29 April 2012

PEMBONGKARAN SIAPA SEBENARNYA AMBIGA??




Sedikit maklumat mengenai siapakah sebenarnya Ambiga Sreenevasan (Ambiga Srinevasan). Hasil kajian maklumat yang diperolehi daripada beberapa sumber rujukan.
1. Bekas  Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima  memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos  2001. Majlis Peguam menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan  IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan;
2.  Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga mempertikaikan pelaksanaan hukum  syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan  kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam; dan
3. Beliau turut mengadakan forum mengenai agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincang dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan orang Islam, Majlis Peguam yang diterajui Ambiga tetap meneruskan forum itu. 


Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan telah menerima Anugerah Keberanian Wanita Antarabangsa yang berprestij dari Hillary Clinton Setiausaha Negara Amerika Syarikat pada 9 Mac 2009. Ambiga adalah merupakan salah seorang di antara lapan wanita di seluruh dunia yang diiktiraf bagi keberanian yang luar biasa dan kepimpinan mereka dalam membela hak-hak wanita dan kemajuan. Dalam satu kenyataan, kedutaan Amerika Syarikat berkata Ambiga telah diberi penghormatan untuk memperjuangkan kedaulatan undang-undang dan memajukan hak asasi manusia, taraf wanita dan toleransi agama di Malaysia.


  


28 April 2012

AMBIGA PERLU BERTANGGUNGJAWAB BERSIH3.0






Ambiga perlu bertanggungjawab diatas perlakuan biadap pendemo haram. DUDUK BANTAH BERSIH3.0 telah menjadikan KL huru hara sehinggakan wartawan dan anggota POLIS dipukul, banyak jalan ditutup, kedai ditutup,pemandu teksi tidak dapat beroperasi dan orang ramai dalam ketakutan.
Inilah perangai kebinatangan BERSIH 3.0 dan srikandi Ambiga tersenyum lebar kerana berjaya mencemarkan Malaysia sebagai negara harmoni.
TOLAK BERSIH 3 = TOLAK PEMBANGKANG

#Bersih3 : LATEST PHOTOS FROM PETALING STREET !!





Kawasan sekitar Petaling Street dipenuhi dengan golongan berbangsa cina dan kelihatan mereka semua bertindak macam KL ni diorang punya pulak. Mereka tidak berhenti-henti physcho pihak PDRM supaya bertindak. Namun tindakan mereka gagal. Tahniah PDRM!


DATARAN MERDEKA DITUTUP - ARAHAN MAHKAMAH MAJISTRET KL


KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam mengeluarkan perintah bahawa penganjur Bersih 3.0 dan orang ramai tidak boleh memasuki kawasan Dataran Merdeka hari ini.


Malah, perintah itu juga melarang penganjur Bersih 3.0 dan orang ramai daripada berkumpul di Dataran Merdeka mulai tengah malam ini sehingga 1 Mei.



Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir kira-kira 8.30 malam tadi ekoran permohonan pihak polis.

BANTAH BERSIH 3.0 = TOLAK PAKATAN RAKYAT



27 April 2012

TERKINI RUSUHAN SERTA PROVOKASI BERMULA





Keadaan masih terkawal, cuma mereka sedang menghalang lalulintas di sini dan membuat bising. Lihat saja gambar2 ini, inikah perhimpunan aman yang mereka katakan??? HAPRAK

"KATAKAN TIDAK KEPADA BERSIH"





GEMPAR!! BERSIH 3.0 DAN TUNTUTAN BERSIH YANG SEBENARNYA

DENGAN slogan Duduk Bantah, mungkin sesiapa yang terlibat dalam Bersih 3.0 ini tidak dibenarkan berdiri. Hahaha… #LOL! Apa sebenarnya Bersih 3.0 mahukan? Apakah Yang Bersih 3.0 ini tuntut? Semua kenyataan di bawah akan menrugkai segala misteri Bersih 3.0 Duduk Bantah!

