12 August 2012

DAP SUKAR TERIMA GESAAN PAS - KARPAL



Sekali lagi Pas menerima tamparan hebat seperti letupan mercun bola menghancurkan kesemua lima jari, gara-gara ketegasan Karpal Singh mengenai pelaksaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam oleh Pas. 

Kenapa sehingga sekarang Mat Sabu dan Hadi Awang membisu seribu bahasa?. Sepatutnya mereka berdua mempertahankan hudud dan menyerang Karpal Singh dan DAP. Pas masih lagi menganggapkan DAP kawan karib dan boleh dibawa berunding, sampai bila??.


PULAU PINANG 11 Ogos - Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan, pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam oleh Pas adalah perkara yang paling tidak dipersetujui parti tersebut.
Katanya, DAP konsisten berhubung perkara itu dan pendirian mereka tidak pernah berubah sejak sekian lama malahan akan terus mempertahankannya.

"Jika mereka (Pas) terus berniat untuk melaksanakan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam, bagi pihak DAP, saya mengatakan bahawa kami juga mempunyai pendirian yang sama seperti sebelum ini iaitu tidak menerimanya.

"Bantahan DAP terhadap cita-cita Pas itu adalah demi kepentingan negara ini dan ia akan terus kekal," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa dirinya selaku orang nombor satu DAP tidak akan bersetuju dengan perjuangan Pas menubuhkan sebuah negara Islam sehingga pernah berkata langkah mayatnya dahulu jika Pas mahu berbuat demikian.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, bantahan beliau yang mewakili DAP itu adalah berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan yang tidak membenarkan perkara itu dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...