PETALING
JAYA: Unit Risikan Economist (EIU) meramalkan Barisan Nasional (BN) akan
memenangi pilihan raya umum Malaysia yang akan datang.
Namun, para
pengamat meramalkan perikatan parti yang memerintah itu mungkin gagal mencapai
majoriti dua pertiga dalam parlimen negara itu bagi membolehkannya membuat
perubahan perlembagaan tanpa sebarang cabaran.
EIU adalah
sebahagian daripada majalah berita dwimingguan Economist yang berpangkalan di
London.
Sambil
memetik laporan terbaru EIU itu, laman berita Free Malaysia Today (FMT) semalam
melaporkan bahawa EIU berpendapat bahawa Pakatan Rakyat (PR) telah membuat
"janji-janji yang mahal" bagi membolehkannya merebut kuasa.
Bagaimanapun,
usaha pakatan pembangkang itu kurang menarik perhatian berbanding dengan
"kemurahan hati" BN, yang telah membelanjakan dengan banyaknya dalam
dua bajetnya berturut-turut bagi memancing pengundi.
"Tambahan
daripada itu, kerajaan sedang menawarkan banyak insentif setempat bagi
memastikan wakil-wakil BN merebut semula (kerusi) di peringkat persekutuan dan
negeri," kata EIU, sambil menjelaskan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak, baru-baru ini menawarkan Pulau Pinang, yang ketika ini
dikuasai PR, sejumlah 20,000 rumah murah dan khidmat monorel bagi meredakan
kesesakan trafik.
EIU
sebaliknya berkata, janji-janji kempen PR jelas sukar dikotakan.
No comments:
Post a Comment