13 December 2012
12 December 2012
PAS TIPU RAKYAT , TANAH WAKAF PONDOK TARBIYAH AWLDIYAH DIJADIKAN MARKAS?
PENDANG 10 Dis. - Sekumpulan penduduk dari sekitar Kampung
Huma Besar, di sini membuat laporan polis kerana mendakwa kepimpinan Pas mahu
mengambil alih tanah wakaf Pondok Tarbiyah Awladiyah di kampung itu untuk
dijadikan pusat pengajian dan markas parti tersebut.
Laporan polis itu dibuat oleh wakil mereka, Zolkfli Deris,
50, di Balai Polis Kubur Panjang, di sini kira-kira pukul 11.45 pagi ini bagi
menghalang kepimpinan, ahli atau penyokong Pas memonopoli institusi pondok
untuk mengembangkan ideologi politik mereka.
Zolkfli mendakwa, kepimpinan Pas hanya menggunakan alasan
mahu membina pusat pendidikan bagi mengambil alih kawasan tanah wakaf seluas
kira-kira dua hektar itu yang pernah menjadi tempat pengajian agama
berkonsepkan pondok sejak awal 50-an.
"Itu semua hanya alasan lama yang berulang. Alasan
hendak buat pusat pendidikan tapi akhirnya mereka bercadang untuk membuat
markas Pas bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tiang.
"Jadi kita pertahankan tanah yang telah diwakafkan oleh
orang tua-tua dahulu demi kebaikan pendidikan di sini," katanya di sini
hari ini.
Selepas membuat laporan polis, kumpulan tersebut turut
berhimpun secara aman di tapak tanah wakaf berkenaan dengan memegang sepanduk
antaranya tertera tulisan 'Pas perosak Pondok Awladiyah'.
Zolkfli yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Huma Besar mendakwa, dalam kalangan
waris memang tidak bersetuju tanah wakaf pondok berkenaan diambil untuk
dijadikan markas Pas.Sumber
11 December 2012
BENARKAH NIK RAZI NIK MAT SAKIT?
Khabarnya adik Nik Aziz Nik Mat sedang bergelut dengan penyakit yang dihadapi selama ini tidak termasuk sakit tua.
Ada sumber rapat mengatakan bahawa "model jus doa" ini sakit tenat sejurus beliau doakan kehancuran UMNO dan BN.
Ada sumber mengatakan beliau tertekan dengan isu doa yang diimamkan olehnya dalam stadium Kota Bharu ketika Muktamar Pas berlangsung. Sejauh mana benarnya cerita ini KP masih menunggu laporan bergambar dari rakan-rakan KP di Kelantan.
29 November 2012
PANAS - PERSIDANGAN PERWAKILAN UMNO 3 SAYAP BERJANJI MEMPERTAHANKAN KEJAYAAN BN DALAM PRU-13 NANTI
KUALA LUMPUR 28 Nov. - Tiga sayap UMNO hari ini
dengan penuh bersemangat melaungkan keazaman untuk bertarung habis-habisan bagi
memastikan kejayaan cemerlang Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum
Ke-13.
Tekad berkenaan dilafazkan oleh Ketua Wanita
UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin
dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin ketika menyampaikan
ucapan dasar di perhimpunan agung sayap masing-masing di Pusat Dagangan Dunia
Putra (PWTC), di sini, hari ini.
Shahrizat ketika menyampaikan ucapan bertemakan,
“Masa Depan UMNO:
Beranjak Untuk Melonjak Ke Arah Kemenangan" berkata, beliau amat yakin
seramai 230,000 jentera pergerakan itu bersiap sedia sepenuhnya untuk
mempertahankan kemenangan BN.
Tindakan Pakatan Rakyat yang mengambil langkah terbaru mengangkat dan memperjuangkan martabat wanita menerusi Perbentangan Bajet 2012 Alternatif mereka dilhat 'sudah terlambat'.
Sambil mengecam tindakan tersebut, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan Wanita UMNO telah sekian lama memperjuangkan maruah dan hak wanita di Negara ini sejak mula penubuhan UMNO sekian lama dahulu.
"Forget it! (Lupakan!) Puan-puan semua sudah mendahuluinya, (Pembangkang) 66 tahun terlambat. Bukan nak mengata, tapi saya nak geleng kepala, tergedek-gedek baru nak melancarkan,"
Beliau berkata, realiti sebenar
keputusan terbaru gabungan kerjasama politik pimpinan Ketua Pembangkang Datuk
Seri Anwar Ibrahim itu tidak releven pada masa kini.
