06 November 2012

APABILA NURUL IZZAH BERCAKAP TENTANG HUKUM AGAMA?



Baru baru ini Nurul Izzah dengan selamba membuat kenyataan bahawa hak kebebasan memilih agama sepatutnya tidak terhad kepada non-muslim tetapi juga kepada orang melayu yang beragama Islam memcetuskan kembali satu isu fundamental...

Adakah orang melayu beragama Islam boleh murtad...?

Kenyataan tersebut jelas bercanggah dengan status dan kedudukan orang melayu yang sudah diterima umum sebagai beragama Islam. Malahan sudah dimaktubkan begitu rupa didalam Perlembagaan Persekutuan...!

Seharusnya bangsa Melayu wajar berbangga dan bersyukur kerana ia satu-satunya bangsa didunia ini yang bukan sahaja kewujudannya dikait-rapat dengan agama Islam; malah ia merupakan satu-satunya bangsa yang ditakrif ciri-ciri bangsanya dengan agama Islam saperti yang tercatat dalam Artikel 160 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan..!

Mencadangkan bangsa melayu wajar diberi kebebasan memilih agamanya selain Islam, boleh murtad dari agamanya Islam sama saperti cuba menghapuskan bangsa melayu itu sendiri...

Ianya satu penghinaan kepada bangsa melayu, agama Islam dan Perlembagaan Persekutuan. Malah ianya mencabar aqidah bangsa melayu secara langsung!

Pandangan dan pendirian Nurul Izzah ini adalah sangat merbahaya kepada keharmonian agama dan kaum. Sudah pasti ianya akan mencetuskan satu polemik yang yang bakal mengundang rasa tidak puas hati dan kemarahan orang melayu beragama Islam.

Baca selanjtnya di SINI.

Sementara itu, ayuh kita tonton video klip dibawah ini sebagai bukti betapa dangkalnya, betapa baghalnya, betapa bahalolnya dan betapa ceteknya pengetahuan Nurul Izzah mengenai hukum hakam agama... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...