Apa yang kita tahu mengenai Bersih 3.0?  Apakah tuntutan mereka?
1.      Bersihkan senarai undi
2.      Reformasikan Undi Pos
3.      Gunakan Dakwat Kekal
4.      Akses Media yang Bebas dan Adil
5.      Tempoh Kempen Minima 21 Hari
6.      Kukuhkan Institusi Awam
7.      Hentikan Rasuah
8.      Hentikan Politik Kotor

Dan apa yang kita tahu mengenai Bersih 2.0? Apakah tuntutan mereka?
1.      Bersihkan senarai undi
2.      Reformasikan Undi Pos
3.      Gunakan Dakwat Kekal
4.      Akses Media yang Bebas dan Adil
5.      Tempoh Kempen Minima 21 Hari
6.      Kukuhkan Institusi Awam
7.      Hentikan Rasuah
8.      Hentikan Politik Kotor

Dan inilah antara perkembangan yang terjadi antara jangkamasa Bersih 2.0 iaitu 9 Julai 2011 dan Bersih 3.0 yang bakal diadakan pada 28 April 2012.
Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang dianggotai oleh wakil kerajaan dan pembangkang, serta bebas untuk mengkaji mengenai penambahbaikan sistem pilihanraya.   Berdasarkan apa yang dicadangkan oleh jawatankuasa tersebut dengan merujuk kepada tuntutan Bersih, berikut adalah apa yang diumumkan oleh SPR pada 19 April lalu:

Bersihkan senarai undi
-
SPR juga bersetuju untuk menguakuatkuasakan undang-undang sedia ada mengenai mereka yang memberi maklumat palsu ketika mendaftar sebagai pengundi.  SPR setuju untuk membersihkan senarai undi dan menyelidik berkenaan kes di mana terdapat begitu ramai pengundi di alamat yang sama.
Reformasikan Undi Pos
-
Rakyat Malaysia yang berada di luar negara juga boleh mengundi melalui pos Walaubagaimanapun, SPR tidak akan menubuhkan stesyen mengundi di negara-negara luar kerana ia amat sukar dilakukan.  Ini kerana setiap pengundi pos dari luar negara ini perlu berdaftar mengikut kawasan mengundi yang berlainan mengikut alamat mereka ketika di sini.
Gunakan Dakwat Kekal
-
Awal tahun ini, SPR telah meluluskan penggunaan dakwat kekal
Akses Media yang Bebas dan Adil
-
SPR juga bersetuju mengambil langkah memberi akses media secara adil kepada semua parti politik dan calon-calon bertanding.   Semua media perlu berdaftar dengan pegawai di kawasan undian masing-masing dan permohonan mereka perlu diluluskan oleh organisasi media yang mereka wakili.
Tempoh Kempen Minima 21 Hari
-
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah bersetuju menambah tempoh kempen pilihanraya daripada 7 hari kepada 10 hari.

Jelas, 5 dari tuntutan nyata Bersih telah pun diberi perhatian  Sementara, tuntutan bersifat umum iaitu 6. Kukuhkan Institusi Awam, 7. Hentikan Rasuah dan 8. Hentikan Politik Kotor telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan secara berterusan dari dahulu hingga sekarang.   Dengan transformasi yang dilakukan, integriti institusi awam semakin menyerlah dan ini dapat dilihat sendiri melalui maklumbalas rakyat.

Kesungguhan kerajaan menangani rasuah sudah pun terbukti dengan kes-kes besar di dalam imigresen, kastam malah pemimpin politik sendiri, disiasat dan ditangkap.  Semuanya berjalan dengan lancar dan professional.  Hanya apabila kes melibatkan pemimpin pemimpin pembangkang sahaja maka siasatan mengalami gangguan, contohnya kes penyalahgunaan wang negeri oleh pemimpin DAP yang membawa kepada kematian saksi penting SPRM.
Dari satu segi atau dari segenap segi, Bersih itu sendiri adalah lahir dari politik kotor, maka bagaimana pula Bersih ingin menuntut agar politik kotor dihentikan?  Bersih didalangi pembangkang dan dibiayai oleh NDI iaitu agensi asing yang tugasnya ialah menjatuhkan kerajaan yang sah.  Ini diakui sendiri oleh Ambiga Sreevanesan, Pengerusi Bersih 2.0.

