31 December 2013
13 December 2013
KDN PERLU SIASAT JANGAN CAKAP SAJA?
Pergerakan dan siri-siri ceramahnya pasti dipantau, apatah lagi beliau seorang pemimpin kanan PAS... Perbuatannya dan kata-katanya yang cukup mengelirukan menjadi faktor utama beliau dikaitkan dengan Syiah...
PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempunyai 10 bukti untuk mengaitkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah, kata Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.
Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan pemimpin nombor dua PAS itu didakwa cenderung dengan fahaman Syiah.”Antara bukti itu adalah beliau pernah menggesa umat Islam supaya mencontohi kepimpinan Khomeini menerusi tulisannya bertajuk “Teladan PemerintahanNabi Yusuf, Khomeini” di ruangan akhbar Harakah pada 5 hingga 15 Julai 2008,” katanya.
Beliau berkata, selain itu Mat Sabu secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasarullah dan mengaku beliau dan isterinya kerap bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat kali.Beliau berkata demikian pada sidang media tergempar di Bangunan KDN di sini, sebentar tadi.
Terdahulu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2013 Sabtu lalu mendakwa orang nombor dua PAS terbabit dengan fahaman Syiah. – BH Online
KP : Aku menyokong penuh tindakan KDN mendedahkan siapa saja yang ada gerakan untuk mengamalkan Syiah di Negara ini! Pemikiran Syiah yang mengkafirkan sahabat nabi (yg dijamin syurga) sesungguhnya tidak boleh diterima akal! Hapuskan Syiah di Negara ini!!!
04 December 2013
AKAN DATANG 'FERI ROPAX' AKAN BEROPERASI DI LANGKAWI
Langkawi Auto
Express akan menyediakan perkhidmatan feri RoPax yang boleh membawa penumpang
bersama kenderaan mereka sendiri terus ke Langkawi melalui Kuala Perlis.
Kapal kini
dalam proses akhir pemeriksaan menyeluruh sebelum dibawa balik ke Malaysia dari
luar negara.
InsyaAllah
awal Disember kalau tiada aral melintang akan mula beroperasi.
Laman web
sudah bersedia untuk dilancarkan, cuma menunggu kapal siap dibawa balik ke
Malaysia.
Selepas ini
boleh tempah terus secara 'online' untuk promosi harga yang lebih rendah
berbanding membeli tiket secara 'walk-in'.
Kapal dibina
baru, dilengkapi bilik VIP dengan keluasan kerusi yang lebih lebar dan bistro
untuk makanan ringan sepanjang 1 jam 30 minit perjalanan Kuala Perlis - Kuah.
03 December 2013
TERTUDUH DIDAKWA KES DERA NUR SALINA ABDULLAH
Alor Setar:
Seorang peniaga kedai makan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam,
atas tuduhan menyebabkan kematian seorang remaja perempuan yang juga mualaf,
Nur Salina Abdullah, 18, yang didera antara awal Oktober hingga November lalu.
Tertuduh,
Sharom Bee Ismail, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta
dibicarakan terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ooi Sheow Yean.
Mengikut
kertas pertuduhan, wanita terbabit didakwa menyebabkan kematian ke atas Nai Ah
Nung atau nama Islamnya Nur Salina Abdullah dengan niat menyebabkan kematian
atau sesuatu bencana tubuh yang mungkin menyebabkan kematiannya.
Tertuduh yang
juga majikan mangsa didakwa melakukan kesalahan itu di Nombor 270, Kampung
Belanga Pecah, Langkawi, antara awal Oktober hingga November lalu.
Bagi
pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.
Sharom Bee
yang memakai baju berwarna oren dan bertudung hitam kelihatan tenang selepas
hakim menetapkan 29 Januari depan sebagai sebutan semula kes berkenaan
sementara menunggu laporan bedah siasat.
Pendakwaan
dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Rizal Fadzil manakala tertuduh tidak
diwakili peguam.
Pada 18
November lalu, akhbar ini melaporkan seorang remaja perempuan yang koma selepas
dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Langkawi dipercayai menjadi mangsa
dera majikannya meninggal dunia, sehari sebelum itu.
Remaja berkenaan
menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.40 malam selepas lebih sehari
dimasukkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri. Ketika merawatnya,
doktor menemui beberapa kesan lebam lama dan baru di beberapa bahagian tubuh
remaja itu. Berikutan itu, polis menahan reman sepasang suami isteri berusia 36
dan 43 tahun untuk siasatan lanjut.
24 November 2013
23 November 2013
MANGSA DERA SELAMAT DIKEBUMIKAN
KUAH - Jenazah mualaf mangsa dera, Nur Salina Abdullah, 18,
yang maut dipercayai didera selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Surau Haji
Ismail, Kampung Belanga Pecah, semalam.
Atas permintaan ayah kandungnya, Nai Koi See, 43, dia
meminta mayat mangsa diuruskan mengikut cara Islam selepas mengetahui anaknya
memeluk Islam pada 2 Januari lalu.
Suasana hujan renyai mengiringi jenazah semasa tiba di tanah
perkuburan tersebut dan orang kampung dalam kariah Kampung Belanga Pecah telah
pun bersiap sedia membantu menguruskan sebaik mungkin.
Ahli Jawatankuasa Surau Haji Ismail, Ahmad Shafie, 43,
berkata, kariah kampung bersama golongan ibu sepakat menguruskan jenazah mangsa
untuk disemadikan di situ.
"Alhamdulillah semuanya selamat. Semoga roh mangsa
ditempatkan kalangan orang beriman, walaupun selama ini kebanyakan ahli kariah
langsung tidak mengetahui kewujudan mangsa di kampung ini.
“Cuma agak terkilan, kami semua tidak dapat membantunya
ketika masih hidup,” katanya selepas urusan pengebumian selesai.
Jenazah Nur Salina tiba sekitar jam 5 petang dan turut
diiringi pegawai Agama Islam Daerah Langkawi untuk bersama-sama membantu
memudahkan urusan pengebumian mangsa.
Solat jenazah diimamkan Johari Abdullah dari Masjid At Taqwa
Kampung Kisap.
Kelmarin, Sinar Harian menyiarkan berita kematian Nur Salina
akibat daripada penderaan kejam.
Terdapat pelbagai kesan lebam baru dan lama manakala kaki
kanan mangsa dijangkiti kuman dan terpaksa dipotong.
Selain itu, otak mangsa mengalami pendarahan teruk akibat
hentakan dari penderaan yang dilakukan ke atasnya.
