12 December 2012

PAS TIPU RAKYAT , TANAH WAKAF PONDOK TARBIYAH AWLDIYAH DIJADIKAN MARKAS?

PENDANG 10 Dis. - Sekumpulan penduduk dari sekitar Kampung Huma Besar, di sini membuat laporan polis kerana mendakwa kepimpinan Pas mahu mengambil alih tanah wakaf Pondok Tarbiyah Awladiyah di kampung itu untuk dijadikan pusat pengajian dan markas parti tersebut.

Laporan polis itu dibuat oleh wakil mereka, Zolkfli Deris, 50, di Balai Polis Kubur Panjang, di sini kira-kira pukul 11.45 pagi ini bagi menghalang kepimpinan, ahli atau penyokong Pas memonopoli institusi pondok untuk mengembangkan ideologi politik mereka.

Zolkfli mendakwa, kepimpinan Pas hanya menggunakan alasan mahu membina pusat pendidikan bagi mengambil alih kawasan tanah wakaf seluas kira-kira dua hektar itu yang pernah menjadi tempat pengajian agama berkonsepkan pondok sejak awal 50-an.

"Itu semua hanya alasan lama yang berulang. Alasan hendak buat pusat pendidikan tapi akhirnya mereka bercadang untuk membuat markas Pas bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tiang.

"Jadi kita pertahankan tanah yang telah diwakafkan oleh orang tua-tua dahulu demi kebaikan pendidikan di sini," katanya di sini hari ini.

Selepas membuat laporan polis, kumpulan tersebut turut berhimpun secara aman di tapak tanah wakaf berkenaan dengan memegang sepanduk antaranya tertera tulisan 'Pas perosak Pondok Awladiyah'.

Zolkfli yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Huma Besar mendakwa, dalam kalangan waris memang tidak bersetuju tanah wakaf pondok berkenaan diambil untuk dijadikan markas Pas.Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...