Sejak Kelantan berjaya membenamkan cabaran ATM dalam
perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 di Shah Alam tempoh hari, banyak yang
diperkatakan mengenai isu perpindahan para pemain Malaysia. Satu kuasa besar
baru yang muncul di Johor dengan TMJ mengorak langkah merubah landskap bola
sepak tempatan dengan tujuan menaikkan kembali nama gah, Johor.
Khairil Muhaimin dan Badrol Badkhtiar , 2 nama yang
cukup sinonim dengan Kedah dan antara yang paling diburu dalam 2 musim ini.
Dengan Kedah terpaksa bermain di Liga Perdana musim depan, kesetiaan dua pemain
ini sekali lagi akan teruji. Sebelum ini dua pemain ini memberi bayangan akan
terus bersama Kedah tetapi dengan Kelantan, Johor, Terengganu dan Selangor mahu
mendapatkan mereka, pasti mereka akan berfikir panjang untuk karier bola sepak
mereka.
Tak Kurang hebatnya... dengan penolong jurulatih Kedah
, yang juga bekas pemain terhebat sepanjang zaman pasukan Kedah Saudara Radhi
Md Din... Desah desus mengatakan yang beliau akan bersara untuk menumpukan
perhatian kepada Politik.
Ini di dedahkan oleh Sumber : dari FB DahliaB. Lada Selama ini pun, Ramai peminat yang sudah mengetahui
yang saudara Radhi AKTIF BERPOLITIK ketika beliau membimbing Pasukan kenari.
No comments:
Post a Comment