Jika ini tidak benar, apa gunanya menuntut kempen 21 hari yang menjadi punca tragedi 13 Mei 1969?   Tidak lain tidak bukan, Bersih ingin sangat mengulangi tragedi itu, kalaupun tidak sekadar mencetus huru-hara.  Untuk pengetahuan semua, mencetus huru-hara adalah strategi penting dalam menjatuhkan kerajaan sepertimana yang diajar oleh NDI kepada mereka.
Dengan kesemua tuntutan Bersih telah pun didengari, diberi perhatian, dipersetujui dan diambil tindakan sewajarnya, apa perlunya lagi berdemonstrasi pada 28 April ini?
Kini sudah terang lagi bersuluh bahawa Bersih hanya ingin mencetuskan kekecohan dan huru-hara dalam negara.  Selain itu, Bersih juga perlu bagi pembangkang sebagai alasan untuk menolak keputusan pilihanraya sekiranya mereka kalah teruk dalam PRU yang akan datang.
Kita pasti, walaupun senarai undi benar-benar bersih dan negara benar-benar sifar rasuah sekali pun, Bersih tetap akan menafikan dan mencari alasan untuk mengadakan demonstrasi.  Dan percayalah, jika mereka masih tidak berjaya menjatuhkan kerajaan, kita bakal menyaksikan Bersih 4.0, 5.0 dan seterusnya dengan senarai tuntutan yang sama seperti 2.0 dan 3.0 di atas.
Kerana bagi mereka, hanya apabila pembangkang menang walaupun dengan majoriti rakyat TIDAK mengundi mereka, maka pilihanraya itu akan diiktiraf sebagai bersih.


25 April 2012

GEMPAR SRIKANDI7 DI TAMAN DAHLIA



Semalam bertempat di Taman Dahlia, Langkawi Srikandi7 berjaya memukau 2,000 ribu orang yang datang mendengar ceramah. KP berkesempatan mendengar pembongkaran keDAJALan Anwar Ibrahim. Srikandi ceritakan macam mana kronologi perangai liwat Anwar terhadap drivernya Azizan dan juga berkenaan hubungan SULIT Anwar denagn isteri Azmin..


Rajah kronologi 
Srikandi7 disambut oleh ribuan peminat serta penduduk setempat
 Barisan urusetia UMNO Bhg diketuai oleh sdr Mansor Bahari 
 Srikandi7 sedang berceramah "Bongkar siapa Anwar Ibrahim"
 Sebahagian penonton yang membanjiri Tmn Dahlia 
Sebahagian para penonton dan banyak lagi di bahagian belakang