Sementara itu, ada antara penduduk kampung, Halijah Zakaria
melahirkan rasa terkejut dengan kejadian ini dan tidak menyangka dua suspek utama
tersebut kerana mereka cukup mesra dan ramah.
"Tak sangka betul, kita tengok keluarga ni cukup baik,
cara mereka melayan anak-anak mereka membuatkan kami rasa cemburu, tetapi
kejadian ini telah menyatakan kebenaran sebaliknya.
“Cuma kami mahu masyarakat luar kembali mengubah persepsi
negatif tentang kampung kami. Keluarga ini orang luar yang baru sahaja
berpindah dan menyewa rumah hampir setahun lalu,” katanya.
Dua suspek utama
ditahan manakala dua lagi ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes
tersebut.
20 November 2013
LANGKAWI NATURALLY MAGICAL, KEDAH

Seperti semua sedia maklum, tahun 2014 merupakan Tahun
Melawat Malaysia dan merupakan kali keempat bagi Malaysia selepas tahun 1990,
1994 dan 2007..
Majlis yang dilancarkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk
Paduka Mukhriz Tun Dr Mahathir ini akan bermula pada 19 Disember 2013 selama 18
hari bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014.
Menurut Datuk Paduka Mukhriz, beliau percaya Kedah
berpotensi menjadi salah satu destinasi perlancongan dan Langkawi merupakan
platform terbaik bagi memperkenalkan destinasi perlancongan Negeri Kedah.
Beliau juga berharap festival seperti ini akan terus menjadi
acara tahunan supaya lebih ramai lagi pelancong mengenali Langkawi.
Manakala menurut Ketua Setiausaha di Kementerian
Perlancongan dan Kebudayaan, Dr Ong Hong Peng "Langkawi Naturally Magical,
Kedah" merupakan gabungan strategic antara Kementerian, Negeri Kedah, LADA
dan Naturally Magical Sdn Bhd.
Festival yang bakal berakhir pada 5 Januari ini mensajikan
pengunjung hiburan sepanjang hari merangkumi baazar jualan, pertunjukkan belon
panas, pertunjukkan laser dan bunga api serta persembahan dari artis tempatan
dan luar Negara seperti M.Nasir, Faizal Tahir, Anuar Zain, Rossa, Ungu
(Indonesia) dan Sek Laso (Thailand).
Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui dengan lebih
lanjut mengenai Festival Magikal yang bakal berlangsung selama 18 hari ini,
boleh layari www.langkawimagikal.com.my
19 November 2013
GADIS KOMA DIDERA KELUARGA ANGKAT MENINGGAL
LANGKAWI: Seorang gadis mualaf Nur Salina binti Abdullah, 18
tahun berketurunan Cina dari Kampung Belanga Pecah, Langkawi yang dimasukkan ke
unit rawatan rapi Hospital Besar Langkawi tiga hari lepas kerana disyaki didera
oleh keluarga angkatnya dilaporkan meninggal dunia jam 8.40 malam tadi.
Kematian gadis malang itu disahkan oleh Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah Negeri Kedah, ACP Mohd Nashir Ya.
Pihak media yang cuba untuk mendapatkan visual Allahyarham
sejak petang bagaimanapun tidak dibenarkan oleh pihak hospital merakam visual
walau pun hanya berada di kawasan kecemasan.
Kesukaran untuk mendapatkan visual menyebabkan kru media
kemudiannya beralih ke tempat tinggal mangsa kira-kira 10 kilometer dari
hospital yang juga merupakan sebuah kedai makan.
Kedai makan terbabit diusahakan oleh keluarga tersebut di
Kampung Belanga Pecah, Kisap, Langkawi.
Petang tadi, menurut jiran yang enggan namanya disiarkan
memberitahu ayah dan ibu angkat mangsa berketurunan India Islam yang merupakan
suspek utama telah pun ditahan reman pihak polis dua hari lalu.
Difahamkan mangsa telah dijaga oleh keluarga angkatnya sejak
berumur empat tahun namun hanya memeluk Islam sejak setahun lepas.
Suspek, bapa angkat dikatakan seorang yang garang dan turut
juga mempunyai tiga anak sendiri iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.
Keluarga tersebut berasal dari Pulau Pinang dan telah
berhijrah ke Langkawi setahun lepas serta menjalankan perniagaan di sini.
Semasa berada di premis tersebut kelihatan seorang anak lelaki
suspek namun setelah ditanya, beliau tidak mahu memberi maklumat lanjut hanya
memberitahu tidak ada gambar Nur Salina kerana “semuanya telah dibawa ke
balai”.
Menurut jiran tersebut, mangsa seorang yang baik dan pendiam
namun sejak empat hari lepas kelihatan tidak sihat dengan keadaan kaki yang
bengkak semasa sedang menyidai baju di bahagian belakang premis kedai makan
terbabit.
POLIS SAHKAN HANYA SEORANG HILANG
Johor Bahru: Polis Johor mengesahkan hanya seorang remaja, bukan 23 yang
didakwa hilang di sebuah banglo usang di Jalan Skudai, dekat sini
semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, berkata pihaknya hanya menerima satu laporan jam 1 pagi kelmarin, berhubung kehilangan remaja berusia 16 tahun itu.
“Laporan dibuat ibu mangsa selepas dimaklumkan oleh rakan anaknya itu yang mangsa masuk kawasan villa tinggal berkenaan.
"Jika benar dakwaan terdapat puluhan individu hilang di villa terbabit, keluarga atau waris mereka diminta membuat laporan polis untuk siasatan” Abdul Samad Salleh, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan
“Sejurus mendapat laporan itu, polis bersama Unit Anjing Pengesan dan bomba menyiasat lokasi terbabit, namun sehingga kini masih tidak menemui remaja itu,” katanya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, berkata pihaknya hanya menerima satu laporan jam 1 pagi kelmarin, berhubung kehilangan remaja berusia 16 tahun itu.
“Laporan dibuat ibu mangsa selepas dimaklumkan oleh rakan anaknya itu yang mangsa masuk kawasan villa tinggal berkenaan.
"Jika benar dakwaan terdapat puluhan individu hilang di villa terbabit, keluarga atau waris mereka diminta membuat laporan polis untuk siasatan” Abdul Samad Salleh, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan
“Sejurus mendapat laporan itu, polis bersama Unit Anjing Pengesan dan bomba menyiasat lokasi terbabit, namun sehingga kini masih tidak menemui remaja itu,” katanya.
