10 June 2012

ISU 'GATAL MULUT' MUFTI PERAK MENJADIKAN NIK AZIZ NAIK ANGIN SATU BADAN


Kadang-kadang kita berasa janggal dengan perbandingan-perbandingan yang Nik Aziz buat dari semasa ke semasa. Untuk menguatkan hujah dia, ada kalanya dia tersasul dalam membuat perbandingan terutama yang mengaitkan Junjungan Besar Rasullallah saw.

Perkara ini beliau sebut secara spontan dan seperti yang KP pernah sebut sesuatu yang spontan adalah lahir dari hati. Dia yang selalu 'gatal mulut' tetapi dia tuduh orang lain pulak.

Antara perbandingan beliau yang kita masih ingat ialah Tuhan juga mencarut. Jadi ahli PAS dibenarkan mencarut dan memaki hamun sesiapa yang mereka suka. Maknanya penggunaan kata-kata kesat dibenarkan oleh Nik Aziz.

Nabi Muhamad sama dengan mamat-mamat lain yang lahir di Kelantan. Maknanya tidak ada istimewanya Junjungan Besar kecuali selepas di pilih oleh Allah menjadi Nabi dan Rasul. 

Kini beliau katakan Nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah kerana hendakkan kerusi. Semakin melampau dia ni.

Bila Ulamak UMNO tidak menegur pemimpin UMNO mereka marah dan sanggup menghina para mufti dan ulamak UMNO yang makan gaji buta. Bila Ulamak UMNO menegur orang politik secara amnya mereka kata pula Ulamak mestilah menumpukan dalam perkara agama sahaja dan jangan hendak mencampurkan hal-hal agama dengan politik.

Mereka sahaja yang boleh bercakap tentang kedua-duanya iaitu hal agama dan hal politik. Orang lain tidak mempunyai autoriti atau tidak berhak.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...