26 November 2012

PERSIDANGAN DUN KEDAH PANAS



Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah untuk Sidang Bajet 2013 telah pun berakhir dan ianya merupakan Sidang Bajet kelima bagi Pakatan Rakyat Kedah, malah merupakan yang terakhir sebelum PRU13. Sidang Bajet selama tiga hari ini, nampaknya telah dipergunakan secara optima oleh wakil-wakil pembangkang Kedah untuk mendapatkan penjelasan serta jawapan daripada pihak kerajaan negeri yang diterajui oleh Azizan Abdul Razak.
Ramai yang menganggap dan bersetuju, sidang kali ini adalah yang paling hangat walaupun ianya tidak pernah mengatasi negeri-negeri lain.
Akhirnya apa yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan rakyat Kedah, malahan rakyat Malaysia yang sudah sedia maklum dengan sidang 1 jam setengah oleh PAS Kedah, menjadi kenyataan. Wakil-wakil Kerajaan Negeri Kedah terpaksa berhadapan dengan banyak persoalan yang menimbulkan kemusykilan seperti kerugian jutaan ringgit daripada pelaburan labu peram di Papua New Guinea, KUIN yang bakal diserahkan kepada sebuah syarikat dari Turki, penderhakaan Ahli-Ahli Majlis PBT terhadap DYMM Sultan Kedah, penebangan balak tidak terkawal di hutan simpan kekal serta pertambahan pusat-pusat hiburan.
Antara orang Kerajaan Negeri Kedah yang cuba mempertahankan diri adalah Amiruddin Hamzah. Amiruddin tidak menjawab tentang kerugian serta kerosakan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kedah di bawah PAS Kedah, sebaliknya cuba mengorek pelbagai projek di bawah Kerajaan Negeri terdahulu sehingga akhirnya dibidas oleh bekas Menteri Besar Kedah, Mahdzir Khalid.
Malah Mahdzir Khalid turut mencabar agar pentadbiran Kedah sekarang, menyeretnya ke SPRM dan membentangkan semua salah laku selain penyelewengan sepertimana yang didakwa oleh Amiruddin Hamzah.
Hasilnya, Amiruddin Hamzah yang diketahui mempunyai kecenderungan besar untuk menjadi Menteri Besar Kedah menggantikan Azizan Abdul Razak, hilang suara dan hilang telur. Apatah lagi, beberapa projek peribadi Amiruddin yang mendapat pembiayaan serta top-up daripada Kerajaan Negeri Kedah, turut disentuh oleh ADUN-ADUN UMNO-BN.
Bukti telah diminta daripada pendedahan yang kononnya dibuat oleh Amiruddin. Bagaimanapun, seperti biasa, Amiruddin yang gila menggoreng, terus menggoreng dengan penuh bergaya tanpa sedikit pun atau sebatang angka pun ditunjukkan tentang penyelewengan yang dikatakannya itu. Sebaliknya, masalah-masalah yang disebut, semuanya melibatkan teknikal, bukannya penyelewengan. Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...