16 October 2013
BERANI BERUBAH - NO. 5 CALON NAIB PRESIDEN UMNO
YAB DP Mukhriz pernah menyeru kepada
Pemuda UMNO supaya kembali menjadi Pemuda yang pada suatu masa dulu amat hebat,
gagah, vokal dan bersemangat mungkin tidak menjadi iktibar kepada Pemuda UMNO
pada masa itu.
Beliau juga pernah tertanya-tanya
kemanakah perginya sifat-sifat gagah pejuang sayap kanan UMNO ini. Apakah
yang sudah terjadi?
Seruan ini disuarakan beliau pada suatau masa dulu sewaktu
merasmikan mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Sik yang diadakan pada 4 Julai 2010
di Dewan UMNO Sik.
Seruan itu disuarakan di depan
perwakilan pemuda kerana beliau dan rakyat begitu dambakan keberanian Pemuda
UMNO yang wujud pada satu masa dulu. Semua ini dirindukan oleh rakyar
kerana apabila Pemuda dalam keadaan sebegini, rakyat seolah-olah berada dalam
keadaan selamat dan selesa.
Inilah yang kita semua mahukan.
Pemuda pejuang bangsa. Lantang dan bersemangat dalam melakukan kerja-kerja
parti. Berani mempertahankan hak-hak bangsa Melayu.
Kini seruan tersebut kembali bergema
tetapi bukan untuk Pemuda UMNO tetapi untuk semua ahli UMNO. Seruan untuk
berani berubah dilaungkan kembali agar UMNO terus bergerak utuh ke hadapan
untuk menjaga agenda Melayu dan Islam.
Kalau dulu beliau menyeru di bawah kapasiti sebagai calon Ketua Pemuda, tetapi kali ini laungan tersebut bergema di bawah kapasiti sebagai calon Naib Presiden UMNO.
Jika dulu mungkin ahli UMNO belum faham hasrat sebenar 'BERANI BERUBAH', kini harapan kita semua agar ahli UMNO memahami sepenuhnya. Ini adalah kerana pemimpin-pemimpin atasan UMNO telah membiarkan UMNO dihina, dikeji dan sebagainya.
UMNO tidak dijaga sebaiknya, malah dibiarkan disepat terajang oleh musuh-musuhnya.
MAKA ahli-ahli UMNO perlu berani berubah dan mengubah. BERANI BERUBAH membawa mesej untuk menegakkan kekuatan UMNO demi menjaga Agama Bangsa dan Negara. BERANI BERUBAH membawa mesej rakyat jelata supaya UMNO Perlu diperkasakan.
Calon BERANI BERUBAH ialah DPMM yang membawa nombor 5 untuk Naib Presiden UMNO.
Sahutlah cabaran BERANI BERUBAH untuk meneruskan agenda mengukuhkan UMNO.
Kalau dulu beliau menyeru di bawah kapasiti sebagai calon Ketua Pemuda, tetapi kali ini laungan tersebut bergema di bawah kapasiti sebagai calon Naib Presiden UMNO.
Jika dulu mungkin ahli UMNO belum faham hasrat sebenar 'BERANI BERUBAH', kini harapan kita semua agar ahli UMNO memahami sepenuhnya. Ini adalah kerana pemimpin-pemimpin atasan UMNO telah membiarkan UMNO dihina, dikeji dan sebagainya.
UMNO tidak dijaga sebaiknya, malah dibiarkan disepat terajang oleh musuh-musuhnya.
MAKA ahli-ahli UMNO perlu berani berubah dan mengubah. BERANI BERUBAH membawa mesej untuk menegakkan kekuatan UMNO demi menjaga Agama Bangsa dan Negara. BERANI BERUBAH membawa mesej rakyat jelata supaya UMNO Perlu diperkasakan.
Calon BERANI BERUBAH ialah DPMM yang membawa nombor 5 untuk Naib Presiden UMNO.
Sahutlah cabaran BERANI BERUBAH untuk meneruskan agenda mengukuhkan UMNO.
16 May 2013
TAHNIAH YB HJ MOHD RAWI ADUN AYER HANGAT
Tahniah KP ucapkan kepada YB Hj Mohd Rawi Abd Hamid ADUN Ayer Hangat dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa agama, Hal Ehwan Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia, Pelancongan.
Beliau yang mampu bertutur dan menulis dalam bahasa Arab, Siam selain bahasa Inggeris amat sesuai dilantik sebagai exco tersebut.
KP sebagai penduduk Langkawi mengharapkan YB dapat menunaikan tanggungjawab yg telah diamanahkan oleh MB sebaik mungkin demi masa depan dan pembangunan negeri Kedah.
ALOR SETAR –
Lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Kedah mengangkat
sumpah jawatan dan menerima tauliah pelantikan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri (Exco) di Istana Anak Bukit, pagi ini.
Upacara
mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah Exco itu berlangsung di
hadapan Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan Tan Sri Tunku
Annuar Sultan Badlishah.
Mereka ialah
ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail, Datuk Suraya Yaacob
(Sungai Tiang), Datuk Tajul Urus Mat Zain (Tanjung Dawai) Badrol Hisham Hashim
(Kuala Nerang).
Turut
mengangkat sumpah ialah ADUN Ayer Hangat, Mohd. Rawi Abdul Hamid, Datuk Mohd.
Tajuddin Abdullah (Belantek), Aminuddin Omar (Jitra) dan Datin Noor Sabrina
Mohd. Noor (Bandar Baharu).
Semua ADUN
tersebut belum pernah dilantik ke jawatan itu dengan empat daripada mereka
adalah wakil rakyat penggal pertama.
Turut
menyaksikan istiadat tersebut ialah Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr.
Mahathir.
Pada Pilihan
Raya Umum Ke-13, BN menguasai 21 daripada 36 kerusi DUN sekali gus memperoleh
majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri.
15 May 2013
TERKINI - DATUK PHAHROLRAZI MELETAK JAWATAN TIM. PESURUHJAYA 1 PAS KEDAH
Pergolakan
PAS di Kedah makin parah, bak cakap orang kampung KP kalau "kencing manis
kaki dah kena potong dah" macam itu kalau nak diibaratkan.. Tapi KP memandang 'positif' dalam hal ini, sekurang PAs dikedah lebih 'gentleman' dan
akan kembali 'normal' dengan perjuangan asalnya.
Terbaru Datuk Phahrolrazi Zawawi pada Rabu mengumumkan beliau meletak
jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah.
