12 May 2013

SIAPAKAH PENGANTI PESURUHJAYA PAS KEDAH?


Keadaan bekas Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak, tidak akan memungkinkan dia menjadi pemimpin utama di Kedah lagi. Bahkan Azizan juga amat mustahil akan menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah walaupun dia telah kembali sedar daripada ubat bius. Dengan keadaan kedua-dua belah kakinya dipotong, Azizan terpaksa hidup dan beraktiviti di atas kerusi roda.

Dan di dalam siyasah syariah, pemimpin yang mengalami kecacatan atau kekurangan anggota tubuh, perlu menyerahkan keimaman mereka kepada pemimpin lain. Amanah yang ada dalam ajaran Islam dan menjadi intipati kepada kepimpinan, akan menyebabkan Azizan perlu menyerahkan jawatannya kepada pemimpin-pemimpin PAS lain yang lebih layak.
Persoalannya sekarang, siapakah dari kalangan para pemimpin PAS Kedah yang layak untuk menerima jawatan berkenaan?

Sekurang-kurangnya tiga nama diketahui amat berminat dengan jawatan berkenaan. Malah mereka bercita-cita besar dan sewaktu sihatnya Azizan lagi, mereka telah melancarkan gerakan untuk menggulingkan Azizan sama ada sebagai Menteri Besar Kedah, atau pun sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah. Mereka inilah juga yang banyak menyebarkan cerita-cerita buruk tentang Azizan Abdul Razak. Bahkan mereka jugalah yang merupakan golongan pertama yang mendakwa Azizan sudah meninggal dunia ketika Azizan diwadkan di hospital di Pulau Pinang itu sehingga mengakibatkan kedua-dua belah kakinya dikudungkan kerana jangkitan kuman.

Siapakah mereka?

Phahrolrazi Zawawi adalah pemimpin PAS Kedah yang paling agresif menyerang Azizan Abdul Razak. Permusuhannya dengan Azizan Abdul Razak bermula apabila Phahrolrazi mulai disekat daripada mendapatkan lebih banyak kontrak dan tender. Malah Azizan dalam beberapa keadaan, telah tidak menyambung syarikat-syarikat kontraktor yang mempunyai kaitan dengan Phahrolrazi termasuklah salah sebuah syarikat di mana anak lelaki Phahrolrazi menjadi ahli Lembaga Pengarah.

Permusuhan lebih sengit apabila Azizan mulai menyekat kontrak pembalakan dan pengeluaran pasir selain memberikan kontrak membaiki jalan raya kepada syarikat-syarikat lain, termasuklah syarikat-syarikat yang dikatakan milik orang UMNO. Phahrolrazi tidak berpuas hati dan mulai melancarkan serangan dari dalam untuk menggulingkan Azizan.

Bibit-bibit perpecahan mulai ketara apabila Phahrolrazi berjaya mengumpulkan sejumlah ADUN-ADUN PAS untuk menentang Azizan. Malah Phahrolrazi juga berjaya mendapatkan sokongan daripada Dewan Ulama PAS Kedah yang kemudian melancarkan satu lagi serangan untuk memalukan Azizan Abdul Razak dengan serangan dan kempen di Sungai Limau, kawasan yang menjadi kubu kuat Azizan Abdul Razak.

Seorang lagi pemimpin PAS Kedah yang sangat bercita-cita besar adalah Naib Presiden PAS yang juga pemenang Kerusi Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar. Mahfuz Omar yang seringkali dilihat sebagai si bodoh yang diberikan jawatan, awal-awal lagi telah menyatakan permusuhan dengan Azizan Abdul Razak apabila dia meletakkan jawatan sebagai Pengerusi salah sebuah syarikat GLC Kedah. 

Kononnya, dia tidak berpuas hati dengan tindak-tanduk  Azizan yang tidak memberikan keistimewaan kepada orang-orang PAS, sebaliknya Azizan lebih mirip kepada pemimpin UMNO.

Mahfuz Omar telah bekerjasama dengan Phahrolrazi dalam cubaan menumbangkan Azizan Abdul Razak. Kejayaan terbesar mereka ialah apabila meletakkan Kerajaan Negeri Kedah di bawah pemantauan Ahli Jawatankuasa PEMANDU yang bertindak tidak ubah seperti Residen Inggeris di Tanah Melayu pada pertengahan abad ke-18 dahulu. Namun penyokong utama Mahfuz, sudah tentulah Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP dan Anwar Ibrahim, DAJJAL LAKNATULLAH yang sedang berusaha mengucar-ngacirkan negara ini menerusi hasutan agar rusuhan dan pemberontakan berlaku.

Pemimpin PAS Kedah ketiga yang berpotensi untuk menggantikan Azizan Abdul Razak sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah adalah Amiruddin Hamzah, orang yang dikatakan oleh Azizan sendiri sebagai penggantinya di Kedah. Amiruddin Hamzah walaupun pada mulanya merupakan penyokong Phahrolrazi Zawawi memandangkan mereka dari kumpulan pimpinan PAS Kawasan Kuala Kedah di mana Phahrolrazi adalah Yang Dipertua dan Amiruddin adalah Naibnya, kemudiannya melihat peluang terbuka untuk bersekutu pula dengan Azizan Abdul Razak sehinggakan pada suatu peringkat, dia telah diberi amaran oleh Phahrolrazi Zawawi agar tidak menerima jawatan Exco yang ditawarkan oleh Azizan kepadanya.

Amiruddin bagaimanapun, enggan mendengar cakap dan perintah Phahrolrazi Zawawi. Tawaran menjadi Exco diterimanya. Sebagai balasan, Phahrolrazi mengisytiharkan bahawa keahlian Amiruddin selaku ahli PAS kawasan Kuala Kedah digantung walaupun sebenarnya kuasa menggantung ahli adalah kuasa pimpinan Pusat.

Di kalangan pemimpin-pemimpin PAS Kedah, Amiruddin dilihat lebih cerdik dan lebih berwibawa. Bukan kerana dia lebih hebat bekerja memandangkan masalah KUIN bermula pada zaman dia menjadi Exco yang berkaitan. Bukan juga kerana dia berjaya membawa lebih banyak pelaburan ke Kulim Hi-Tech Park walaupun kerap benar dia keluar negara kononnya untuk mencari pelabur-pelabur baru, tetapi kerana Amiruddin lebih bijak menyambar peluang dan menggunakan peluang tersebut dengan sebaik-baiknya.

Dengan kata lain, wajah Amiruddin seringkali melindungi perangai sebenarnya!

Nama-nama seperti Ismail Salleh, Nasir Mustafa, Taulan Rasul, Che Hamdan Che Khalib dan Mat Sabu sendiri, sebenarnya tidak begitu kukuh di Kedah. Mereka mungkin dikenali oleh PAS kawasan tetapi mereka tidak terkenal di seluruh Kedah. Walaupun ada di kalangan mereka yang telah dilantik menjadi Exco, namun mereka lebih banyak belajar main golf daripada turun untuk melihat atau mengambil tahu masalah rakyat. Justeru, mereka bukanlah calon-calon yang berkelayakan dan berwibawa.

Justeru, siapakah di kalangan tiga nama yang menduduki hierarki teratas PAS Kedah itu yang layak menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah menggantikan Azizan Abdul Razak yang sudah tidak berupaya dan cacat? Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...