Memang betul-betul memalukan apabila
Karpal Singh membidas Hadi dan Nik Aziz dengan menegaskan bahawa isu penggunaan
kalimah “Allah” masih lagi tergantung dan belum selesai sebagaimana yang
didakwa PAS sebelum ini.
PAS melalui
Presiden dan Mursyidul Amnya itu sebelum ini memberitahu rakyat bahawa isu itu
sudah selesai selepas kunjungan Nik Aziz ke Pulau Pinang baru-baru ini.
Kononnya, Nik
Aziz sudah “berdakwah” pada Karpal dan Pengerusi DAP itu faham serta menghormati
keputusan PAS itu…
Persoalannya,
kalau betul Nik Aziz sudah menjelaskan kedudukan PAS itu kepada Karpal, mengapa
bapa Gobind Singh Deo itu menafikan ada mendengar “sesi tazkirah” Mursyidul Am
tersebut?
Kalau benar
isu tersebut telah selesai dibincangkan di dalam Pakatan Haram, mengapa Karpal
perlu mengadakan sidang akhbar dan menafikan sekeras-kerasnya kenyataan kedua
pucuk pimpinan PAS itu?
Sebagaimana
maklum, DAP yang menyuarakan usul penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible
versi Bahasa Melayu di Semenanjung itu tidak pernah mengalah atau “kendur”
dalam perjuangan mencemar kalimah suci itu.
PKR pula
melalui Pak Syiekh “Al-Yahud”nya, Anwar Ibrahim, begitu konsisten menyokong
usul DAP dan dijangka akan memenuhi permintaan parti pimpinan “Dinasti Lim” itu
sekiranya dia menjadi Perdana Menteri.
Hanya PAS saja
yang mempunyai keputusan yang bertentangan dengan suara DAP dan PKR itu.
Para pemimpin
PAS fikir mereka boleh menipu umat Islam , terutamanya para penyokong “totok”
mereka bahawa DAP dan PKR akan tunduk dengan keputusan Majlis Syura.
Tapi
sebaliknya, selamba saja DAP dan PKR memalukan PAS apabila menyindir sinis
dengan menyatakan perkara itu masih belum selesai dan tiada sebarang
perbincangan dengan PAS mengenainya.
Tak malukah
PAS bila diperlakukan begitu hina oleh DAP dan PKR?
Kreadibiliti
kenyataan PAS sebelum ini dipertikai oleh “syaitan” yang menjadi sekutu mereka
sejak lima tahun yang lalu! Memang muka teballah jika PAS dan para pemimpinnya
tak malu dengan sindiran itu, kan? Sumber
No comments:
Post a Comment