Katanya, Wanita UMNO sehingga hari
ini tidak pernah terlepas pandang malah mempertingkatkan lagi usaha
memartabatkan kaum Hawa sehingga berjaya melahirkan beberapa tokoh dari
pelbagai bidang yang diikhtiraf dalam dan luar Negara.
"Hasil perjuangan kita bersama,
maka lebuh raya politik, ekonomik dan sosial telah diperlebarkan untuk wanita
Malaysia, terutamanya dalam 10 tahun kebelakangan ini sejak pengujudan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
"Saya cukup teruja dan juga
terharu dengan pencapaian yang telah dicapai di atas," ujar Shahrizat.
Beliau berkata demikian susulan
pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menjelaskan,
Bajet 2013 Pakatan bakal memperuntukkan RM 4.5 bilion menerusi Agenda Wanita
Malaysia (AWM) berbanding hanya RM450 juta oleh BN yang didakwa membuktikan
ketidakperihatinan kerajaan terhadap sumbangan kaum wanita di negara ini.
PANAS - REMAJA BERJANJI BOGEL DEPAN PAVILLION
KP melahirkan rasa simpati kepada Mak Bapak remaja ini
kerana bersikap kurang waras atau sengaja untuk mencari publisiti murahan.
Remaja sekarang selalu membuat perkara sebegini tanpa memikirkan impak kepada
keluarga beliau.
“Kalau Lah Malaysia Menang lawan Laos Malam Ni, Aku Berani Bogel lah Depan Pavillion”. Itilah ungkapan dan janji seorang gadis di FB yang
dikenali sebagai Hazwani Syamimi III. Bagi KP, peluang Malaysia memang wajib menang
menantang Laos jam 8.45 malam semalam,
KP harap remaja ini memadam profile beliau di FB dan
selepas ini janganlah membuat perkara yang sama dimasa akan datang. So
berhati-hati berbicara, jangan ikut hati badan binasa.
27 November 2012
PANAS - NST SINGAPURA PULA AKAN DISAMAN?
Hah!!! Si
Nurul Izzah tu tunggu apa lagi? Kalau sebelum ni bukan main lantang lagi dia
nak saman orang itu dan ini. Sekarang, macam mana? Dia tak nak saman ke NST
Singapura tu?
Kalau tanya,
kenapa dia tak nak saman Merosakkini, kita mungkin tahu jawapannya. Nanti takut
pulak Papa dia kena pergi mengadap puak - puak Rejim Zionist tu.
Dah la puak
- puak Rejim Zionist tu yang dok bagi dana kat Merosakkini untuk memecah
belahkan rakyat Malaysia. Kalau Si Nurul Izzah tu saman, banyak pulak ceritanya
nanti.
Sekarang,
tiba giliran pihak News Straits Times Singapura pulak yang mempertikaikan
kenyataan dia mengenai isu Kebebasan Agama ni. Tak nak pulak dia ambik
tindakan?
Kalau setakat
berani saman Utusan je, baik tak payah. Nampak sangat la dia memang sengaja nak
tutup cerita. Bukannya dia nak menegakkan Kebenaran.
Mungkin Si
Nurul Izzah ni tak sedar bagaimana orang lain di Negara - Negara luar
bertungkus lumus mahu agama Islam diiktiraf oleh Negara mereka.
Lihat sahaja
kejadian pertumpahan darah dialami oleh rakyat di Selatan Thailand dan di
Filipina. Bertahun - tahun baru dapat perhatian. Tu pun dah banyak yang
terkorban.
Pun Si Nurul
Izzah ni masih tak bersyukur apabila Melayu di Malaysia ni diberi keistimewaan
untuk menganut agama Islam sejak dari lahir? Bangang betul!!!
Tapi, nak
buat macam mana ye tak. Siapa yang tak kenal dengan Si Nurul Izzah n. Dia
memang setakat tau bercakap je. Bila suruh buat, satu hapah pun dia tak tau.
Lain la kalau suruh dia menipu. Memang itu je la kerja dia pun!!!-Sumber
26 November 2012
PERSIDANGAN DUN KEDAH PANAS
Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah untuk
Sidang Bajet 2013 telah pun berakhir dan ianya merupakan Sidang Bajet kelima
bagi Pakatan Rakyat Kedah, malah merupakan yang terakhir sebelum PRU13. Sidang
Bajet selama tiga hari ini, nampaknya telah dipergunakan secara optima oleh
wakil-wakil pembangkang Kedah untuk mendapatkan penjelasan serta jawapan
daripada pihak kerajaan negeri yang diterajui oleh Azizan Abdul Razak.
