KUALA LUMPUR 28 Nov. - Tiga sayap UMNO hari ini
dengan penuh bersemangat melaungkan keazaman untuk bertarung habis-habisan bagi
memastikan kejayaan cemerlang Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum
Ke-13.
Tekad berkenaan dilafazkan oleh Ketua Wanita
UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin
dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin ketika menyampaikan
ucapan dasar di perhimpunan agung sayap masing-masing di Pusat Dagangan Dunia
Putra (PWTC), di sini, hari ini.
Shahrizat ketika menyampaikan ucapan bertemakan,
Masa Depan UMNO:
Beranjak Untuk Melonjak Ke Arah Kemenangan" berkata, beliau amat yakin
seramai 230,000 jentera pergerakan itu bersiap sedia sepenuhnya untuk
mempertahankan kemenangan BN.
Tindakan Pakatan Rakyat yang mengambil langkah terbaru mengangkat dan memperjuangkan martabat wanita menerusi Perbentangan Bajet 2012 Alternatif mereka dilhat 'sudah terlambat'.
Sambil mengecam tindakan tersebut, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan Wanita UMNO telah sekian lama memperjuangkan maruah dan hak wanita di Negara ini sejak mula penubuhan UMNO sekian lama dahulu.
"Forget it! (Lupakan!) Puan-puan semua sudah mendahuluinya, (Pembangkang) 66 tahun terlambat. Bukan nak mengata, tapi saya nak geleng kepala, tergedek-gedek baru nak melancarkan,"
Beliau berkata, realiti sebenar
keputusan terbaru gabungan kerjasama politik pimpinan Ketua Pembangkang Datuk
Seri Anwar Ibrahim itu tidak releven pada masa kini.
Katanya, Wanita UMNO sehingga hari
ini tidak pernah terlepas pandang malah mempertingkatkan lagi usaha
memartabatkan kaum Hawa sehingga berjaya melahirkan beberapa tokoh dari
pelbagai bidang yang diikhtiraf dalam dan luar Negara.
"Hasil perjuangan kita bersama,
maka lebuh raya politik, ekonomik dan sosial telah diperlebarkan untuk wanita
Malaysia, terutamanya dalam 10 tahun kebelakangan ini sejak pengujudan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
"Saya cukup teruja dan juga
terharu dengan pencapaian yang telah dicapai di atas," ujar Shahrizat.
Beliau berkata demikian susulan
pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menjelaskan,
Bajet 2013 Pakatan bakal memperuntukkan RM 4.5 bilion menerusi Agenda Wanita
Malaysia (AWM) berbanding hanya RM450 juta oleh BN yang didakwa membuktikan
ketidakperihatinan kerajaan terhadap sumbangan kaum wanita di negara ini.
No comments:
Post a Comment