03 June 2012

MAJLIS RESEPSI PERKAHWINAN PENGARAH TERKENAL OMBAK RINDU "OSMAN ALI DAN AISAH SAHAI"


Berkonsepkan moden kontemporari, majlis resepsi perkahwinan pasangan pengantin baru Osman Ali dan Aisah Sahai diraikan dengan penuh kemeriahan dalam majlis yang berlangsung pada 2 Jun 2012 di kampung halaman beliau, No 24, Kampung Bohor Merah, Mukim Ayer Hangat, Langkawi, Kedah.


Majlis yang bermula pukul 12.00 tengahari itu berlangsung hampir 2 jam dimulakan dengan perarakan masuk pasangan merpati dua sejoli yang di iringi pasukan kompang Kg. Ayer Hangat.

Nyata pelamin rekaan Rose Bridal Boutique menaikkan seri dan aura perkahwinan pengarah filem terkenal "Ombak Rindu" Osman Ali dan beliau sememangnya wajar di beri pujian.


Menurut abang beliau, Shaharuddin Ali, majlis persandingan diadakan di kampung halaman untuk meraikan pasangan bersama keluarga, sanak saudara  dan kenalan beliau di Langkawi.

Antara artis yang hadir adalah Farid Kamil, Ramy Ishak, Maya Karin, Diana Danielle, Kimi Hikayat Putra Shazlan, Zaidi Omar dan lain-lain.





Pengarah filem terkenal Osman Ali dengan filem Ombak Rindu, Anak Halal, Cun dan yang terkini Jiwa Taiko berkahwin dengan kekasihnya iaitu seorang jurutera Aisah Sahai pada 11 Mac 2012 lalu.

"Saya minta maaf jika ada apa-apa kecacatan atau kekurangan yang berlaku. Dalam mana-mana majlis perkahwinan tak ada yang sempurna 100 peratus, kami sudah cuba memberi yang terbaik, jika ada kekurangan minta maaf ya", ujarnya.

KP mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan sejoli semoga berkekalan sehingga akhir hayat. Terima kasih di atas jemputan majlis resepsi perkahwinan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...