Ramai
yang menganggap dan bersetuju, sidang kali ini adalah yang paling hangat
walaupun ianya tidak pernah mengatasi negeri-negeri lain.
Akhirnya apa yang
ditunggu-tunggu oleh kebanyakan rakyat Kedah, malahan rakyat Malaysia yang
sudah sedia maklum dengan sidang 1 jam setengah oleh PAS Kedah, menjadi
kenyataan. Wakil-wakil Kerajaan Negeri Kedah terpaksa berhadapan dengan banyak
persoalan yang menimbulkan kemusykilan seperti kerugian jutaan ringgit daripada
pelaburan labu peram di Papua New Guinea, KUIN yang bakal diserahkan kepada
sebuah syarikat dari Turki, penderhakaan Ahli-Ahli Majlis PBT terhadap DYMM
Sultan Kedah, penebangan balak tidak terkawal di hutan simpan kekal serta
pertambahan pusat-pusat hiburan.
Antara
orang Kerajaan Negeri Kedah yang cuba mempertahankan diri adalah Amiruddin
Hamzah. Amiruddin tidak menjawab tentang kerugian serta kerosakan yang telah
dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kedah di bawah PAS Kedah, sebaliknya cuba
mengorek pelbagai projek di bawah Kerajaan Negeri terdahulu sehingga akhirnya
dibidas oleh bekas Menteri Besar Kedah, Mahdzir Khalid.
Malah
Mahdzir Khalid turut mencabar agar pentadbiran Kedah sekarang, menyeretnya ke
SPRM dan membentangkan semua salah laku selain penyelewengan sepertimana yang
didakwa oleh Amiruddin Hamzah.
Hasilnya,
Amiruddin Hamzah yang diketahui mempunyai kecenderungan besar untuk menjadi
Menteri Besar Kedah menggantikan Azizan Abdul Razak, hilang suara dan hilang
telur. Apatah lagi, beberapa projek peribadi Amiruddin yang mendapat pembiayaan
serta top-up daripada Kerajaan Negeri Kedah, turut disentuh oleh ADUN-ADUN
UMNO-BN.
Bukti
telah diminta daripada pendedahan yang kononnya dibuat oleh Amiruddin.
Bagaimanapun, seperti biasa, Amiruddin yang gila menggoreng, terus menggoreng
dengan penuh bergaya tanpa sedikit pun atau sebatang angka pun ditunjukkan
tentang penyelewengan yang dikatakannya itu. Sebaliknya, masalah-masalah yang
disebut, semuanya melibatkan teknikal, bukannya penyelewengan. Sumber
21 November 2012
DEMI RAKYAT - JANJI DITEPATI
Kebetulan saja kereta mewah itu semua wujud
selepas dia terpilih mengejut menjadi ahli Parlimen Ampang (siapa nak percaya
tu, memang bodohlah)
Zuraida yang gemar 'melondehkan seluar dalam' orang lain, akhirnya dilondehkan 'seluar dalamnya' dengan cara yang sama.
Bukan satu 'seluar dalam' tapi 4 'seluar dalam' sekaligus.
Yakin dan percayalah, orang macam Zuraidah ini ada banyak helah dalam berhadapan dengan pendedahan macam ini. Kalau tak, dia fikir sendiri lah, puak manipulator undang-undang yang ramai di sekelilingnya akan bantu menasihatkan.
Paling tidak menyembunyikan diri dan mengelak dari berjumpa wartawan seperti Nurul Izzah sekarang. Agak-agak bila isu dah reda besok, baru buat kemunculan semula. Ini pendekatan biasa dan mudah dibaca bila ada skandal membabitkan pemimpin Pakatan haram ini.
Hello, Zuraidah baru ditangkap bergembar dalam jet mewah hari tu, takkan orang naik jet mewah pakai kereta Myvi saja kot, come onlah, bagi muka sikit.- Sumber
20 November 2012
SAVE GAZA - ALLAHHU AKBAR
Yahudi memang dilahirkan sebagai orang yang melanggar perintah Allah. Maka itu Yahudi tidak mempunyai negara sendiri. Dan tidak hairanlah Yahudi Laknatullah inginkan Palestine kerana menginginkan Tapak Masjid Adsa kerana di situ akan bermulanya Dajal Al Masih (paksi kejahatan) yang dipertahankan Islam.
Buktinya mudah..Tanah Palestine di rampas sedikit demi sedikit dan menghampiri Masjid Aqsa.
