16 May 2013

TAHNIAH YB HJ MOHD RAWI ADUN AYER HANGAT


Tahniah KP ucapkan kepada YB Hj Mohd Rawi Abd Hamid ADUN Ayer Hangat dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa agama, Hal Ehwan Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia, Pelancongan.

Beliau yang mampu bertutur dan menulis dalam bahasa Arab, Siam selain bahasa Inggeris amat sesuai dilantik sebagai exco tersebut.

KP sebagai penduduk Langkawi mengharapkan YB dapat menunaikan tanggungjawab yg telah diamanahkan oleh MB sebaik mungkin demi masa depan dan pembangunan negeri Kedah.

ALOR SETAR – Lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Kedah mengangkat sumpah jawatan dan menerima tauliah pelantikan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Istana Anak Bukit, pagi ini.

Upacara mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah Exco itu berlangsung di hadapan Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah.

Mereka ialah ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail, Datuk Suraya Yaacob (Sungai Tiang), Datuk Tajul Urus Mat Zain (Tanjung Dawai) Badrol Hisham Hashim (Kuala Nerang).

Turut mengangkat sumpah ialah ADUN Ayer Hangat, Mohd. Rawi Abdul Hamid, Datuk Mohd. Tajuddin Abdullah (Belantek), Aminuddin Omar (Jitra) dan Datin Noor Sabrina Mohd. Noor (Bandar Baharu).

Semua ADUN tersebut belum pernah dilantik ke jawatan itu dengan empat daripada mereka adalah wakil rakyat penggal pertama.

Turut menyaksikan istiadat tersebut ialah Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, BN menguasai 21 daripada 36 kerusi DUN sekali gus memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...