Berikut adalah cerita Srikandi7

1. Anwar dipenjara 6 tahun kerana salah guna kuasa pada 17/8/1997 kerana menangkap dan menyiksa Ummi Hafilda. Anwar dijatuhkan 9 tahun penjara kerana meliwat Azizan Abu Bakar. jumlah tahun dipenjara ialah 15 tahun. tetapi sayangnya Pak Lah dan KJ telah bebaskan Anwar.
2. Sajak Anwar puji Mahathir " Aangkut2 terbang ke langit, mati disambar siburung merbah. Bertangkup bumi dengan langit, Kesetiaan saya tidak berubah" sehari dipecat, Tun mahafiraun, mamak kutty, mahazalim. Ini lah Anwar munafik
3.  Anwar Ibrahim [31/8/1998] "Saya berdiri teguh dibelakang Dr Mahathir, Nakhoda saya satu, Ketua saya hanya satu, tetapi selang dua hari [2/9/1998], Mahathir Maha Firaun, Maha Zalim, Diktator"
4. Ekonomi Malaysia runtuh kerana berbilion wang negara telah dilarikan oleh Anwar dan disimpan diluar negara.
5. Selamatkan Malaysia daripada orang yang Nabi Muhammad tidak mengaku umat iaitu Anwar Ibrahim
6. Anwar belanja lebih 100 juta ringgit untuk menjatuhkan Tun Ghafar Baba pada tahun 1993
7. Sejumlah 8 kementerian dipegang oleh Anwar semasa Tun Mahathir jadi PM. tetapi Allah tak restu Anwar. akhirnya Anwar disingkirkan. Pas pada ketika itu mencela Anwar kerana gagal mengawal BLR pada masa tu.
8. Setiap hari Selasa Wan Azizah pasang colok hindu dalam rumah terutama dari tangga hingga ke muka pintu.
9. Dato Nallakarupan adalah tukang supply bomoh kepada Anwar , kini tulang supply ialah Dato Ravi. dia lah yang kata 16 September Anwar confirm jadi PM.
10. Seorang bomoh duduk belakang gosok dua batu utk menutup mulut Ummi Hafilda yang suka buat fitnah.
11.Anwar percaya kepada kuasa mistik dan tahyol. masa di mahkamah Anwar pakai cincin penuh jari.
12.Tak cukup dengan 13 peguam, Anwar bawa bomoh afrika, siam, india, bali dan lain-lain negara untuk menang dalam kes liwat. tapi anwar dipenjarakan juga.
13. dalam kes liwat Anwar vs Azizan Abu Bakar. Anwar guna 13 peguam. Jika Anwar berpihak yang benar, tak perlu seorang pun peguam. Sah Anwar munafik.
14.MF dan yahudi datang ke Kuala Lumpur untuk mendesak Tun Mahathir mengambil duit IMF. Anwar tersenyum menanti dengan sabar supaya Tun Mahathir cepat-cepat tanta tangan pinjamn IMF. tetapi kebijaksaan Tun, Yahudi balik dengan tangan kosong. Anwar terkedu menggigit jari.
15.Rashid dibawa oleh Anwar untuk duduk dirumah Anwar selepas keluar dari penjara. Wan Azizah tahu Anwar meliwat Rashid, wan azizah lipat kain, anwar balun rashid.
16.Anwar munafik , masa perbicaraan pakai kerusi roda dan cervical colar, bila dah bebas tak pakai lagi- masa balun cina doll tak sakit pinggang pun.
17.Karisma Advertising milik Ummi Hafilda rugi jutaan ringgit kerana semua kontrak dibatalkan oleh Anwar. - Ummi Hafilda
18.Azmin berkata kepada ayahnya, "jika PKR menang dalam PRU , Raja-raja Melayu akan dihalau, Anwar jadi Presiden dan Azmin akan jadi Naib Presiden"
19.semasa anwar menjadi menteri kewangan. BLR naik dan tukaran wang jatuh, ramai orang cina bunuh diri kerana menanggung hutang yang banyak,
20.Jika Anwar ikhlas dalam perjuangan membela rakyat dia harus mengikut jejak Al Bukhary yang banyak membantu rakyat. bukan menghabiskan wang untuk menjahanamkan negara bangsa. ummi hafilda.
21.Apa guna punya abang (azmin) jika hidupnya penuh lendir dan wang haram - Ummi Hafilda.
22.Ummi dituduh oleh Anwar dan konco Pas dan Pkr kononnya mendapat upah dari Tun Mahathir dan Tun Daim. malam tadi Ummi bersumpah dengan nama Allah bahawa 22 muka surat yg ditulis beliau kpd Tun Mahathir adalah kerana bangsa, agama dan negara bukan kerana diupah- ummi hafilda
23.Azmin Ali bawa ratusan juta duit note RM 1000 dan RM 500, simpan bawah tanah dalam rumah dia. simpan dalam tin. tujuan duit ialah untuk rasuah Ketua Umno Bahagian supaya mencalonkan dia menjadi Timbalan Presiden menewaskan Tun Ghafar Baba.
24.Azmin Ali , 13 tahun tanpa kerja tetap tetapi mampu hidup mewah, rumah besar, kereta bergelempangan dilaman rumah, terbang kesana sini, tidur di hotel mahal bertaraf suite. mana datang duit Azmin?

24 April 2012

BONGKAR SIAPA ANWAR IBRAHIM??


