27 June 2012

WANG KERTAS BARU DI PASARAN MULAI 16 JULAI 2012


Siri wang kertas baharu ini menggabungkan cirri-ciri keselamatan yang seiring dengan teknologi terkini termasuk imej bayang-bayang, tetingkap jernih, potret tera air berpiksel dengan number yang jelas, benang keselamatan yang berubah warna dan benang kanta mikro. Ciri-ciri lain adalah permukaan wang membolehkan individu yang bermasalah penglihatan mengenai pasti dan membezakan denominasi.


Pengenalan semula wang kertas RM20 dalam siri mata wang baru ini penting kerana ia berfungsi sebagai perantara yang menghubungkan jurang nilai antara RM10 dan RM50 dan akan memudahkan pengguna membuat bayaran.


Edaran wang kertas denominasi RM1, RM5, RM10 dan RM100 akan disediakan pada separuh kedua 2012 manakala denominasi RM50 baharu sudah berada di pasaran. Sumber


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...