Masih
ingatkah lagi wahai Ahli PAS sekalian tentang Tabung Memali. Hampa kenal tak
C.N Al-Afghani? Di kalangan orang Pas, nama itu tidak asing. Beliau merupakan
exco Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah dari tahun 1991 hingga 1997.
Afghani atau
nama sebenarnya Zainon Ismail Afghani telah menulis sebuah buku bertajuk Air
Mata Di Bumi Memali yang diterbitkan pada 2010.
Dalam buku
itu, beliau telah mendedahkan isu penyelewengan Tabung Mangsa Memali, iaitu
tabung yang dilancarkan oleh Pas bagi membantu anak yatim dan balu mangsa
Memali.
Pendedahan
tersebut mencetuskan kontroversi. Isu tersebut panas dan ternyata ramai
pemimpin Pas kurang senang.
Afghani
sendiri mengaku beliau menerima ugutan sehingga terpaksa membuat aduan polis
selepas penerbitan buku itu.
Sekarang ini
pulak, puak PAS mengambil kesempatan menggunakan tragedi Lahad Datu untuk
kepentingan politik. Yakinkah ahli PAS sekalian dengan pengurusan tabung
berkenaan.
Sedangkan
ahli dan penyokong Pas punya hak untuk tahu ke manakah wang kutipan tabung itu
mengalir. Siapakah yang bertanggungjawab jika berlaku penyelewengan, bagaimana
pula status tabung-tabung lain membabitkan parti itu? Sumber
No comments:
Post a Comment