Malam ni bertempat Taman Dahlia, Kuah, Langkawi Srikandi7 akan datang lagi ke Langkawi berceramah dan membongkarkan "siapa ANWAR IBRAHIM". KP tidak sabar lagi untuk mendengar pendedahan beliau.KP terfikir juga kenapa ANWAR tidak menyaman beliau?? apakah ANWAR setuju apa yang dibongkarkan oleh beliau itu betul?. Apa pun marilah kita sama-sama mendengar dari mulut srikandi7 sendiri..


KP -  sama-sama kita tolak manusia bernama ANWAR IBRAHIM

17 April 2012

TAHNIAH USTAZ AZIZAN... JASA MU DIKENANG

Pembalakan tidak bertanggungjawab 
berleluasasehingga menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang sebelum ini belum pernah mengalami banjir.  Walaupun kerajaan Kedah menyalahkan kelulusan permit balak oleh kerajaan Barisan Nasional terdahulu, namun mereka tidak mampu menjawab kenapakah tempoh permit yang luput setiap tahun itu terus diluluskan oleh kerajaan PAS pula.Di dalam Buku Jinggay, PR mengulangi janji mengenai  Alam sekitar iaitu akan memastikan segala aktiviti pembalakan dan penebangan hutan dikawal.


Bagaimana mereka boleh memenuhi janji ini jika janji yang sama dalam Manifesto 2008 juga tidak ditunaukan malah menambahkan lagi kerosakan alam sekitar?, tambah pula kerajaan Kedah telah dengan selambanya menaikan tarif air domestik sehingga 44% atau 10 sen per meter padu.



Azizan tuduh kerajaan BN dahulu yang menyebabkan PAS naikan tarif air..tuduhan tersebut sebenarnya tidak berkaitan langsung kerana kenaikan harga air di bawah tanggungjawab dan kuasa kerajaan negeri. Kerajaan pusat tiada kuasa untuk memaksa kerajaan negeri naikkan harga air.

16 April 2012

RAJA-RAJA MELAYU TIDAK PENTING, YANG UTAMA KERJASAMA PAS & DAP



ALOR SETAR - Pas menyifatkan dakwaan kononnya pemimpin pembangkang menghina Raja-raja Melayu sebagai helah menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi menenggelamkan isu yang lebih penting yang dibangkitkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, isu terbabit sengaja ditimbulkan di saat PRU13 semakin hampir bagi menutup isu sebenar.

“Saya anggap itu berita PRU13. Isu ini sengaja dibangkitkan untuk menutup isu sebenar yang kita bangkitkan, antaranya pendedahan kewujudan 'task force' memberi kerakyatan kepada warga asing dan penipuan dalam proses mengundi,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan Badan Perhubungan Pas Negeri Kedah, di Kompleks Pas Kedah di sini sempena lawatan kerja sehari ke Kedah, semalam.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, pendedahan beliau berhubung wujudnya pasukan khas yang bertanggungjawab memberi kerakyatan kepada warga asing di negara ini adalah isu yang lebih penting untuk diberi perhatian berbanding isu remeh yang dibangkitkan kononnya pemimpin pembangkang mempersenda Raja-Raja Melayu.

“Yang menjadi ancaman lebih besar kepada institusi diraja dan kedaulatan negara adalah kes babitkan warga asing, bukannya isu remeh seperti itu. Kes berkenaan yang sebenarnya akan menghakis institusi Raja-Raja Melayu dalam tempoh tertentu,” katanya.

Menurutnya, sekiranya berlarutan, tidak mustahil ia turut mengancam keselamatan negara.

“Warga asing ini berada di luar budaya perlembagan diraja, negara mereka tidak amalkan sistem beraja. Apabila mereka diberi kerakyatan dan mengundi, kesannya amat besar termasuk boleh menjejaskan kedaulatan institusi diraja,” katanya.

Baru-baru ini, seorang pengamal perubatan, Dr Rahman Kadir dalam blognya mendedahkan beberapa pemimpin pembangkang didakwa bersikap biadap dengan mempersenda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu pada Majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Rabu lalu.

