varney daripada England, Kara Osman daripada Turki Othmaniyyah, Simon Dangizer(Simon Reis) dan Jan Jansz(Murat Reis) daripada Belanda berjaya menghapuskan kekuatan Sepanyol dan Perancis di Laut Mediterranean.

Sebuah kapal yang terkenal besarnya dikenali dengan nama Reneira e Sodeira berjaya dirampas. Kapal tersebut serta merta ditukar menjadi kapal perang oleh Jack Ward. Malangnya, kapal ini karam pada tahun 1605 di sekitar laut di Greece sehingga memakan korban lebih 400 orang krew. 250 orang krew adalah muslim Tunisia dan 150 adalah warga Inggeris.

Berita ini mengundang kemurkaan Uthman Dey dan rakyat Tunisia turut sama marah kepada Jack Ward. Beliau kemudian mengambil keputusan untuk mendapat pengampunan daripada King James I. Walaubagaimanapun ia tidak berjaya malahan beliau telah diburu untuk dihukum.

Akhirnya beliau cuba memohon ampun kepada Uthman Dey. Kerana berpegang kepada prinsip amanah kepada perjanjian, Uthman Dey memberi pengampunan dan seterusnya suaka politik kepada beliau.

Kemurahan hati Uthman Dey menarik minat Jack Ward untuk mendalami Islam secara mendalam. Tidak lama selepas itu, Jack Ward secara rasminya menganut Islam. Daripada detik itu juga, Jack Ward yang selama ini turut digelar Jack Birdy atau Jack Sparrow telah memeluk Islam dan diikuti oleh krew-krew kapalnya yang setia. Sepertimana Simon Dangizer yang menukar namanya kepada Simon Reis dan Jan Jansz kepada Murat Reis, Jack Ward turut menukarkan nama Kristiannya kepada Yusuf Reis. Jack Ward atau Yusuf Reis kemudian bernikah dengan seorang gadis berasal daripada Sicily, Italy yang bernama Jessimina.

Pada 1622, seorang dramatis bernama Robert Daborne mendapat inspirasi daripada kehidupan Jack Ward atau Yusuf Reis yang mana beliau kemudiannya menghasilkan novel bertajuk ‘A Christian Turned Turk’.

Dahulunya, beliau seorang kapten lanun yang licik serta sering mabuk arak. Selepas menganut Islam, beliau lebih berdisiplin dan menggunakan kemahiran lautnya untuk berjihad menyelamatkan tanah masyarakat Muslim daripada terus diancam bahaya armada Sepanyol. Beliau turut direkodkan menyelamatkan ribuan masyarakat Muslim dan Yahudi Andalusia yang ditindas oleh kerajaan Kristian Katholik Sepanyol. Miskipun berdarah Inggeris, beliau tidak kekok untuk berpakaian sepertimana orang Turki berpakaian.

Beliau dalam satu rekod dinyatakan sebagai seorang yang tidak tinggi, rambut tidak lebat dengan uban serta botak di depan, wajah agak gelap dan berjanggut. Beliau turut memakai turban yang senonim dengan masyarakat Islam ketika itu. Beliau agak kecoh dan kadangkala agak melucukan. Peribadi dan tingkah laku ini kemudiannya melahirkan watak Jack Sparrow di dalam filem Pirates of the Carribean.

Pada 1622, Yusuf Reis atau Jack Ward kembali ke rahmatullah selepas menderita terkena tempias wabak penyakit. Beliau meninggal dunia dalam beragama Islam tidak sepertimana rakan akrabnya, Francis Varney yang murtad di akhir hayatnya.

Watak Jack Sparrow dalam Pirates of the Carribean

Sudah namapun mengadaptasi watak sebenar kepada watak dalam filem. Beberapa elemen telah diterapkan dalam pemakaian dan aksesori yang dipakai oleh Jack Sparrow lakonan Johnny Depp. Jack Sparrow dala Pirates of the Carribean dilihat memakai aksesori bulan dan bintang(simbol Islam), kain lilit kepala berwarna merah(menggantikan serban merah ala Turki Othmaniyyah) dan janggut(Johnny Depp melilit janggut supaya kelihatan ranggi).


