Desas-desus
bertiup kencang sama ada dari penyokong kerajaan BN mahu pun pembangkang yang
esok hari adalah "The DDay" PM akan mengumumkan secara rasmi
pembubaran Parlimen bagi membolehkan dijalankan satu pilihanraya di negara
kita.
Apa yang
dimaklumkan kepada KP esok hari hanyalah mesyuarat antara PM dengan Agong sama
seperti mesyuarat di hari-hari sebelum ini. Cuma yang menarik perhatian KP dan
seluruh rakyat Malaysia ternanti-nanti bilakah parlimen akan dibubarkan PM dan
bilakah tarikh PRU13.
KP juga sama
seperti rakyat lain dah penat dah menunggu tarikh PRU13 seperti yang
digembar-gemburkan akan diadakan pada bulan Mac12, Jun12, Sept12 hingga Dis12.
Sekarang ini adalah penghujung tempoh tamat penggal kali ini yang KP rasa
paling panjang tempohnya sepanjang pengetahuan KP.
Marilah kita
sama-sama nantikan dengan penuh debaran esok hari sama ada peristiwa keramat
pengumuman pembubaran Parlimen akan berlaku atau kita terpaksa menanti lagi
entah bila tarikh sebenar.
No comments:
Post a Comment