Ini berita
yang baru KP terima dari beberapa
sumber.. Kesahihannya masih belum dapat dipastikan tetapi berita ni sedang
hangat diperkatakan oleh ahli serta penyokong Pas di seluruh negara..
Timbalan
Mursyidul Am Pas iaitu Tuan Guru Dato' Dr Haron Din dikhabarkan telah keluar
dari Pas.
Beliau
dikatakan meninggalkan Pas kerana tak berpuas hati dengan campurtangan DAP
khususnya Karpal Singh terhadap keputusan Isu Kalimah Allah yang dibuat oleh
Majlis Syura Pas.
Selain itu,
Dato' Haron Din juga dikatakan tak berpuas hati dengan tindakan Anwar yang
tetap mahukan Kalimah Allah digunapakai oleh Kristian dan kafir di Malaysia.
Sebelum ni,
sebuah blog Pakatan telah mendedahkan pertemuan Haron Din dengan Anwar pada 7hb
Februari yang lalu.
KP dimaklumkan bahawa didalam pertemuan tersebut, Dato'
Haron Din telah menasihati Anwar supaya jangan mempermainkan isu kalimah Allah
dan mendesak Anwar menghalang DAP dari terus menimbulkan isu berkenaan.
Malangnya,
pada ucapannya di sebuah Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Sabah, Anwar dengan
lantang mewar-warkan dihadapan masyarakat Kristian bahawa Pakatan akan terus
membenarkan kalimah Allah digunakan oleh kafir.
No comments:
Post a Comment