Beliau
mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Setiausaha PAS negeri pada hari
Isnin.
Phahrolrazi
berkata, beliau membuat keputusan itu bagi memberi laluan kepada Pesuruhjaya
PAS Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar melantik pasukannya sendiri.
ALOR SETAR 15
Mei - Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi melepaskan jawatan sebagai Timbalan
Pesuruhjaya I Pas negeri berikutan keputusan Pas Pusat melantik Naib Presiden
parti itu, Datuk Mahfuz sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah yang baharu.
Beliau yang
memegang jawatan tersebut sejak 2009 menghantar surat peletakan jawatan
berkenaan kepada Setiausaha Pas Kedah, Musoddak Ahmad Isnin lalu dan turut
memaklumkannya semasa mesyuarat khas jawatankuasa politik Pas Kedah malam tadi.
Phahrolrazi
yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundur berkata, beliau
bagaimanapun masih mengekalkan jawatan sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala
Kedah.
Katanya,
beliau melepaskan jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah kerana mahu
memberi laluan kepada Mahfuz melantik orang kepercayaannya.
"Jawatan
itu dilantik oleh Pesuruhjaya negeri, bukannya menerusi undian. Kerana mahu
menghormati Pesuruhjaya Pas Kedah yang baharu untuk mendapatkan timbalan kanan,
wajar saya kosongkannya supaya beliau dapat melantik orang kepercayaan dan
individu yang rapat dengannya,'' katanya di sini hari ini.
14 May 2013
KHALID IBRAHIM MB SELANGOR PENGGAL KE-2.
KUALA LUMPUR:
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar
Selangor untuk penggal kedua di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin
Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang hari ini.
Mengikut satu
laporan Bernama, perkara ini disahkan seorang pegawai di Sekretariat Akhbar
Pejabat Menteri Besar Selangor.
Perkembangan
ini sekali gus menamatkan teka-teki dan spekulasi yang berlarutan selama seminggu
tentang siapa pemimpin daripada gabungan parti PAS, PKR dan DAP (PR), yang akan
mengisi kerusi menteri besar selepas pilihan raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei.
Abdul Khalid
ketika ditemui pemberita selepas menghadap Sultan Selangor di luar pintu masuk
utama Istana Bukit Kayangan di sini berkata barisan baharu exco kerajaan negeri
Selangor akan dibuat selewatnya-lewatnya dalam tempoh dua minggu.
"Senarai
barisan exco dah ada. Sasaran kami, paling lebih dua minggu, paling awal
seminggu exco baharu akan dilantik," katanya.
Abdul Khalid
mengangkat sumpah pertama kali sebagai menteri besar pada 13 Mac 2008, empat
hari selepas PRU 2008 manakala barisan anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor
mengangkat sumpah pada 23 Mac, iaitu 10 hari selepas itu.
Beliau juga
merupakan orang pertama dalam kalangan pemimpin pembangkang yang dilantik
sebagai Menteri Besar Selangor. Kesemua 13 MB Selangor sebelum ini daripada
Umno, parti komponen utama Barisan Nasional (BN).
Pada PRU13,
PR memenangi 44 daripada 56 kerusi dewan undangan negeri (DUN) Selangor,
meningkat daripada 36 kerusi yang diperoleh pada 2008.
PKR menang 14
kerusi berbanding DAP dan PAS yang masing-masing memperoleh 15 kerusi. Barisan
Nasional (BN)
pula memenangi 12 kerusi.
Beberapa hari
lepas, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi
Awang dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menyatakan sokongan mereka
kepada Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.
13 May 2013
EXCO PENANG - DAP GANTI PAS?
MELAYU PUPUS
DALAM PENTADBIRAN NEGERI PULAU PINANG !!!.. Sama seperti di Singapura..
Pas menang di
DUN itu, namun Salleh Man yang juga Persuruhjaya PAS Pulau Pinang tidak
dilantik jawatan Exco dalam kerajaan negeri itu.
Exco Hal
Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang sepatutnya
mengurus hal ehwal agama Islam di negeri itu diserahkan kepada wakil PKR, Abdul
Malik Kassim (Batu Maung).
DAP membolot
jawatan Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri II dan enam orang Exco, manakala
PKR diberi jawatan Timbalan Ketua Menteri I dan dua exco.
1. Ketua
Menteri, Lim Guan Eng (DAP – Parlimen Bagan dan ADUN Air Putih) mengetuai Hal
Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah, Pembangunan Usahawan, Maklumat dan Warisan.
2. Timbalan
Ketua Menteri I – Rashid Hasnor (PKR- Pantai Jerejak), mengetuai Pembangunan
Industri, Perdagangan Antarabangsa, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat
Perhubungan.
3. Timbalan
Ketua Menteri II – P Ramasamy (DAP – Perai) – Perancang Ekonomi Negeri,
Pendidikan dan Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi.
BARISAN EXCO
1. Chow Kon
Yeow (DAP – Padang Kota) – Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Trafik
2. Lim Hock
Seng (DAP- Bagan Jermal) – Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan
3. Danny Law
Heng Kiang (DAP- Batu Lanchang) – Pembangunan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian
dan Warisan
4. Phee Boon
Poh (DAP – Sungai Puyu) – Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar
5. Jagdeep
Singh Deo (DAP- Datok Keramat) – Perancangan Bandar dan Desa, Perumahan
6. Chong Eng
(DAP – Padang Lalang) – Pembangunan Belia dan Sukan, Wanita, Keluarga dan
Masyarakat
7. Dr Afif
Bahardin (PKR – Seberang Jaya) – Pertanian dan Industri Asas Tani, Kesihatan,
Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir.
Kalaulah PAS
sedar....Sumber
12 May 2013
SIAPAKAH PENGANTI PESURUHJAYA PAS KEDAH?

Dan di dalam
siyasah syariah, pemimpin yang mengalami kecacatan atau kekurangan anggota
tubuh, perlu menyerahkan keimaman mereka kepada pemimpin lain. Amanah yang ada
dalam ajaran Islam dan menjadi intipati kepada kepimpinan, akan menyebabkan
Azizan perlu menyerahkan jawatannya kepada pemimpin-pemimpin PAS lain yang
lebih layak.
Persoalannya
sekarang, siapakah dari kalangan para pemimpin PAS Kedah yang layak untuk
menerima jawatan berkenaan?