15 August 2012

PANAS - AHLI PARLIMEN BACHOK BAKAL DIPECAT




Ini sikap Pas sebenarnya, cakap saja demokrasi tapi bila ahli dia bersuara akan dipecat. Ini kerana Pas yang mengikut rentak Anuar sehingga mengabaikan pemimpin mereka sendiri. 

Apaka Pas akan memecat YB Nasharuddin Mat Isa ?

LAILATUL QADAR MALAM SERIBU BULAN



Ada tugasan terakhir yang paling penting dalam sisa malam-malam Ramadhan iaitu mencari Malam Lailatul Qadar malam yang LEBIH BAIK dari 1000 bulan. Banyak ulasan yang kita baca dan dengar tentang kehebatan Malam Lailatul Qadar. Malam yang penuh keberkatan dan kelebihan tertentu yang boleh merubah kehidupan kita 360 darjah pusingan.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam Lailatul Qadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatul Qadar yang mulia. 

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya yang maksudnya: “Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain.”Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a. yang maksudnya: “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatul Qadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut” yang maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silapku.”

Bukan mudah orang biasa seperti aku untuk mencari Malam Lailatul Qadar yang tepat kerana itu adalah Rahsia ALLAH SWT supaya umat manusia berusaha bersungguh mencari Malam Lailatul Qadar. Hanya ada satu Tips Pasti Berjumpa Malam Lailatul Qadar iaitu dengan beramal bersungguh-sungguh pada setiap malam 10 yang akhir di bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan Qiamulai, Berzikir, Membaca Al Quran dan Berdoa memohon keampunan dan keredhaan ALLAH SWT. Insyallah dengan kita beramal setiap malam 10 akhir Ramadhan pasti salah satu malam tersebut adalah Malam Lailatul Qadar. Jangan lupa doa kita untuk Umat dan Makhluk seluruh alam insyallah Malaikat akan mendoakan kebaikan untuk kita kembali.

Dari Aisyah Radiallahuanha, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, "Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan". (HR Bukhari)

Aisyah Radiallahuanha mengatakan, “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (HR Bukhari dan Muslim)


Daripada Aisyah r.a., katanya: "Saya berkata: "Ya Rasulullah, jikalau saya mengetahui bila lailatul-qadar itu, apakah yang harus saya ucapkan pada malam itu?" Beliau s.a.w. menjawab: "Ucapkanah: "Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul ‘afwa fa’ fu ‘anni" (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku). (HR Termidzi)

Hikmah Allah menyembunyikan pengetahuan tentang bila terjadinya lailatul qadar di antaranya adalah agar terbeza antara orang yang sungguh-sungguh untuk mencari malam tersebut dengan orang yang malas.

Malam Al Qadar itu umpama sebuah “kapal terbang” yang memerlukan landasan yang selamat dan cukup panjang untuk mendarat. Jika landasannya pendek dan terhalang, kapal terbang tidak akan mendarat. Landasan Lailatul Qadar ialah hati yang bersih. Mana mungkin malaikat yang bersih dan suci itu boleh berdamping dengan orang yang hatinya masih kotor dengan sifat mazmumah apatah lagi kalau ada saki-baki syirik? Dan mana mungkin hati yang kotor dapat dibersihkan hanya dalam jangka masa satu malam?

Hati mesti dibersihkan sejak akil baligh hinggalah akhir hayat. Bersihnya hati itu, mencerahkan peluang kita untuk bertemu malam Al Qadar. Sebaliknya, jika hati dibiarkan kotor, dan hanya berangan-angan untuk bertemu dengan malam itu dengan “tekaan” dan “ramalan” sahaja, insya-Allah, kita tidak akan dapat menemuinya.

