10 June 2012

TERKINI!! TUBUH SEGERA SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA ISU AKAUN RM 3 BILION


LANGKAWI 10 Jun - Bertempat Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi, 4 sayap UMNO Bahagian Langkawi diketuai Dato Nawawi membuat laporan polis berhubung dakwaan pemilikan 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM 3 bilion oleh ketua pembangkang Anwar Ibrahim.



Laporan itu dibuat oleh wakil setiap 4 sayap UMNO dan wakil NGO itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi di sini pada kira-kira 5.30 petang.

Selepas membuat laporan polis itu, kira-kira 100 anggota 4 sayap UMNO dan NGO berkenaan mengadakan perhimpunan aman selama 30 minit di hadapan Ibu Pejabat Polis.



Perhimpunan itu diadakan bagi mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengambil tindakan segera untuk menyiasat memastikan sama ada pendedahan itu benar atau dimanipulasi pihak tertentu.

Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan itu, Ketua UMNO Bahagian Langkawi Dato Nawawi berkata SPRM tidak harus berdiam diri dalam hal ini dan siasatan perlu dibuat supaya keyakinan rakyat terhadap suruhanjaya bebas itu tidak terhakis.



Ketua pergerakan pemuda UMNO Langkawi, Norsaidi berkata mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja menyiasat sama ada akaun tersebut melibatkan wang negara dan rakyat.

"Sekiranya laporan Datuk Murad itu benar maka Anwar adalah bapa segala rasuah negara", katanya.

Pengerusi NGO Belia Langkawi, Ahmad Marzuki berkata isu ini perlu disiasat siapa yang terlibat dan beliau mencabar Anwar supaya menyaman Datuk Murad.


Anwar didakwa memiliki 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM 3 bilion seperti terkandung dalam akaun berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid pada 26 Oktober 1999.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...