Sekurang-kurangnya
tiga nama diketahui amat berminat dengan jawatan berkenaan. Malah mereka
bercita-cita besar dan sewaktu sihatnya Azizan lagi, mereka telah melancarkan
gerakan untuk menggulingkan Azizan sama ada sebagai Menteri Besar Kedah, atau
pun sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah. Mereka inilah juga yang banyak menyebarkan
cerita-cerita buruk tentang Azizan Abdul Razak. Bahkan mereka jugalah yang
merupakan golongan pertama yang mendakwa Azizan sudah meninggal dunia ketika
Azizan diwadkan di hospital di Pulau Pinang itu sehingga mengakibatkan
kedua-dua belah kakinya dikudungkan kerana jangkitan kuman.
Siapakah
mereka?
Phahrolrazi
Zawawi adalah pemimpin PAS Kedah yang paling agresif menyerang Azizan Abdul
Razak. Permusuhannya dengan Azizan Abdul Razak bermula apabila Phahrolrazi
mulai disekat daripada mendapatkan lebih banyak kontrak dan tender. Malah
Azizan dalam beberapa keadaan, telah tidak menyambung syarikat-syarikat kontraktor
yang mempunyai kaitan dengan Phahrolrazi termasuklah salah sebuah syarikat di
mana anak lelaki Phahrolrazi menjadi ahli Lembaga Pengarah.
Permusuhan
lebih sengit apabila Azizan mulai menyekat kontrak pembalakan dan pengeluaran
pasir selain memberikan kontrak membaiki jalan raya kepada syarikat-syarikat
lain, termasuklah syarikat-syarikat yang dikatakan milik orang UMNO.
Phahrolrazi tidak berpuas hati dan mulai melancarkan serangan dari dalam untuk
menggulingkan Azizan.
Bibit-bibit
perpecahan mulai ketara apabila Phahrolrazi berjaya mengumpulkan sejumlah
ADUN-ADUN PAS untuk menentang Azizan. Malah Phahrolrazi juga berjaya
mendapatkan sokongan daripada Dewan Ulama PAS Kedah yang kemudian melancarkan
satu lagi serangan untuk memalukan Azizan Abdul Razak dengan serangan dan
kempen di Sungai Limau, kawasan yang menjadi kubu kuat Azizan Abdul Razak.
Seorang lagi
pemimpin PAS Kedah yang sangat bercita-cita besar adalah Naib Presiden PAS yang
juga pemenang Kerusi Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar. Mahfuz Omar yang
seringkali dilihat sebagai si bodoh yang diberikan jawatan, awal-awal lagi
telah menyatakan permusuhan dengan Azizan Abdul Razak apabila dia meletakkan
jawatan sebagai Pengerusi salah sebuah syarikat GLC Kedah.
Kononnya, dia tidak
berpuas hati dengan tindak-tanduk Azizan
yang tidak memberikan keistimewaan kepada orang-orang PAS, sebaliknya Azizan
lebih mirip kepada pemimpin UMNO.
Mahfuz Omar
telah bekerjasama dengan Phahrolrazi dalam cubaan menumbangkan Azizan Abdul
Razak. Kejayaan terbesar mereka ialah apabila meletakkan Kerajaan Negeri Kedah
di bawah pemantauan Ahli Jawatankuasa PEMANDU yang bertindak tidak ubah seperti
Residen Inggeris di Tanah Melayu pada pertengahan abad ke-18 dahulu. Namun
penyokong utama Mahfuz, sudah tentulah Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang
merangkap Setiausaha Agung DAP dan Anwar Ibrahim, DAJJAL LAKNATULLAH yang
sedang berusaha mengucar-ngacirkan negara ini menerusi hasutan agar rusuhan dan
pemberontakan berlaku.
Pemimpin PAS
Kedah ketiga yang berpotensi untuk menggantikan Azizan Abdul Razak sebagai
Pesuruhjaya PAS Kedah adalah Amiruddin Hamzah, orang yang dikatakan oleh Azizan
sendiri sebagai penggantinya di Kedah. Amiruddin Hamzah walaupun pada mulanya
merupakan penyokong Phahrolrazi Zawawi memandangkan mereka dari kumpulan
pimpinan PAS Kawasan Kuala Kedah di mana Phahrolrazi adalah Yang Dipertua dan
Amiruddin adalah Naibnya, kemudiannya melihat peluang terbuka untuk bersekutu
pula dengan Azizan Abdul Razak sehinggakan pada suatu peringkat, dia telah
diberi amaran oleh Phahrolrazi Zawawi agar tidak menerima jawatan Exco yang
ditawarkan oleh Azizan kepadanya.
Amiruddin
bagaimanapun, enggan mendengar cakap dan perintah Phahrolrazi Zawawi. Tawaran
menjadi Exco diterimanya. Sebagai balasan, Phahrolrazi mengisytiharkan bahawa
keahlian Amiruddin selaku ahli PAS kawasan Kuala Kedah digantung walaupun
sebenarnya kuasa menggantung ahli adalah kuasa pimpinan Pusat.
Di kalangan
pemimpin-pemimpin PAS Kedah, Amiruddin dilihat lebih cerdik dan lebih
berwibawa. Bukan kerana dia lebih hebat bekerja memandangkan masalah KUIN
bermula pada zaman dia menjadi Exco yang berkaitan. Bukan juga kerana dia
berjaya membawa lebih banyak pelaburan ke Kulim Hi-Tech Park walaupun kerap
benar dia keluar negara kononnya untuk mencari pelabur-pelabur baru, tetapi
kerana Amiruddin lebih bijak menyambar peluang dan menggunakan peluang tersebut
dengan sebaik-baiknya.
Dengan kata
lain, wajah Amiruddin seringkali melindungi perangai sebenarnya!
Nama-nama
seperti Ismail Salleh, Nasir Mustafa, Taulan Rasul, Che Hamdan Che Khalib dan
Mat Sabu sendiri, sebenarnya tidak begitu kukuh di Kedah. Mereka mungkin
dikenali oleh PAS kawasan tetapi mereka tidak terkenal di seluruh Kedah.
Walaupun ada di kalangan mereka yang telah dilantik menjadi Exco, namun mereka
lebih banyak belajar main golf daripada turun untuk melihat atau mengambil tahu
masalah rakyat. Justeru, mereka bukanlah calon-calon yang berkelayakan dan
berwibawa.
Justeru,
siapakah di kalangan tiga nama yang menduduki hierarki teratas PAS Kedah itu
yang layak menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah menggantikan Azizan Abdul Razak yang
sudah tidak berupaya dan cacat? Sumber
08 May 2013
TERKINI - USTAZ AZIZAN BELUM MENINGGAL?
