Pelakon kontroversi, Lana Nordin
akui tidak kisah jika imejnya yang menampakkan sebahagian lurah buah dada
terdedah di dalam filem Pontianak Vs Orang Minyak telah dieksploitasikan oleh
pengarahnya, Afdlin Shauki.
Malah, Lana Nordin yang juga
dikenali sebagai Pamela Anderson Malaysia itu memberitahu dia melihat senario
itu sebagai satu kerjasama win win situation kerana sudah lama dia teringin
untuk bekerjasama dengan pengarah tersebut dan buat pertama kalinya dia juga
berpeluang berlakon di dalam sebuah filem komedi.
“Jika benar Afdlin ingin
mempergunakan diri saya, begitu juga dengan saya, kerana tawaran yang saya
terima ini sangat baik dan saya mempergunakan tawaran ini untuk menonjolkan
watak saya sebagai pelakon komedi buat pertama kalinya.
“Terus-terang, pada mulanya saya
agak ragu-ragu juga hendak berpakaian sebegitu ketika penggambaran tetapi
Afdlin Shauki meyakinkan saya semuanya akan berjalan dengan lancar dan
kebetulan Lembaga Penapisan Filem (LPF) juga melepaskan babak saya. -Murai.com
No comments:
Post a Comment