Sumber
Al Quran, Hadis

14 August 2012

GEMPAR - UMAT ISLAM DI XINJIANG DILARANG BERPUASA DI BULAN RAMADHAN



BEIJING - Pihak berkuasa di wilayah Xinjiang, barat daya China melarang para pegawai dan pelajar beragama Islam daripada berpuasa pada bulan Ramadhan.

Tindakan itu mendorong sebuah kumpulan hak asasi memberi amaran keganasan terbaharu akan berlaku di rantau berkenaan.

Pekeliling yang disiarkan di beberapa web pemerintah Parti Komunis supaya mengehadkan aktiviti keagamaan penduduk Islam sepanjang bulan puasa termasuk berpuasa dan berkunjung ke masjid.

"Para pegawai Parti Komunis, kakitangan awam (termasuk mereka yang bersara) dan pelajar dilarang daripada menyertai aktiviti keagamaan pada bulan Ramadhan", menurut pekeliling berkenaan.

Xinjiang dihuni oleh sembilan juta etnik miniriti Uighur yang beragama Islam.

Penduduk Islam sebelum ini mendakwa sering menjadi mangsa penganiayaan pemerintah China.

Keganasan etnik terburuk berlaku di Xinjiang pada tahun 2009 apabila penduduk Uighur menyerang bangsa Han di bandar Urumqi yang menyebabkan 200 orang terbunuh. - AFP

13 August 2012

PELIK TAPI BENAR

Pelik tapi benar, buah labu sangat pelik bentuknya menyerupai payu dara wanita


12 August 2012

DAP SUKAR TERIMA GESAAN PAS - KARPAL



Sekali lagi Pas menerima tamparan hebat seperti letupan mercun bola menghancurkan kesemua lima jari, gara-gara ketegasan Karpal Singh mengenai pelaksaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam oleh Pas. 

Kenapa sehingga sekarang Mat Sabu dan Hadi Awang membisu seribu bahasa?. Sepatutnya mereka berdua mempertahankan hudud dan menyerang Karpal Singh dan DAP. Pas masih lagi menganggapkan DAP kawan karib dan boleh dibawa berunding, sampai bila??.


PULAU PINANG 11 Ogos - Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan, pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam oleh Pas adalah perkara yang paling tidak dipersetujui parti tersebut.
Katanya, DAP konsisten berhubung perkara itu dan pendirian mereka tidak pernah berubah sejak sekian lama malahan akan terus mempertahankannya.

"Jika mereka (Pas) terus berniat untuk melaksanakan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam, bagi pihak DAP, saya mengatakan bahawa kami juga mempunyai pendirian yang sama seperti sebelum ini iaitu tidak menerimanya.

"Bantahan DAP terhadap cita-cita Pas itu adalah demi kepentingan negara ini dan ia akan terus kekal," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa dirinya selaku orang nombor satu DAP tidak akan bersetuju dengan perjuangan Pas menubuhkan sebuah negara Islam sehingga pernah berkata langkah mayatnya dahulu jika Pas mahu berbuat demikian.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, bantahan beliau yang mewakili DAP itu adalah berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan yang tidak membenarkan perkara itu dilaksanakan.

09 August 2012

TAHUKAH ANDA GAMBAR MATAWANG RINGGIT MALAYSIA?



Berpuluh-puluh tahun kita simpan gambar wajah Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad pada matawang Malaysia.

Wajah Tuanku digunakan pada matawang ringgit sejak 12 Jun 1967. Pada tarikh ini, wang Ringgit Malaya dan Borneo British secara rasminya digantikan dengan matawang baru.

Tapi pernahkah anda fikir dari mana contoh gambar tersebut diambil? Yang anda tengah tengok adalah gambar asal.

Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad Tuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin.