Ini salah satu lagi bukti kezaliman Yahudi Laknatullah. Ya Allah, selamatlah Islam..Amin
15 November 2012
PEMUDA PAS MENOLAK USUL MENGADAKAN PERHIMPUNAN BERSIH 4.0
KOTA BHARU : Dewan Pemuda Pas Pusat sebulat suara menolak usul untuk menganjurkan perhimpunan BERSIH 4.0 bagi menuntut pilihanraya bersih dan adil.
Usul berkenaan ditolak selepas mengambil kira beberapa pandangan agar Pemuda Pas memberi tumpuan kepada gerak kerja bagi memantapkan jentera pilihan raya diperingkat akar umbi.
"Tak perlu adakan BERSIH 4.0. Kami minta supaya BERSIH 4.0 ditangguhkan dahulu bagi memberi tumpuan untuk kita tawan Putrajaya".
"Kita juga berpendapat bahawa seharusnya Pemuda memberi tumpuan kepada program penerangan kepada ahli bagi manghadapi pilihan raya umum. Adalah lebih baik untuk ditumpukan kepada gerak kerja di kawasan masing-masing". kata Perwakilan Putrajaya, Salahuddin Zaini pada Murtamar Pemuda Pas ke-53 di sini.
Terdahulu, usul berkenaan dikemukakan perwakilan Pemuda Pas Jasin, Aminuddin Abdul Jalil yang mendesak supaya pimpinan pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan BERSIH 4.0 bagi menghidupkan kebangkitan rakyat menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Selain itu Salahuddin menegaskan penganjuran siri perhimpunan BERSIH 4.0 tersebut turut memberikan kesan kepada peruntukan kewangan selain pembaziran tenaga.
"BERSIH 4.0 memerlukan tenaga dan mengambil masa yang lama, lebih baik tenaga yang ada kita fokus kepada pemantapan jentera parti," katanya.
14 November 2012
PANAS - KERAJAAN PAS KEDAH MEMBAZIR DUIT RAKYAT?
Apa sudah jadi?? Semakin hari ramai kepimpinan Pas berani mendesak MB Kedah supaya meletak jawatan. Apakah ini menunjukkan bahawa kerajaan Pas Kedah gagal mentadbir negeri dengan baik. Kerajaan Pas Kedah telah membazirkan duit rakyat dengan membina billboard gambar MB Kedah berjumlah hampir RM 3 juta dan ditukar gambar tersebut setiap 2 bulan.
Wow hebat sungguh depa no!!, dulu masa Umno yang memerintah Kedah, depa kutuk habis, semua tak kena, kaki rasuah, keroni, makan gaji buta, asalkan yang tak elok tu depa kata.
Tapi sekarang, apa yang depa kata telah terpalit kat muka hidung depa. Apa tidaknya MB Kedah perintah macam Mao Tze Tong.
Video kat bawah ni telah menerangkan segala kelemahan kepimpinan Pas Kedah. Seminar bertarikh 10 Nov 2012 bertempat Vistana Hotel, Kuala Lumpur bertajuk " Wacana mengembalikan Pas ke landasan asal". Apa sudah jadi?
13 November 2012
12 November 2012
KONTROVASI - DEMI FILEM LANA NORDIN TIDAK KISAH
Pelakon kontroversi, Lana Nordin
akui tidak kisah jika imejnya yang menampakkan sebahagian lurah buah dada
terdedah di dalam filem Pontianak Vs Orang Minyak telah dieksploitasikan oleh
pengarahnya, Afdlin Shauki.
Malah, Lana Nordin yang juga
dikenali sebagai Pamela Anderson Malaysia itu memberitahu dia melihat senario
itu sebagai satu kerjasama win win situation kerana sudah lama dia teringin
untuk bekerjasama dengan pengarah tersebut dan buat pertama kalinya dia juga
berpeluang berlakon di dalam sebuah filem komedi.
“Jika benar Afdlin ingin
mempergunakan diri saya, begitu juga dengan saya, kerana tawaran yang saya
terima ini sangat baik dan saya mempergunakan tawaran ini untuk menonjolkan
watak saya sebagai pelakon komedi buat pertama kalinya.
“Terus-terang, pada mulanya saya
agak ragu-ragu juga hendak berpakaian sebegitu ketika penggambaran tetapi
Afdlin Shauki meyakinkan saya semuanya akan berjalan dengan lancar dan
kebetulan Lembaga Penapisan Filem (LPF) juga melepaskan babak saya. -Murai.com
11 November 2012
PENOLONG JURULATIH KEDAH BAKAL YB BUKIT LADA?