KP dapat
berita kat Facebook yang mengatakan Ustaz Azizan Razak meninggal dunia pagi
tadi.
Tapi KP nak
kasi tau la.. Tolong jangan buat cerita palsu pasal orang mati ni.. Ustaz
Azizan belum meninggal dunia..!!!
Tolong la
jangan sebar atau dengar cerita yang tak sahih kat Facebook tu.. Confirm dulu
dengan sumber yang disahkan, baru la cerita..
Sekarang ni
Ustaz dilaporkan masih di Hospital Besar Pulau Pinang.. Berita lanjut akan
dilaporkan kemudian.. Tengkiu!
07 May 2013
MB BARU KEDAH - YAB DATO' PADUKA MUKHRIZ TUN MAHATHIR

Ucapan tahniah dari
KP kepada BN (UMNO) kerana mendapat kepercayaan rakyat Kedah menerajui
semula negeri.
Tahniah juga kepada YAB
Dato' Paduka Mukhriz Tun Mahathir yang dilantik sebagai Menteri Besar Kedah
yang ke 10.
Selamat menjalankan
tugas dan amanah yang diberi.
BN MENANG KEDAH SENANG
06 May 2013
KEPUTUSAN PENUH P04 LANGKAWI - BN MENANG BESAR
Tahniah sekali lagi KP ucapkan kepada penyandang, Ir Nawawi Ahmad dan Hj Mohd Rawi Hamid kerna mendapat undi cemerlang. Tidak ketinggalan calon baru Sr Nor Saidi Nayan walaupun baru dicalonkan tetapi hasilnya amat membanggakan.
Ketiga-tiga mereka adalah anak tempatan berbanding lawan mereka dari PKR dan PAS, rata-rata di impot dari seberang.
Kepada petugas dan penyokong BN di Langkawi, tahniah kerana anda telah menjalankan tugas yang diamanahkan sebagai pengundi.
Bagi mereka yang terpilih sebagai YB, ingatlah janji-janji yang telah mereka lafaskan. Jangan pula janji tinggal janji.
SOKONG NAJIB, PILIH BN, PANGKAH DACING.
BN MENANG DENGAN MAJORITI MUDAH
Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan setelah berjaya mencapai
kemenangan majoriti mudah apabila memperolehi 133 kerusi pada pukul 1.35 pagi
dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang menyaksikan 80 peratus daripada 13.26 juta
pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.
Setakat
tengah malam ini, BN berjaya membentuk kerajaan di 10 negeri di Sarawak, Sabah,
Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Perlis, Terengganu, Pahang, Perak dan memenangi
semula negeri Kedah.
Kemenangan
awal BN disumbangkan oleh BN Sarawak yang meraih 25 kerusi Parlimen daripada 31
kerusi yang dipertandingkan, sekali gus meneguhkan reputasi negeri itu sebagai Deposit
Tetap BN'.
Tonggak utama
BN Sarawak iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), menepati
ramalan dengan memenangi kesemua 14 kerusi yang ditandingi.
Parti Rakyat
Sarawak (PRS) pula memenangi keenam-enam kerusi yang ditandingi dan Parti
Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) menang semua empat yang ditandingi. Parti
Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) terus berdepan realiti malap dengan hanya
memenangi satu daripada enam kerusi yang disaingi.
Di Kedah, BN
menepati ramalan berjaya menumbangkan Pas bagi meraih mandat membentuk kerajaan
negeri yang baharu memenangi sebanyak 21 kerusi DUN dan 10 Parlimen manakala
pakatan pembangkang hanya menguasai 16 kerusi DUN.
BN kekal
memerintah Melaka dengan mendapat majoriti dua pertiga dengan memenangi 20
daripada 28 kerusi DUN.
Di Pahang, BN
kekal memerintah apabila memperoleh majoriti dua pertiga dengan memenangi 29
daripada 42 kerusi DUN sehingga pukul 12.15 pagi ini.
BN kekal
memerintah Negeri Sembilan apabila memperoleh majoriti mudah dengan memenangi
19 daripada 36 kerusi DUN setakat pukul 12.20 pagi ini.
Di Sabah, BN
kekal memerintah setelah memperoleh majoriti mudah dengan memenangi 33 kerusi
daripada 60 kerusi DUN setakat pukul 12.46 pagi ini.
Di Johor, BN
juga membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah dengan kemenangan ke atas
32 daripada 56 kerusi DUN.
Di
Terengganu, BN akan terus menerajui kerajaan negeri dengan majoriti begitu
tipis setelah hanya memenangi 17 daripada 32 kerusi DUN.
Di Perlis, BN
mengekalkan kuasa setelah memenangi 13 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri
(DUN).
Perak menjadi
negeri ke-10 kekal dalam tangan BN setelah mendapat majoriti mudah 30 daripada
59 kerusi DUN setakat 1.08 pagi ini.
Dua negeri
sah kekal dibawah pentadbiran pakatan pembangkang iaitu Pulau Pinang dan
Kelantan manakala pengiraan masih berlangsung di Selangor dan Perak.
Di kebanyakan
kawasan majoriti pengundi Cina dan pusat undi Cina tidak memberikan undi kepada
BN tetapi cenderung kepada pakatan pembangkang, terutamanya DAP.
Kekalahan
paling besar BN ialah di kerusi Parlimen Bukit Katil, apabila Ketua Menteri
Melaka, Datuk Seri Ali Rustam tewas yang dipercayai berpunca daripada peralihan
pengundi Cina kepada calon pembangkang.
Di Gelang
Patah pula, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dikalahkan oleh
Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang telah menggunakan kempen berbentuk perkauman
bagi menyemarakkan perasaan pengundi Cina.
Penasihat
Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengekalkan kerusi
Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti yang rendah berbanding 2008 iaitu
11,721 undi.
Beliau
memperoleh 37,090 undi menewaskan calon BN, Dr. Mazlan Ismail yang mendapat
25,369 undi manakala calon Bebas, Dr. Abdullah Zawawi Samsudin hanya mendapat
201 undi.
Setakat 3
pagi ini, BN memenangi 133 kerusi manakala Pas (21), PKR (28) dan DAP (38).
