01 June 2012

KANTOI!! 'PAKATAN RASUAH' SPRM AKAN SIASAT SEMULA KES AZMIN



INILAH DIA ORANG SETIAP KALI BERCERAMAH MEMFITNAH PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO DEMI MENGELIRUKAN RAKYAT DAN MERAIH SOKONGAN. MEREKA INI MENUDUH PEMIMPIN UMNO MENGAMALKAN RASUAH. TETAPI SEBALIKNYA, MEREKA-MEREKA INILAH YANG "KUAT MENGAMALKAN RASUAH".

KES 1995 YANG DIBUKA SEMULA OLEH SPRM BERLAKU SEMASA ANWAR IBRAHIM MASIH MEMEGANG JAWATAN SEBAGAI TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN AZMIN ALI PULA SEBAGAI SETIAUSAHA SULIT.

PETIKAN PADA SETIAP KALI ANWAR BERCERAMAH - "SAYA 8 DALAM KERAJAAN, SAYA TAHU LUAR DAN DALAM RASUAH MENTERI-MENTERI SEMUA"

BAGAIMANAKAH AZMIN ALI YANG SUDAH TIDAK BEKERJA SELAMA 14 TAHUN MASIH DAPAT HIDUP MEWAH HINGGA SAMPAI SEKARANG INI, ADAKAH DUIT INI SEMUA DATANGNYA DARI "HASIL TITIK PELUH KEGIATAN RASUAH ??"

HMMMM .... INILAH DIA "AZAB DUNIA" YANG SECARA PERLAHAN DIRASAI OLEH ORANG YANG SUKA BERCAKAP BOHONG DAN MEMFITNAH ORANG LAIN !! NAUZUBILLAH ..... !! JOM SEMUA KITA PANGKAH BN !!

KUALA LUMPUR 31 Mei - Bekas Ketua Pengarah Badan Pencegahan Rasuah (BPR), Datuk Shafee Yahaya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat kes pemilikan harta Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.


Beliau yang enggan memberikan sebarang komen bagaimanapun sedia untuk memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang akan menyambung kembali siasatan kes itu.


"Tak payahlah komen apa-apa lagi, biarlah pihak berkuasa yang siasat dan saya sedia beri kerjasama," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Pengendali portal propembangkang, Raja Petra Kamaruddin kelmarin tampil sekali lagi mendedahkan bekas Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pegawai kanan BPR menutup kes rasuah membabitkan Azmin.


Dakwa Raja Petra, satu fail sulit bertarikh 15 Mei 1995 yang diserahkan oleh bekas pegawai kanan BPR itu kepadanya jelas menunjukkan Azmin memiliki kekayaan yang tidak seimbang berbanding pendapatannya sebagai penjawat awam dan ia disokong pula dengan bukti pemilikan saham oleh isteri Azmin, Shamsidar Taharin bernilai lebih RM7 juta.


Menurut dokumen sulit tersebut, satu arahan bertulis, KUS atau kemas untuk simpan telah dikemukakan kepada pegawai kanan BPR terbabit.


Shafee semalam dilaporkan berkata kepada beberapa buah akhbar, beliau mengaku pernah mengesyorkan kepada Anwar supaya mengambil tindakan disiplin terhadap Azmin.- Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...