Sejak Kelantan berjaya membenamkan cabaran ATM dalam
perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 di Shah Alam tempoh hari, banyak yang
diperkatakan mengenai isu perpindahan para pemain Malaysia. Satu kuasa besar
baru yang muncul di Johor dengan TMJ mengorak langkah merubah landskap bola
sepak tempatan dengan tujuan menaikkan kembali nama gah, Johor.
Khairil Muhaimin dan Badrol Badkhtiar , 2 nama yang
cukup sinonim dengan Kedah dan antara yang paling diburu dalam 2 musim ini.
Dengan Kedah terpaksa bermain di Liga Perdana musim depan, kesetiaan dua pemain
ini sekali lagi akan teruji. Sebelum ini dua pemain ini memberi bayangan akan
terus bersama Kedah tetapi dengan Kelantan, Johor, Terengganu dan Selangor mahu
mendapatkan mereka, pasti mereka akan berfikir panjang untuk karier bola sepak
mereka.
Tak Kurang hebatnya... dengan penolong jurulatih Kedah
, yang juga bekas pemain terhebat sepanjang zaman pasukan Kedah Saudara Radhi
Md Din... Desah desus mengatakan yang beliau akan bersara untuk menumpukan
perhatian kepada Politik.
Ini di dedahkan oleh Sumber : dari FB DahliaB. Lada Selama ini pun, Ramai peminat yang sudah mengetahui
yang saudara Radhi AKTIF BERPOLITIK ketika beliau membimbing Pasukan kenari.
08 November 2012
BUDAK PEREMPUAN TERCANTIK DI DUNIA MENDAPAT PERHATIAN RAMAI
Little Lolly, budak perempuan yang dikatakan paling cantik di dunia atau The Most Younger Miss World in the world atau Ratu Dunia Terkecil / Termuda Dunia.
Biasanya budak-budak akan menpunyai wajah comel (baby face yang cute dengan mata besar, bibir yang munggil dan pipi tembam) but this little Lolly has a very beautiful face like a little princess dalam movie epik Cinderella.

Dia mula famous apabila gambar budak ini dipaparkan di salah forum popular di China dan kemudiannya menarik perhatian jutaan penduduk di sana.
Dan sekarang, dia dah sangat famous dan menjadi rebutan pelbagai pengiklanan di negara China.
07 November 2012
NURUL IZZAH AKAN SAMAN PEMUDA PAS?
Pemuda Pas telah 'mengajar' Nurul Izzah maksud ayat 256 al-Baqarah. Persoalannya, apakah anak Anwar Ibrahim mahu menyaman Pemuda Pas pula selepas ini?
KOTA BHARU - Dewan Pemuda Pas
semalam ‘menempelak’ Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataan kontroversinya
mengenai isu kebebasan beragama di negara ini yang didakwa Naib Presiden Parti
Keadilan Rakyat (PKR) itu sepatutnya diguna pakai secara sama rata termasuk
kepada orang Melayu.
Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abdul Abduh Nik Abdul Aziz berkata, ungkapan ‘tiada paksaan dalam agama’ daripada ayat 256 surah al-Baqarah adalah merujuk kepada hak bukan Islam untuk kekal dalam agama mereka sebebas-bebasnya dan ia sama sekali tidak melibatkan umat Islam.
Beliau berkata, sesuatu yang amat pelik dan tidak logik apabila mengatakan seorang yang lahir daripada ibu bapa yang beragama Islam, dianggap satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam.
“Seseorang yang dilahirkan sebagai seorang muslim merupakan satu anugerah Allah untuk dirinya. Ia tidak akan begitu bersusah payah mengenal Tuhannya sebagaimana bukan muslim. -UM
Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abdul Abduh Nik Abdul Aziz berkata, ungkapan ‘tiada paksaan dalam agama’ daripada ayat 256 surah al-Baqarah adalah merujuk kepada hak bukan Islam untuk kekal dalam agama mereka sebebas-bebasnya dan ia sama sekali tidak melibatkan umat Islam.
Beliau berkata, sesuatu yang amat pelik dan tidak logik apabila mengatakan seorang yang lahir daripada ibu bapa yang beragama Islam, dianggap satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam.
“Seseorang yang dilahirkan sebagai seorang muslim merupakan satu anugerah Allah untuk dirinya. Ia tidak akan begitu bersusah payah mengenal Tuhannya sebagaimana bukan muslim. -UM
06 November 2012
APABILA NURUL IZZAH BERCAKAP TENTANG HUKUM AGAMA?
Baru baru ini Nurul Izzah dengan selamba membuat kenyataan bahawa hak kebebasan memilih agama sepatutnya tidak terhad kepada non-muslim tetapi juga kepada orang melayu yang beragama Islam memcetuskan kembali satu isu fundamental...