Agong pertama Malaysia dan menjadi Agong dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatan baginda pada 1 April 1960. Baginda dputerakan pada 24 Ogos 1895 di Seri Menanti Negeri Sembilan.

Sekarang anda dah tahu. 

PANAS - KFA PERLU PERUBAHAN SEGERA


KP nak bagi pendapat sikit. PRESIDEN & PENGURUS KFA patut berundur saja,,bukan setakat jurulatih, kalu dah tidak mampu berundur secara terhormat.

Apa guna ambil jurulatih bertaraf dunia, kalau pengurusan kacau bilau, banyak kepala dan syiok sendiri. Kalau masih ditakuk lama hanya membazir wang rakyat saja. setiap kali kalah, tukar pemain jurulatih. Tapi tiada perubahan. 

Klik sini unt menonton : http://youtu.be/WN-Gi6Q8GZA

08 August 2012

TAMPARAN KEPADA PENYOKONG PAS - MENYOKONG DAP ADALAH HARAM



KOTA BHARU 7 Ogos - Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.

Beliau berkata, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.

"Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya.

02 August 2012

HUDUD TERUS DIJANJIKAN PADA PRU-13 WALAUPUN DAP MENENTANG



Apakah benar Hudud akan dilaksanakan apabila PR berjaya memerintah MALAYSIA?


Apabila soalan ini dianjurkan kepada PAS, mereka bukan main lagi paindai bermain wayang cina didepan RAKYAT. Sedangkan umum mengetahui PAS bukan tonggak PR. Setelah mereka memenangi 5 buah negeri pada PRU 12, pemimpin2 PAS mula menutarakan bahawa HUDUD perlu dikaji dahulu, Bahkan mantan MENTERI BESAR PAS didalam Dewan Undangan Negeri Perak di sebelah Ngah dengan Tegas menyatakan HUDUD dan NEGARA ISLAM bukan agenda PAS cuba anda lihat didalam perlembagaan PAS" tidak ada Negara Islam" tegasnya.


Hari ini mereka menyalahkan UMNO, kerana tidak dapat melaksanakan HUDUD serta mempertikaikan kenapa UMNO tidak melaksanakan HUDUD sedangkan UMNO ada kuasa. SINDROM penyakit menyalahkan UMNO telah menjadi kegilaan PAS sejak dahulu lagi, telah menjadi kronik sejak berjaya menawan 5 negeri. RAKYAT yang dahulunya terpedaya dengan JANJI-JANJI MANIS kini semakin muak dan meyampah apabila JANJI yang pernah ditaburkan, bukan saja di khianati tetapi menyalahkan orang lain di atas kegagalan mereka.


HAIRAN SEHINGGA KINI MASIH LAGI ORANG PERCAYA DENGAN PEMBOHONGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN PARASIT PAS..?

01 August 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 55

TERKINI - 2 BOM GEGARKAN PATTANI


Dua letupan bom menggegarkan Pattani selasa termasuk sebuah yang dibom kali kedua dalam tempoh empat tahun.


Jurucakap polis Pattani berkata bom yang diletakkan dalam sebuah kereta meletup di belakang CS Hotel pada 7.15 malam menyebabkan hotel itu terbakar sehingga ke tingkat tujuh.


Kejadian bagaimanapun hanya menyebabkan seorang cedera ringan, manakala semua pelanggan hotel berjaya dipindahkan keluar.


Siasatan awal polis mendapati bom buatan sendiri seberat 10 kg itu disorokkan dalam kereta yang diletak berhampiran dapur hotel tersebut.




"Saya boleh rasakan impak letupan bom itu kerana rumah saya terletak hanya 100 meter daripada hotel," kata seorang wartawan tempatan yang enggan dikenali.


Bom kedua meletup di kawasan Paknam, beberapa minit selepas letupan bom pertama.


Hotel lapan tingkat itu dibom buat pertama kali pada 2008 mengakibatkan tiga maut dan 10 cedera.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...