Mahfuz berkata, gerakan Anti Pemalsuan IC (API) dibentuk untuk merangka tindakan bersesuaian bagi membolehkan dakwaan itu disiasat.

“Langkah pertama ialah menghantar memorandum tuntutan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja untuk tubuhkan Suruhanjaya Diraja menyiasat pendedahan itu,” katanya.

Mahfuz yang juga Pengerusi API berkata, semua maklumat yang diperolehnya hanya akan diserahkan kepada suruhanjaya terbabit bagi menjamin keselamatan sumber maklumat.

“Buat masa ini saya tidak dapat dedahkan maklumat. Saya berani katakan, gerakan pasukan khas itu beroperasi dari Pejabat Perdana Menteri,” katanya.
          
Menurutnya, berdasarkan laporan interim Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bersetuju dengan cadangan penubuhan suruhanjaya itu untuk menyiasat pemberian kerakyatan warga asing di Sabah.

“Secara tidak langsung, PSC mengakui perkara seperti itu berlaku di Sabah, tetapi saya cadangkan untuk semua negeri kerana difahamkan gerakan itu menyeluruh di setiap negeri,” katanya.

Mahfuz sebelum ini mendedahkan wujudnya pasukan khas ini, diketuai Penasihat Khas Perdana Menteri, Datuk Osman Razak; Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Tajuddin Wahab dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.- Sinar Harian

15 April 2012

ULANGTAHUN KE 100 RMS TITANIC TENGGELAM


HARI ini genap 100 tahun kapal RMS Titanic tenggelam ke dasar laut ketika dalam perjalanan pertamanya dari Southampton, England ke New York, Amerika Syarikat (AS).
Kapal tersebut karam di bahagian utara Lautan Atlantik setelah terlanggar bongkah ais, mengorbankan 1,514 penumpang dan anak kapal.
Kisah Kapal RMS Titanic sering saja menarik perhatian ramai. Apatah lagi dengan kejayaan filem Titanic keluaran 1997, ia seolah-olah memacak ingatan kita semua terhadap kisah kehebatan pembinaannya sehinggalah ‘tersungkurnya’ kapal yang dikatakan “tidak mungkin tenggelam” itu.
Sejarah pembinaan kapal ini sejak dari awal lagi telah menempa nama sebagai kapal paling hebat pernah dicipta pada zamannya






14 April 2012

SENARAI MEREKA YG TERBUKA MATA, HATI DAN MINDA DAN KELUAR DARI PKR!


 Reformis

1. Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar,
2. Bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor,
3. Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
4. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Zainur Zakaria
5. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Datuk S. Nallakarupan.
6. Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti bekas Naib Presiden, Marina Yusuff
7. Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
8. Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
9. Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan iaitu Lokman Noor Adam
10. Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md. Arip
11. Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha.
12. Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim
13. Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili
14. Setiausaha PKR bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali
15. Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman
16. Bekas naib presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak
17. Naib Presiden, Jeffrey Kitingan,
18. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Christina Liew
19. Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan
20. Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman
21. Bekas calon PKR teluk kemang/ antara pengasas PKR Abdul Manap Shahardin
22. Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor Datuk Dr Halili Rahmat

Kerusi Parlimen

1. Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed
2. Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng
3. Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Shamsuri
4. Ahli Parlimen Kulim Baru Zulkifli Nordin

Kerusi DUN

1. Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi
2. Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu
3. Adun Ngemah, Gabriel Adit Demong
4. Adun Lunas, Md Radzi Salleh
5. Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah
6. ADUN Bukit Selambau, V. Arumugam
7. ADUN Bakar Arang di Kedah, Tan Wei Shu

13 April 2012

KENAPA PTPTN?? BAGAIMANA DENGAN PEMINJAM MARA, JPA DAN YAYASAN KERAJAAN NEGERI??

Kenapa PTPTN?

