11 June 2012

12 PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO) LANGKAWI BUAT LAPORAN POLIS


LANGKAWI 11 Jun : 12 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari daerah Langkawi telah membuat laporan polis berhubung dakwaan pemilikan 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


NGO terbabit adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Langkawi, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS), Persatuan Belia Kg Kilim (PBKK), Persatuan Cina Malaysia (MCA), Malaysian Indian Congress (MIC), Persatuan Belia Kuala Melaka, Persatuan Belia Mata Air, Kelab Bola Helang FC, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida), Belia 4B Langkawi , Jkkkp Pekan Kuah dan Taman Dahlia.


Laporan itu dibuat oleh wakil setiap 12 NGO itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi di sini pada kira-kira 5.15 petang.

Perhimpunan itu diadakan bagi mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengambil tindakan segera untuk menyiasat memastikan sama ada pendedahan itu benar atau dimanipulasi pihak tertentu.


Bercakap selepas perhimpunan itu, Pengerusi GPMS Langkawi, Muhammad Azim Othman berkata SPRM tidak harus berdiam diri dalam hal ini dan siasatan perlu dibuat supaya keyakinan rakyat terhadap suruhanjaya bebas itu tidak terhakis.

“Sebelum ini, Anwar berkata bahawa pemimpin Pakatan Rakyat lebih telus dan tidak mengamalkan politik wang.”


“Kita sebagai rakyat merasakan kita harus dan wajib tahu,” jelas beliau lagi.


Sehubungan dengan itu semua 12 NGO mendesak agar kerajaan mengambil tindakan seperti berikut :


1. Menubuhkan satu suruhanjaya untuk menyiasat semula kenyataan Datuk Abdul Murad bahawa wujudnya 20 akaun individu yang dikawal oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim membabitkan aset, wang dan saham lebih daripada RM3 bilion berdasarkan akaun bersumpah.


2. Mendesak agar peguam nagara membuka semula kertas siasatan berhubung isu tersebut.


3. Mendesak agar lembaga hasil dalam negeri (LHDN) dan Bank Negara tampil untuk membuat kenyataan daripada mana datangnya sumber kewangan yang begitu banyak dan kemana hilangnya wang tersebut.


4. Mendesak agar suruhan jaya pencegahan rasuah (SPRM) menyiasat penyelewengan ini.


Anwar didakwa memiliki 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion seperti terkandung dalam akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid, pada 26 OktOBER 1999

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...