Adakah orang melayu beragama Islam boleh murtad...?
Kenyataan tersebut jelas bercanggah dengan status dan kedudukan orang melayu yang sudah diterima umum sebagai beragama Islam. Malahan sudah dimaktubkan begitu rupa didalam Perlembagaan Persekutuan...!
Seharusnya bangsa Melayu wajar berbangga dan bersyukur kerana ia satu-satunya bangsa didunia ini yang bukan sahaja kewujudannya dikait-rapat dengan agama Islam; malah ia merupakan satu-satunya bangsa yang ditakrif ciri-ciri bangsanya dengan agama Islam saperti yang tercatat dalam Artikel 160 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan..!
Mencadangkan bangsa melayu wajar diberi kebebasan memilih agamanya selain Islam, boleh murtad dari agamanya Islam sama saperti cuba menghapuskan bangsa melayu itu sendiri...
Ianya satu penghinaan kepada bangsa melayu, agama Islam dan Perlembagaan Persekutuan. Malah ianya mencabar aqidah bangsa melayu secara langsung!
Pandangan dan pendirian Nurul Izzah ini adalah sangat merbahaya kepada keharmonian agama dan kaum. Sudah pasti ianya akan mencetuskan satu polemik yang yang bakal mengundang rasa tidak puas hati dan kemarahan orang melayu beragama Islam.
Baca selanjtnya di SINI.
Sementara itu, ayuh kita tonton video klip dibawah ini sebagai bukti betapa dangkalnya, betapa baghalnya, betapa bahalolnya dan betapa ceteknya pengetahuan Nurul Izzah mengenai hukum hakam agama...
01 November 2012
LAWATAN PERDANA MENTERI KE PULAU TUBA
LANGKAWI 31 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak
memberi khabar gembira buat 5,000 penduduk Pulau Tuba di sini apabila
mengumumkan pembinaan dua kabel elektrik dasar laut bagi menyelesaikan gangguan
elektrik di pulau tersebut.
"Kabinet telah meluluskan pembinaan kabel
dasar laut ini yang panjangnya hampir empat kilometer.
"Kita putuskan untuk bina dua kabel supaya
jika satu rosak, kabel kedua dapat berfungsi menyalurkan bekalan elektrik
kepada penduduk," katanya ketika berucap dalam Majlis Bersama Rakyat Pulau
Tuba di sini hari ini.
Kira-kira 3,000 penduduk Pulau Tuba dan Pulau
Dayang Bunting tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan Perdana Menteri
pada majlis tersebut.Najib turut merasmikan Klinik 1Malaysia di pulau
berkenaan.
Menurut beliau, dua kabel elektrik dasar laut
itu mampu bertahan sehingga 15 tahun.
"Sebelum ini, saya difahamkan penduduk
terpaksa menggunakan janakuasa diesel untuk menjana elektrik. Saya difahamkan
bekalan sering terganggu di sini.
"Oleh sebab itu, selepas projek ini siap,
penduduk di sini boleh menikmati bekalan elektrik tanpa gangguan lagi,"
ujarnya.
Dalam pada itu, Najib yakin Pulau Tuba akan
terus menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan
datang.
"Saya boleh nampak perkara ini sebab pada
Pilihan Raya Umum 2004 peratusan undi yang diperoleh BN ialah 93.7 peratus
manakala pada 2008, peratusan berkurang sedikit menjadi 83.4 peratus.
"Saya percaya pada pilihan raya akan datang
kita akan dapat sekurang-kurangnya 93 peratus undi," jelasnya.
22 October 2012
Pecat Ahmad Fisol Dari Terus Memalukan KCS!
Memang memalukan bagi seorang anggota Perkhimatan Tadbir
Negeri atau lebih dikenali sebagai Kedah Civil Servant (KCS) yang bertindak
tidak rasional dengan mencampur adukkan urusan pentadbiran dengan sentimen
politik kepartian.
Meskipun dia tidak cemerlang dalam tugasnya sebagai KCS
selama ini, Yang DiPertua (YDP) Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP), Ahmad Fisol
Md Nor, yang dilihat mahu lekas naik pangkat dan merebut JUSA di negeri Kedah
cuba menggunakan pengaruh politik untuk menjatuhkan individu yang dipilih DYMM
Sultan Kedah.
Hanya kerana sekeping surat yang memintanya bertukar ke
Majlis Daerah Kota Kuala Muda sebagaimana protokol biasa bagi seorang KCS,
Ahmad Fisol mengada-ngada enggan taat kepada arahan kehendak kerjayanya dan
mahu kekal di MDKP.