Sejak akhir-akhir ini isu pemansuhan PTPTN sedang hangat diperkatakan. Tak cukup di media cetak dan media elektronik, di kedai-kedai kopi juga menjadi tempat perbahasan mengenai isu yang tak sepatutnya menjadi isu ini.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berbincang kepada Pakatan Rakyat untuk menyediakan kertas cadangan lengkap mengenai reformasi pendidikan tinggi di negara ini.

Menurutnya, kertas itu akan mengambil kira pemberian elaun, kos sara hidup, yuran dan pinjaman pendidikan daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai komitmen untuk memberikan pendidikan percuma.

Kertas yang dirancang itu bertemakan "pendemokrasian akses kepada pendidikan berkualiti'.

"Sekarang ini tempat di institut pengajian tinggi awam (IPTA), universiti awam terbatas maka, terpaksa pergi ke institut swasta (IPTS) dan kosnya dua kali ganda, kalau di IPTA (kosnya) RM25,000, di IPTS RM50,000.



kenapa pakatan pembangkang menggunakan PTPTN sebagai gula-gula pilihanraya?, kenapa bukan pinjaman pelajaran dari MARA, JPA atau YAYASAN KERAJAAN NEGERI? 

SEBILANGAN BESAR PELAJAR BERBANGSA CINA MEMINJAM DENGAN PTPTN!!!!  

Mungkin sebab  itulah Anwar dan pakatan haram beriya-iya sangat nak menghalalkan pinjaman PTPTN. Tujuan mereka hanya satu. INGIN MERAIH DAN MENJAGA UNDI KAUM CINA!!! EP bukannya nak bersifat RASIS tapi inilah hakikatnya...Kenapa isu ini dibangkitkan bila hampir dengan pilihanraya?? Agenda POLITIK bukan..Ini bagi memastikan kaum cina sentiasa benci dengan kerajaan...Empayer Pemuda

LANGKAWI INTERNATIONAL JETSKI SUPER SERIES 2012


Participants of the Langkawi International Formula Jetski Super Series 2012 will arrive in Langkawi on Apr 12 and the racers (MOTO 1, MOTO 2, MOTO 3 & MOTO 4) will be held on Apr 13 & 14 from 9am to 4.30pm. Prize-giving ceremony will be held at 5pm on Apr 14. Catch the races at Taman Lagenda, Langkawi. This exciting event is brought to you by Bintang Puspa Sdn Bhd with cooperation from Langkawi Development Authority (LADA)!!!

Riders: Team Country
1. Bryan Chia Wai Yuen   -  Meganrata Racing Team   - MALAYSIA
2. Lim Hong Hao  -  Meganrata Racing Team   - MALAYSIA
3. Saifullah Al-Aziz Bin Nazar  -  Meganrata Seadoo  -  MALAYSIA
4. Katherine Kong   -  LT Kawasaki   -  MALAYSIA
5. Peter Hor    -  LT Kawasaki  -  MALAYSIA
6. Adash Mohd Nor  -   LT Kawasaki  -  MALAYSIA
7. Faez Mohd Nor  -   LT Kawasaki  -  MALAYSIA
8. Mohammad Basuri  -  Pahang Racing Team  -   MALAYSIA
9. Rosman Ramli  -  Pahang Racing Team   -   MALAYSIA
10. Sujairi Zahari   - Pahang Racing Team  -   MALAYSIA
11. Mohd Nur Azahari  -  X1 Racing Team   - MALAYSIA
12. Toshi Yuki Ohara  -  X1 Racing Team   -  JAPAN
13. Take Hiro Ohara  -  X1 Racing Team   -  JAPAN
14. Seth Wilkinson  -  X1 Racing Team  -   UK
15. Mubin Abdullah  - Club Terengganu Marina  - MALAYSIA
16. Natasha Yahya  -  Club Terengganu Marina  - MALAYSIA
17. Mellyssa Yahya  - Club Terengganu Marina  -  MALAYSIA
18. Medhy Menad  - Yamaha Racing -  FRANCE
19. Nayan Bakar  - Fishbone  -  MALAYSIA
20. Shamsul Khairi Ani  - Fishbone - MALAYSIA
21. Muhd Ariff Ahmad Tarmizi  -  Jetstar Racing  - MALAYSIA
22. Ron Tan  -  Extreme Park -  MALAYSIA
23. Faiz Ahmad Shalan  -  Team Kundang  - MALAYSIA
24. Ahmad Faizal Nurdin  - Team Kundang -  MALAYSIA
25. Aili Bin Aini - Team Kundang -  MALAYSIA
26. Elgernon Clayton Mundaw - ECM Racing -  MALAYSIA
27. Raymond Romualdez - LT Kawasaki  - PHILIPPINES
28. Abby Reyes -  LT Kawasaki  - PHILIPPINES


