15 May 2013

TERKINI - DATUK PHAHROLRAZI MELETAK JAWATAN TIM. PESURUHJAYA 1 PAS KEDAH


Pergolakan PAS di Kedah makin parah, bak cakap orang kampung KP kalau "kencing manis kaki dah kena potong dah" macam itu kalau nak diibaratkan.. Tapi KP memandang 'positif' dalam hal ini, sekurang PAs dikedah lebih 'gentleman' dan akan kembali 'normal' dengan perjuangan asalnya.

Terbaru Datuk Phahrolrazi Zawawi pada Rabu mengumumkan beliau meletak jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah.

Beliau mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Setiausaha PAS negeri pada hari Isnin.
Phahrolrazi berkata, beliau membuat keputusan itu bagi memberi laluan kepada Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar melantik pasukannya sendiri.

ALOR SETAR 15 Mei - Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi melepaskan jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya I Pas negeri berikutan keputusan Pas Pusat melantik Naib Presiden parti itu, Datuk Mahfuz sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah yang baharu.

Beliau yang memegang jawatan tersebut sejak 2009 menghantar surat peletakan jawatan berkenaan kepada Setiausaha Pas Kedah, Musoddak Ahmad Isnin lalu dan turut memaklumkannya semasa mesyuarat khas jawatankuasa politik Pas Kedah malam tadi.

Phahrolrazi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundur berkata, beliau bagaimanapun masih mengekalkan jawatan sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kedah.

Katanya, beliau melepaskan jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah kerana mahu memberi laluan kepada Mahfuz melantik orang kepercayaannya.

"Jawatan itu dilantik oleh Pesuruhjaya negeri, bukannya menerusi undian. Kerana mahu menghormati Pesuruhjaya Pas Kedah yang baharu untuk mendapatkan timbalan kanan, wajar saya kosongkannya supaya beliau dapat melantik orang kepercayaan dan individu yang rapat dengannya,'' katanya di sini hari ini. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...