Kenapa dia tidak mahu bertukar ke Kota Kuala Muda dan
apakah dia mempunyai keistimewaan yang menegahnya dari ditukar untuk bertugas
di daerah lain? Nak tahu kenapa?
Khabarnya, Ahmad Fisol sebenarnya adalah seorang penjawat
awam yang menyokong penuh Pakatan Haram, khususnya PAS, dan dia begitu teruja
apabila partinya itu berjaya menawan Kedah pada PRU ke-12 pada tahun 2008.
Dalam diam, dia memasang angan-angan untuk lekas naik
pangkat meskipun dia bukanlah merupakan seorang senior atau anggota KCS yang
bijak buat kerja. Lihat saja rekod perkhidmatannya di Kubang Pasu yang
dipersoalkan pada laporan audit pada setiap tahun.
Meskipun begitu, dia tetap dengan angan-angannya yang
mengidam mahu menjawat sekurang-kurangnya JUSA C dan melayakkan dirinya untuk
menjadi SUK atau sekurang-kurangnya SFO (State Financial Officer) yang setaraf
dengan Exco Kerajaan Negeri. Maklumlah, dia orang PAS “totok”. sumber
19 October 2012
KUIN DIGADAI?
Menariknya bangunan yang dimiliki
KUIN di Mergong (jika benar digadaikan) ini bakal menjadi beban kepada pihak
KUIN sendiri satu hari kelak. Duit yang banyak perlu dicari untuk menebus
kembali bangunan tersebut.
Ianya bakal menjadi beban kepada
Kerajaan Negeri dan pengurusan KUIN sendiri. Ini adalah bunga-bunga kepada
keruntuhan sebuah institusi yang pada asalnya ingin memperkembangkan ajaran
Islam di Negeri Kedah.
Dek kerana kerakusan dan kegagalan
mentadbir, KUIN menghadapi perlbagai masalah, dari masalah kewangan anak-anak
syarikatnya hinggalah kepada masalah pengiktirafan ijazah yang dihasilkan. Sumber
18 October 2012
17 October 2012
MUSA HASAN MENYERTAI PAS?
Sebelum ini, Musa Hasan adalah individu yang
cukup dibenci oleh para penyokong Pakatan Rakyat. Apa fitnah yang tidak
dilemparkan kepada Musa Hasan, sehinggakan gambar-gambar orang lain yang sekali
imbas sepertinya sedang memotong kek perkahwinan dan menari pun dikatakan
sebagai Musa Hasan dengan isteri barunya. Semuanya dilakukan untuk mencalarkan
kredibilitinya ekoran samannya kepada Anwar Ibrahim dan peranannya dalam kes
liwat Anwar Ibrahim dengan pemandu peribadi Wan Azizah iaitu Azizan Abu Bakar.
Namun semalam,
apabila Musa Hasan yang mungkin tidak faham dan arif dengan sepak terajang
penipu seperti Anwar Ibrahim menarik balik samannya setelah diminta, dirayu dan
dimohon oleh Anwar Ibrahim, serta-merta para penyokong Pakatan Rakyat membuat
khabar angin kononnya Musa Hasan akan menyertai PAS seperti bekas Pengarah
Siasatan Jenayah Bukit Aman, Fauzi Shaari.
Hari
ini, Musa Hasan telah menafikan khabar-khabar angin tersebut malah menegaskan
yang dia lebih selesa dengan tidak menyertai mana-mana parti, atau dengan
kata-kata lain sebagai pengundi bebas yang tidak terikat dengan sentimen
kepartian apabila hendak mengundi. Sumber
LANGKAWI INTERNATIONAL MOUNTAIN BIKE CHALLENGE - STAGE 2
Wednesday 17th October
STAGE 2 – LANGKAWI EAST TO WEST (XCP)
45km - Eagle Square to Oriental Village
0800hrs Bag Transfer Opens
0900hrs Bag Transfer Closes
1100hrs Race Start - Men's Open
1105hrs Race Start - Women's Open
1110hrs Race Start - Men's Masters and Senior Men's Masters
1400hrs Prize Presentation
16 October 2012
LANGKAWI INTERNATIONAL MOUNTAIN BIKE CHALLENGE 2012
Days 2 : Tuesday 16th October
STAGE 1 – LANGKAWI ROUND ISLAND (XCM)
65km – Eagle Square – Eagle Square
1000hrs Race Start - Men's Open
1005hrs Race Start - Women's Open
1010hrs Race Start - Men's Masters & Senior Men's Masters
1500hrs Prize Presentation
Official Results
1st Lea Davidson (Team Specialized)
2nd. Nathalie Schneitter (Colnogo Sudtirol)
3th. Janka Stevkova (Team Slovakia)
DAP KEDAH TENTANG IKLAN BERUNSUR SOPAN
DAP
Kedah sekali lagi menegaskan mereka akan menentang undang-undang yang
berunsurkan Islam jika ia mahu dilaksanakan di negeri itu.