10 April 2012

CRISTIANO RONALDO AKAN SAMAN PIHAK #BERSIH3?


Dengarnya beberapa peminat setia Cristiano Ronaldo ingin membuat laporan polis kerana mencemarkan gambar Cristiano Ronaldo. Kemungkinan ada pihak ingin mendesak pihak pengurusan Cristiano untuk menyaman mereka yang terlibat dengan #Bersih3.


Selain daripada itu tentangan hebat daripada warga Kuala Lumpur dan para peniaga dan mereka yang mecari rezeki di KL sudah mula kedengaran. Apapun sebagai rakyat Malaysia terutamanya mereka yang beragama Islam yang mahu menyertai #Bersih3 perlu tahu pendedahan ekslusif rakan Keris, blogger Pisau :

Himpunan Bershit yang bakal diadakan tidak lama lagi disahkan menerima bantuan kewangan daripada luar,setakat ini berdasarkan maklumat yang diperolehi dana 10juta USD telah diperolehi oleh pejabat PKR.

Banyak anasir yang terlibat didalam himpunan ini datang dari pelbagai fahaman,dengan LGBTnya,Puak liberal dan plural,ada yang membawa fahaman sosialis dan juga ada yang mengambil peluang untuk berdakwah agama mereka kepada orang Islam.-Keris7lok

09 April 2012

KERAJAAN PAS KEDAH KELUARKAN PERUNTUKAN BAIKI JAMBATAN PULAU TUBA DAN PULAU DAYANG BUNTING




7hb April 2010, tarikh yang menggembirakan kebanyakan penduduk di Pulau Tuba dan kawasan sekitarnya. Ini adalah kerana pada tarikh ini kerajaan PAS Kedah yang terkenal dengan negeri ‘berkebajikan’nya telah mengeluarkan satu belanja untuk membaiki jabatan yang menghubungkan Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting.

Hebat bukan?..Tetapi itu hanya didalam mimpi sahaja, kerana Kerajaan PAS Kedah tidak pernah ambil berat dengan keadaan jalan perhubungan yang ada di dalam negeri Kedah. Janji tinggal janji kerana setahun telah berlalu, mana perginya janji tersebut?.


Cerita sebenarnya adalah begini:

Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Tan Sri Khalid bin Ramli dengan sukacitanya telah meluluskan sejumlah peruntukan untuk membaiki jabatan yang menghubungkan Pulau Tuba dengan Pulau Dayang Bunting.

Perkara ini telah disahkan oleh YB Dato’ Ir Haji Nawawi bin Ahmad, ADUN kawasan Kuah kepada MKT pada pagi ini. Difahamkan juga peruntukkan sebanyak RM500,000 akan digunakan untuk kerja-kerja pembaikian dan penyelenggaraan jabatan tersebut dan ianya akan dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Kerja Raya Daerah Langkawi.

Itu berita yang sebenarnya, hendak harapkan kepada Kerajaan Negeri PAS?, alamat roboh dulu jabatan itu, barulah tertetaq-ketaq hendak tunjukkan kononnya ambil berat.

Kesimpulannya, kes jabatan Pulau Tuba yang rosak pun tidak boleh diberi perhatian dan tindakan, bagaimana pula dengan janji kononnya hendak bina kabel elektrik dasar laut tu?. Alamatnya sampai kiamat la jika rakyat Pulau Tuba terpengaruh dengan janji-janji kosong mereka.- Melayu KedahTerakhir
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...