05 May 2013
CALON N01 AYER HANGAT TERUS DIHADAPAN
Tahniah, setakat jam 3.00 ptg, Hj Mohd Rawi telah mendahului lawan dengan kelebihan 46.8% berbanding PAS 21%, jumlah pengundi DUN Ayer Hangat ialah 20130. Suasana keseluruhan 14 Pusat Daerah Mengundi DUN Ayer Hangat tenang kecuali PDM Padang Kandang berlaku kekecohan.
Ini ekoran rasa tidak puas hati penyokong dan ahli PAS terhadap seorang pengundi wanita Pn Rogayah Ibrahim yang dikatakan sebagai pengundi hantu.
Dengan kecekapan pihak berkuasa bersama SPR telah menyelesaikan masalah tersebut, kejadian ini berlanjutan sehingga 4 jam.
Apa pun, tahniah kepada kesemua petugas yang mematuhi undang-undang demi sebuah negara Malaysia yang demokrasi.
03 May 2013
02 May 2013
TERKINI - VIDEO SAIFUL BUKHARI BERSUMPAH DI HADAPAN KAABAH ADALAH BENAR
Allahuakbar! Mohd Saiful Bukhari telah bersumpah laknat di hadapan Multazam, pintu Kaabah, Tanah Haram, Masjidil Haram dibuat pada tanggal 9 April 2012. Sumpah laknat telah dibuat kali ke dua selepas lafasnya pada tahun 2008 di Masjid Wilayah Kuala Lumpur.
Apakah ini satu lagi sendiwara yang selalu dilafaskan oleh PR. Parsoalannya "beranikah Anwar bersumpah latnat sebagaimana Saiful lakukan", ataupun dia mahu mengelak persoalan ini ditanya, u cakap i saman u..
PETALING JAYA
2 Mei - Dalam usahanya untuk meyakinkan semua pihak bahawa dirinya tidak
berbohong dalam kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful
Bukhari Azlan menayangkan sumpah laknat yang dilafazkan dan dirakamkannya di
depan Kaabah ketika mengerjakan umrah pada April tahun lalu.
Menurut bekas
pembantu peribadi Anwar itu, walaupun tidak pernah terlintas untuk mendedahkan
rakaman itu, namun pengakuan bapanya, Azlan Mohd. Lazim yang mahu kembali ke
pangkal jalan semalam sedikit sebanyak telah mengelirukan dan menimbulkan
banyak persoalan.
"Oleh
yang demikian, saya mengambil keputusan untuk menyiarkan rakaman sumpah laknat
ini bagi membuktikan kebenaran kata-kata saya bahawa saya dengan sebenar-benarnya
telah diliwat dan sekali gus membersihkan nama saya dan keluarga daripada apa
jua tohmahan.
"Sumpah
laknat saya di depan Baitullah (Kaabah) ini adalah benteng perjuangan terkuat
dalam perjuangan sebagai seorang Islam dalam episod saya menegakkan kebenaran,"
katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Jelas Mohd.
Saiful, rakaman video tersebut akan dimuat naik ke laman Youtube, hari ini.
Mengenai
bapanya yang insaf dengan tindakannya sebelum ini, ujarnya, perkara itu adalah
berkat usahanya yang tidak berhenti berdoa semoga bapanya kembali ke pangkal
jalan.
"Kejadian
sebelum ini amat menyedihkan saya. Sebab itu saya berdiam, berdoa, solat hajat
supaya bapa kembali ke pangkal jalan. Alhamdulillah, Allah tunjukkan
kebesaran-Nya. Pendirian saya tetap sama, saya sudi memaafkannya," tegas
beliau.
01 May 2013
TERKINI - SIDANG AKHBAR BAPA SAIFUL MENGAKU DIBAYAR?
Ternyata,
demi duit apa pun boleh jadi, malah sanggup gadaikan maruah keluarga sendiri.
Saiful Bukhari ketika dihubungi mengatakan bahawa bapanya Azlan Mohd lazim
telah dipergunakan oleh kuncu-kuncu Anwar Ibrahim yang sentiasa berkeliaran.
Itu kisah sebelum pembubaran parlimen.
Tenyata kuasa
Allah tidak siapa boleh mengatasinya. Kebenaran akhirnya terbongkar mengatasi
kemungkaran. Nyata wang bukan segala-galanya. Bapa Saiful
Bukhari waktu ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia diatas keterlanjuran
beliau menerima suapan dari Anwar Ibrahim untuk menafikan anak beliau diliwat
oleh Anwar Ibrahim.
Dalam
kenyataan Bapa Saiful Bukhari tadi beliau akan terus membela Saiful Bukhari
walau apa pun yang berlaku dan beliau amat menyesali keterlanjuran beliau yang
gagal melawan nafsu menerima habuan wang yang ditawarkan oleh Anwar Ibrahim.
Azlan juga
takut dengan sumpah Laknat yang telah dibuat anak nya Saiful Bukhari mengenai
insiden diliwat Anwar Ibrahim.
Untuk
makluman semua Bapa Saiful Bukhari ditawarkan habuan wang RM 3 Juta oleh Anwar
Ibrahim untuk menafikan Anwar Ibrahim meliwat Saiful Bukhari. Harus kita ingat
Anwar Ibrahim penuh dengan wang dan beliau mampu membeli siapa sahaja bagi
menampakkan kepada rakyat Malaysia bahawa Anwar Ibrahim adalah manusia yang
bersih dan layak diangkat sebagai pemimpin negara.
Untuk berita
penuh sila klik link di bawah -
30 April 2013
DOA KHAS DARI SEBERANG - SIAPA YANG TERASA?
1. Memang sukar untuk dipercayai, tetapi ia benar berlaku dan sudah pun terdedah dan tersebar di Youtube sebuah video yang dikirim kepada pihak pembangkang oleh Gereja Jurusalem di Israel bagi memberi semangat kepada parti itu dalam menghadapi Pilihanraya ke-13.
Tentulah ini tidak masuk akal.
2. Antara kata-kata ‘doa’ pihak gereja ialah ‘Malaysia diberkati oleh Tuhan (the Lord), Tuhan berkati Malaysia dan kerajaan barunya’. Dan ‘kami akan membawa Malaysia bersama’ ‘tiada lagi kegelapan buat Malaysia’ dan lain-lain lagi.
3. Selain itu, perutusan dari pihak gereja Israel juga turut menekankan, ‘bakal kerajaan baru Malaysia’ seolah-olah kemenangan PR adalah sesuatu yang pasti. Mengikut mereka, ‘kerajaan baru’ inilah yang merupakan jalan yang benar yang akan membawa Malaysia di bawah keberkatan ‘Tuhan’.
