17 October 2012

MUSA HASAN MENYERTAI PAS?



Sebelum ini, Musa Hasan adalah individu yang cukup dibenci oleh para penyokong Pakatan Rakyat. Apa fitnah yang tidak dilemparkan kepada Musa Hasan, sehinggakan gambar-gambar orang lain yang sekali imbas sepertinya sedang memotong kek perkahwinan dan menari pun dikatakan sebagai Musa Hasan dengan isteri barunya. Semuanya dilakukan untuk mencalarkan kredibilitinya ekoran samannya kepada Anwar Ibrahim dan peranannya dalam kes liwat Anwar Ibrahim dengan pemandu peribadi Wan Azizah iaitu Azizan Abu Bakar.
Namun semalam, apabila Musa Hasan yang mungkin tidak faham dan arif dengan sepak terajang penipu seperti Anwar Ibrahim menarik balik samannya setelah diminta, dirayu dan dimohon oleh Anwar Ibrahim, serta-merta para penyokong Pakatan Rakyat membuat khabar angin kononnya Musa Hasan akan menyertai PAS seperti bekas Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Fauzi Shaari.

Hari ini, Musa Hasan telah menafikan khabar-khabar angin tersebut malah menegaskan yang dia lebih selesa dengan tidak menyertai mana-mana parti, atau dengan kata-kata lain sebagai pengundi bebas yang tidak terikat dengan sentimen kepartian apabila hendak mengundi. Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...