Pengerusinya, Lee Guan Aik berkata,
tindakan itu termasuk dalam soal pelaksanaan garis panduan papan iklan
antaranya menggunakan model berpakaian sopan dan perlu bertudung jika beragama
Islam.
Katanya, sebarang perkara berkaitan
undang-undang Islam perlu dipersetujui oleh semua parti dalam pakatan
pembangkang di peringkat Pusat dan negeri.
"DAP negeri sekali lagi ingin
menegaskan dan menjelaskan bahawa kami tidak akan memberi sokongan terhadap
undang-undang hudud atau apa sahaja berkaitan isu negara Islam," katanya
dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Guan Aik mengulas kenyataan Datuk
Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Datuk Mat Noh Ahmad berhubung garis
panduan pemasangan papan iklan di kawasannya yang meliputi penggunaan bahasa,
landskap dan pakaian model iklan.
Antara perkara yang ditekankan dalam
garis panduan itu ialah model dalam gambar perlu sopan dan berpakaian tidak
menjolok mata dan jika model itu beragama Islam, dia perlulah menutup aurat.
Guan Aik berkata, kenyataan Datuk
Bandar tersebut cuma merupakan pendirian peribadinya kerana garis panduan yang
dicadangkan itu tidak selari dengan peraturan dalam Undang-undang Kecil Majlis
Perbandaran Kota Setar (MPKS) 1992. sumber
15 October 2012
LANGKAWI INTERNATIONAL MOUNTAIN BIKE CHALLENGE 2012 - INDIVIDUAL TIME TRIAL
PROLOGUE - INDIVIDUAL TIME TRIAL
Monday 15th October
PROLOGUE - INDIVIDUAL TIME TRIAL (1.8km – Eagle Square/Lagenda Park)
0800hrs Event Signing-On Opens
1100hrs Event Signing On Closes
1100hrs Rider Briefing Commences
1200hrs Rider Briefing Ends
1501hrs First Rider Starts (then at 20second intervals)
1748hrs Last Rider Starts
1752hrs Last Rider Finishes
1805hrs Prize Presentation
Official Results
1st. 5:44,189 Nathalie Schneitter
2nd. 5:51,272 Eva Lechner (Italy - Colnago Sudtirol)
3rd. 5:55,620 Lea Davisan (USA - Team Specialized)
Monday 15th October
PROLOGUE - INDIVIDUAL TIME TRIAL (1.8km – Eagle Square/Lagenda Park)
0800hrs Event Signing-On Opens
1100hrs Event Signing On Closes
1100hrs Rider Briefing Commences
1200hrs Rider Briefing Ends
1501hrs First Rider Starts (then at 20second intervals)
1748hrs Last Rider Starts
1752hrs Last Rider Finishes
1805hrs Prize Presentation
1st. 5:44,189 Nathalie Schneitter
2nd. 5:51,272 Eva Lechner (Italy - Colnago Sudtirol)
3rd. 5:55,620 Lea Davisan (USA - Team Specialized)
14 October 2012
LANGKAWI INTERNATIONAL MOUNTAINBIKE CHALLENCE 2012
Steffen Thum, juara keseluruhan siri dunia MTB maraton UCI 2011-2012, dijangka mencuri tumpuan pada edisi ketiga Cabaran Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) 15-20 Oktober 2012.
Thum akan ditemani rakan senegaranya dari Jerman, Simon Gegenheimer yang menduduki tengga keempat keseluruhan siri MTB maraton UCI, sebagai dua wakil pasukan Ultra Sports Rose Racing yang dijangka mempu mencabar juara tertahan Karl Platt dan jaguh Olimpik dari Afrika Selatan, Burry Stander.
"Peluang menamatkan musim di Langkawi, antara destinasi tercantik di dunia, cukup menyeronokkan, kami bersedia menyahut cabaran LIMBC," kata Thum.
Sunday 14th October
All off-road courses open for Rider Training LIMBC JAMBOREE - 40 kms.
(Public fun ride - open to all)
0900hrs Flag-off of LIMBC Jomboree
1300hrs Prizes Lucky Draw
1400hrs END.
Subscribe to:
Posts (Atom)