4. Apabila video in meletup di laman-laman facebook sejak pagi tadi, penulis menunggu reaksi puak-puak PAS mengenainya. Seperti yang dijangka, mereka memilih untuk ‘tidak percaya’ daripada menyiasat dan memikirkannya. Mereka lebih rela berada di dalam kegelapan daripada mengakui kesilapan. Alasan biasa mereka ialah video telah diedit atau pihak gereja sengaja diupah oleh UMNO. Soalnya, jika UMNO ingin mengupah Israel, UMNO perlu terlebih dahulu memberitahu Israel bahawa Israel adalah jahat dan UMNO tidak boleh dilihat bersekongkol dengan orang jahat oleh itu Israel perlu dilihat menyokong PR.
Tentulah ini tidak masuk akal.
5. Sebenarnya, bagi yang mengikut perkembangan politik sejak dahulu, sokongan Israel terhadap PR, terutamanya Anwar bukan sesuatu yang aneh. Suatu ketika Jerusalem Post pernah menyatakan sokongan secara terbuka terhadap Anwar. Anwar juga pernah menyatakan sokongan terbuka terhadap Israel. Justeru, kenapakah masih ada pihak terutama di dalam PAS untuk menafikannya?
6. Anwar juga yang telah menandatangani Annapolis Summit 2007 yang mengiktiraf negara Israel. BERSIH dan SUARAM, iaitu dua NGO yang begitu giat membantu Anwar dan Pakatan Rakyat juga telah mengakui menerima dana asing iaitu dari rangkaian George Soros yang turut menaja matlamat Zionis, yakni, Israel untuk menguasai dunia melalui misi pertukaran rejim. Sumber
26 April 2013
TU DIA! RAHSIA TERBESAR UST AZIZAN TELAH TERBONGKAR?
Mungkin ramai yang tak tahu tentang hal ini.. Selain daripada anti kepada Dap, Ust Azizan juga anti kepada Anwar Ibrahim kerana dari dulu lagi Ust Azizan tak percaya kat Anwar kerana sikap sikap Anwar sebelum ini..Tapi nak buat macamana dah Pok Nik Ajis dan Hadi Bawang jilat sangat si Anwar tu..Mau tak mau Azizan kena la ikut..
Tapi dalam hati, Aku rasa Ust Azizan masih benci kat Anwar sebab tu puak Phahrolrazi marah sangat kat Azizan sampai la ni..Dengar lah sendiri apa yang dikatakan oleh Tan Sri ZAM dibawah
23 April 2013
JANJI PAKATAN RAKYAT DI KEDAH - JANJI TINGGAL JANJI #SAVEKEDAH
Janji yang
paling ketara ialah Negara Islam, Hukum Hudud dan tidak lupa juga (terkini)
negara Kebajikan.
Apakah ini
hanya janji di bibir mulut atau mereka benar-benar serius dalam hal ini?
Selepas 5
tahun memerintah, janji-janji ini rupanya hanyalah tin kosong. Di Ketuk
bunyinya kuat tetapi isinya tiada. Sebenarnya mereka (pemimpin-pemimpin) PAS
tahu apa yang penyokong mereka suka dengar terutama yang serbannya besar di
atas kepala. Janji-janji tersebut adalah ibaratkan janji syurga kepada mereka.
Ini yang
membuatkan penyokong-penyokong mereka ini menutup telinga serta memejamkan mata
daripada mendengar orang lain walaupun banyak perkara yang diperkatakan itu
benar dan ditunaikan.
Exco Agama
sehingga kini tidak pernah menyentuh untuk menjadikan Kedah sebuah negeri Islam
hatta nak 'declare' Kedah sebagai Serambi Kelantan pun tidak berani.
Hukum-syariah sedia ada pun masih dikekalkan, tiada yang diubah untuk
memperelokkkan lagi. Janji Hukum Hudud sudah dilupakan!
Jawapan
standard yang diberi bila ditanya samada oleh media atau di DUN ialah ini
negeri pemerintahan PR. Sekali lagi penyokong PAS ditipu! Atau kita tunggu
Kelantan laksana dulu.
Kedah Times
sehingga hari ini masih tidak mendengar sebarang komen atau ceramah PAS yang secara
terang-terang tidak menyokong penggunaan nama Allah oleh Kristian dalam bible
mereka. Jangan harap nak dapatkan komen dari Exco Agama atau MB sendiri. Apa
sudah jadi dengan kerajaan ini sebenarnya.
Dalam kes-kes
melibatkan Agama Islam pun mereka tiada 'stand' sebaliknya hanya diam diri
macam orang terkedu kena pukulan dari belakang!
Inilah belang
sebenarnya Pemimpin-pemimpin PAS, janji syurga kepada pengikutnya walaupun
mereka sendiri tahu yang mereka tidak mampu untuk memberinya.
Tetapi apa
yang berubah dan bertambah ialah pusat karaoke, pub serta rumah urut yang
semakin bertambah di Alor Setar dan Sg Petani.
Inilah Negeri
Sejahtera sebenarnya. Lesen Arak di Langkawi semasa ceramah dulu berbuih-buih
mulut nak dihapuskan tetapi nampaknya yang ada masih kekal dan yang baru
dikeluarkan. Kulim Golf Club tanpa segan silu hidang arak kepada pelanggan.
Kelab Sg Petani dah jadi macam nite club di Thailand. Jalan Alor mengkudu sudah
ada nite club terbuka. Ini semua ZAMAN PAS KEDAH masih dikekalkan sehingga
bertemu PRU13 dua minggu lagi .... SUNGGUH MENYEDIHKAN !!!
Program-program
mengimarah Masjid sudah berkurangan kerana mereka cuba memasukkan unsur-unsur
politik kepartian mereka ke dalam masjid. Orang naik benci dan masjid jadi
kosong.
Adakah ini
balasan Allah atau ujian Allah. Sudah tentu PAS kata ini ujian Allah.
Tetapi kalau
dikaji secara terperinci, inilah balasan Allah kepada orang Munafik yang suka
menabur janji-janji yang mereka tidak pernah dan boleh tunaikan.
Mereka itulah
yang anda kenali sebagai PIMPINAN PARTI ISLAM SEMALAYSIA NEGERI KEDAH ...
Sebuah Parti ISLAM Paling Penipu Atas Muka Bumi Allah ini ... hanya pandai
KELENTONG RAKYAT menggunakan Agama Islam sebagai alat atau topeng sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)