Memang memalukan bagi seorang anggota Perkhimatan Tadbir
Negeri atau lebih dikenali sebagai Kedah Civil Servant (KCS) yang bertindak
tidak rasional dengan mencampur adukkan urusan pentadbiran dengan sentimen
politik kepartian.
Meskipun dia tidak cemerlang dalam tugasnya sebagai KCS
selama ini, Yang DiPertua (YDP) Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP), Ahmad Fisol
Md Nor, yang dilihat mahu lekas naik pangkat dan merebut JUSA di negeri Kedah
cuba menggunakan pengaruh politik untuk menjatuhkan individu yang dipilih DYMM
Sultan Kedah.
Hanya kerana sekeping surat yang memintanya bertukar ke
Majlis Daerah Kota Kuala Muda sebagaimana protokol biasa bagi seorang KCS,
Ahmad Fisol mengada-ngada enggan taat kepada arahan kehendak kerjayanya dan
mahu kekal di MDKP.
Kenapa dia tidak mahu bertukar ke Kota Kuala Muda dan
apakah dia mempunyai keistimewaan yang menegahnya dari ditukar untuk bertugas
di daerah lain? Nak tahu kenapa?
Khabarnya, Ahmad Fisol sebenarnya adalah seorang penjawat
awam yang menyokong penuh Pakatan Haram, khususnya PAS, dan dia begitu teruja
apabila partinya itu berjaya menawan Kedah pada PRU ke-12 pada tahun 2008.
Dalam diam, dia memasang angan-angan untuk lekas naik
pangkat meskipun dia bukanlah merupakan seorang senior atau anggota KCS yang
bijak buat kerja. Lihat saja rekod perkhidmatannya di Kubang Pasu yang
dipersoalkan pada laporan audit pada setiap tahun.
Meskipun begitu, dia tetap dengan angan-angannya yang
mengidam mahu menjawat sekurang-kurangnya JUSA C dan melayakkan dirinya untuk
menjadi SUK atau sekurang-kurangnya SFO (State Financial Officer) yang setaraf
dengan Exco Kerajaan Negeri. Maklumlah, dia orang PAS “totok”. sumber
No comments:
Post a Comment