14 June 2012

TAHNIAH - KG KILIM, LANGKAWI MENJADI JOHAN ANUGERAH DESA CEMERLANG (ADC) PERINGKAT NEGERI KEDAH


ALOR SETAR 13 Jun. – Kampung Kilim, Langkawi muncul juara dalam Anugerah Desa Cemerlang (ADC) 2012 peringkat negeri Kedah dengan menewaskan sebelas kampung lain di peringkat negeri, membolehkannya membawa pulang wang tunai RM10,000.


Pengerisi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Ahmad Nizar Hanapiah berkata, kemenangan itu merupakan kejayaan buat kira-kira 800 penduduk Kampung Kilim melalui moto bermaufakat membawa berkat.




 “Melalui moto itu, kami dapat membantu menaikan taraf ekonomi penduduk setempat tanpa bantuan dari mana-mana pihak dan kami telah berjaya mewujudkan ramai usahawan baru dalam sektor pelancongan berasaskan laut”.




 “Hadiah kemenangan RM10,000 akan digunakan bagi meningkatkan lagi keceriaan serta menambah baik kemudahan sedia ada bagi bertanding di peringkat kebangsaan,” katanya ketika ditemui selepas majlis itu di sini baru-baru ini.


Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Kedah, Dato’ Paduka Ahmad Bashah Hanipah bertempat Concours MADA, Alor Setar, Kedah.


"peranan yang dimainkan oleh pengerusi JKKKP perlu dilihat oleh masyarakat sebagai suatu usaha perubahan bagi meningkatkan ekonomi sesebuah kampung" katanya ketika ditemui pemberita.




Tempat kedua disandang oleh Kampung Kuala Kerik,Sik, membawa pulang RM8,000 sementara Kampung Desa KEDA Batu 13, Pokok Sena di tempat ketiga dengan wang hadiah RM6,000.


Sementara itu, bagi Setiausaha JKKPP Kuala Kerik, Zamzuri Zakaria menyifatkan kejayaan tersebut cukup manis setelah semua pihak bertungkus-lumus sepanjang beberapa bulan yang lalu melalui produk inap desa yang telah berjaya menarik pengunjung dalam dan luar negara.


“Inap desa itu sesuai bagi mereka yang mahukan suasana kampung dan mengikuti aktiviti pertanian yang dilakukan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...